" Isyaaaaaaaaaaaaaaaa* !!! " jerit seorang wanita.
" Ahh, dah mula dah Monster Mummy ni nak bising di pagi hari. " ngomel
Isya.
" Ehhh, pagi?! What! dah pukul 3petang! Apa aku buat ni sampai bangun
lewat macamni! " terkejut Isya melihat jam locengnya yang sudah
menunjukkan pukul 3 petang.
" Hi Mummy. " Isya terus mencium pipi mummynya.
" Bik Mah, Isya nak lunch. Isya nak Lamb Chop kuah Black Pepper
okay? And Fresh Orange. Thank you Muah! Sayang Bik Mah. " Isya terus
mengarahkan bibiknya memasak makanan kegemarannya itu.
" Lunch sangat kan Kak Sya? " perli adik perempuan Isya iaitu Tun
Qhisteena yang berusia 11tahun .
Isya terus berlari mendapatkan adiknya itu kerana biadap memerli
kakaknya. Teena hanya mampu gelak sambil berlari menaiki tangga dan
memasuki biliknya itu.
Tun Hafsah juga hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat
tingkah laku anak-anaknya itu.
" Kak Sya, boleh hantar Teena pergi ke kelas tarian tak? Malas lah
suruh Pak Mad hantar. " Tanya Qhisteena.
" Tak boleh. Kak Sya busy hari ni. Nak siapkan kerja kursus Pendidikan
Seni. Suruhlah Pak Mad hantar. " Balas Isya.
" Please Kak Sya. " rayu adiknya.
" When I say 'NO' . And the answer is still NO. " Tegas Isya yang
sedang runsing dengan adiknya dan kerja kursus yang sedang dibuatnya.
Tanpa membalas kata-kata kakanya itu, Tun Qhisteena terus menutup pintu
bilik kakaknya dan meminta bantuan Pak Mad supaya menghantarnya ke Kelas
Tarian.
" Maaf dik, akak runsing. " hanya empat perkataan itu sahaja yang mampu
dikeluarkan oleh mulut Isya setelah adiknya menutup pintu biliknya itu.
Rindu-rindukanlah diriku, sepanjang hari-harimu ...
Bunyi ringtone milik telefon bimbit AL kedengaran .
" Ish, siapa pula yang call aku pepagi ni? ? jawab ajelah. "
AL bertanya kepada diri dia sendiri.
" Waalaikumussalam. Ye saya. Saya Amir Lufias. Oh. Boleh saya bantu
Encik Zakif? Oh boleh boleh. Kita discuss di Mc Donald pada jam
5petang ini ya Encik Zakif? Bawa anak Encik Zakif sekali. Terima kasih.
" Telefon dimatikan selepas mereka habis bercakap. Nampaknya AL bakal
menerima lagi seorang pelajar baru yang hendak berguru dengannya. Makin
pening AL dibuatnya apabila menjadi Guru Peribadi kepada 10 orang
pelajar. Bayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, AL perlu mengajar
sebanyak 2 orang pelajar setiap hari. Sudahlah waktu belajar setiap
pelajar 3 jam. Bertambah pula lagi seorang pelajar baru. Maka jadi lah
11 orang pelajar. Dah lah kesemuanya pelajar yang mahu mengambil Sijil
Pelajaran Malaysia. Mahu runsing dan gila dibuatnya.
" Nampaknya aku kena buat satu tempat untuk dijadikan Pusat Tuisyen.
Takde lah aku pening sampai macam ni. " Ngomelnya dalam hati.
Amir Lufias terus mendapatkan adiknya iaitu Lily.
" Hi Dily. Dily, abang ada something nak minta pendapat Dily. Ada masa
untuk abang tercinta ni tak? " tanya AL apabila melihat adiknya itu
sedang berenang di kolam milik kediaman keluarganya itu.
" What is it? " jawab Lily sambil menaiki tangga untuk ke darat.
AL tergamam melihat tubuh adiknya yang seksi itu. Hanya berpakaian
singlet dan berseluar pendek sahaja. Nasib baik adik kandungnya sendiri.
Kalau bukan, mahu saja aku terkam. Ngomel AL di dalam hati.
" Hello. Apa yang abang nak tanya tu? " Lily memetik jari apabila
melihat abangnya mengelamun.
" Ops, sorry sorry. Sebenarnya, abang nak tanya. Okay tak if abang
buka Pusat Tuisyen untuk semua student abang tu? Abang penat lah nak
ulang alik ke sana ke mari. " Keluh AL.
" Dily rasa okay je. Lagipun Dily ada lagi 3 bulan nak trial SPM. So,
boleh lah abang ajar Dily and the gang sekali kan? " jawab Lily.
" Thanks for the pendapat. Nanti abang akan cari tempat yang sesuai
untuk buka Pusat Tuisyen. Jangan lupa ajak gang okay? " jawab AL
sambil kenyit mata ke adiknya itu.
" korang. Aku ada berita baik punya! Memandangkan Isya suka sangat
dekat abang aku tu . . . " belum sempat Lily menghabiskan kata-katanya,
Isya menyampuk.
" Aip, janganlah bagitahu diorang. Malu aku. "
" Seriously Isya minat AL? Wow! " Fyza bersuara. Muka Isya sudah
kelihatan merah padam apabila kawan-kawannya mengetahui rahsia nya.
" Siapa tak kenal Isya? Playgirl terkemuka di sekolah kita ni. Hahaha
. " Balas Mar.
" Okay. What ever. Sekarang ni abang aku akan buka Pusat Tuisyen.
Korang nak join tak? " Tanya Lily.
" Maaflah Lily. Aku takdapat join. Aku sekarang mengalami krisis
kewangan. " Jawab Afiza dengan nada sedih.
" Aku pun sama Lily. Bukan taknak join tapi Ummi sekarang sedang
sakit. Kakak aku pun, kau tahulah macam mana perangai dia tu. Sosial
sangat. Hmmm. " Jawab Mardiah.
" Oh. It's okay korang. So, kau macam mana pulak Isya? Kau confirm
okay kan?" Lily bertanya kepada Isya sambil tersengih.
" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup
memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab
soalan Lily. Mardiah dan Afiza hanya gelak melihat gelagat Isya yang
sentiasa membuat orang sekelilinya ketawa.
" Baiklah, korang semua, dua minggu lagi kita akan menjalani Peperiksaan
Pertengahan Tahun. Semua orang mesti ready dalam semua subjek okay?
Isya, kau jangan tahu nak tidur je. Cuba study lebih sikit. Kau ni
bukannya tak pandai. Cuma kekadang kau ni malas. " Cikgu Intan memberi
ceramah kepada Isya.
" Adumak, apehal cikgu ni nak bagi ceramah free of charge pula kat
aku? Bingit lah. " Bisik Isya kepada Fyza.
" Hahaha, dengarkan ajelah wei. Kau kan anak murid kesayangan dia. "
Jawab Fyza. Dengan lajunya Isya memukul bahu Fyza tanda geram akan
percakapan Fyza.
" Ehem! Sembang apa kat belakang tu? Cuba share sikit dengan saya. "
Cikgu Intan menegur Isya.
" Hehehe, takde apelah cikgu. Cuma harini saya nampak kain cikgu macam
ada cebisan cirit birit. Busuk. " Jawab Isya
sambil mengayakan hidung ditutupi dengan jari.
" Haa! Biar betul?! " Dengan pantas Cikgu Intan keluar daripada kelas
untuk ke toilet.
" Dahsyat lah kau Isya! salute salute! " Yuna berkata.
Satu kelas hanya mampu gelak melihat gelagat Cikgu Intan yang bergegas
lari ke tandas dengan badannya yang gedempol itu. Tidak sangka bahawa
Cikgu Intan bermati-matian mempercayai kata-kata Isya.
" babe, kau taknak ke belajar? Lagi dua minggu nak PPT. Takkan
kau taknak get ready segala persiapan? " tanya Mardiah.
" I'm not ready yet bro. Masih awal. " Balas Isya dengan nada malas
melayan pertanyaan tersebut.
" Kau ni kan . Haih. " Mar tidak tahu bagaimana ingin menasihati kawan
baiknya itu.
" Okay lah bro. Aku malas nak dengar kau membebel. Aku nak pergi
dating jap dengan cik abang sayang. Bye-bye. " Balas Isya sambil
melambai tangan.
*" HI* sayang. " kata seorang pemuda yang membuka tingkap kereta berusia
18tahun yang dikenali sebagai Danish.
" Hi biy. Lama tunggu? " kata Isya sambil membuka pintu dan terus
memasuki kereta milik pemuda itu.
" Nope. Baru 30 minit. Hehehe. " Balas lelaki itu.
" Nakal. Okay lah jum gerak. " kata Isya.
" So, apa perkembangan you sekarang Danish? I tengok semakin meletop
rating you kat media sosial. " kata Isya sambil mengusap rambut tepi
Danish. Danish juga seorang yang kaya raya. Popular di media sosial
seperti Instagram, Fac, Twitter, Youtube dan lain-lain.
" Perkembangan I? Sekarang I jadi model untuk satu jenama pakaian. "
ujar Danish.
" Seriously? Bila nak ambik I jadi model jugak? Stress nak fikir
pasal exam ni. Kalau boleh berhenti sekolah, nak je I berhenti
sekolah. " balas Isya sambil memeluk tubuhnya sendiri.
" Jangan mengada nak skip sekolah. Okay now, kita dah sampai. Jum
turun. " balas Danish.
" Okay jom. " ujar Isya.
" Eh. Itu rasanya kawan Lily. Isya . " ngomel AL di dalam hati.
" Nak tegur ke taknak? Kemain berdua-duaan dengan mamat tu. Ish, biarlah
mereka. Buat apa aku nak kacau. " Bisik AL di hatinya.
" Haihh Apehal dari petang tadi aku dok terfikir pasal Isya ni? Aku dah
kenapa? Haih. Gawat lah macam ni. " AL asyik mengelamun memikirkan
mengenai Tun Qhalesya.
" Apa dah jadi ni !!! " teriak di hatinya lagi.
Share this novel