BAB 3

Fantasy Completed 9960

"Hello Aily Luhana! " jerit seorang gadis yang agak kecil dan
ketinggiannya mungkin 150 cm sahaja. Walaupun ketinggiannya sebegitu,
usianya menjangkau 20tahun.

" Oh My God! Afiqahhh! Bila kau sampai ? Tak bagitahu aku pun kan, kau
balik dari London. Sampainya hati. " Lily berpelukan dengan sepupunya
dari belah ayahnya iaitu Afiqah Azmany. Mereka menjerit-jerit kerana
sudah lama tidak berjumpa.

" Hahaha. Sorry. Aku saja je nak bagi kau kejutan. Terkejut tak?
Hihihi. " tanya Afiqah.

" Argh, menipu lah kalau aku kata aku tak terkejut. Rindu kau doh! Rasa
macam mimpi. " Lily menampar pipinya sendiri kerana masih tidak
mempercayai bahawa sepupunya sudah pulang dari Kota London.

" Oh ya. Ini Syafanani. Member aku masa kat sana. Boleh tak dia nak
stay sini untuk for a week? " sambil menggayakan bahu naik ke atas dan
senyum menampakkan gigi.

" T A K B O L E H ! TAK BO-LEH . " sambil menjungkilkan biji matanya.

Disebabkan Lily mengatakan tidak boleh, Afiqah berasa serba salah kerana
membawa Syaf ke rumah Lily. Afiqah dan Syaf berpandangan.

" Hahaha! Tahu cuak. Of courselah boleh. Gila ke if aku kata tak
boleh? " Lily bersuara dan bergelak besar.

" Dahlah. Jum masuk. Nanti aku suruh Mak Timah tunjukkan bilik korang. "
ujar Lily.

Tok! Tok! Tok!
pintu bilik diketuk.

" Yes, siapa tu? " ujar Syaf.

" Lily. Buka pintu kejap. "

" Okay. Jap. " balas Syaf

*pintu bilik dibuka*

" Macam mana bilik? Selesa tak? Ada apa-apa yang tak cukup? " Lily
bertanya kepada Syaf dan Afiqah.

" Semua perfect Ms. Aily Luhana. Thank you sangat-sangat bagi
kitorang bilik yang indah ni. Hahaha. " ujar Afiqah.

" A'ah dik Lily. Semua sempurna. Terima kasih. " Syaf berterima kasih pula.

" Hehehe, sama-sama. Kalau korang nak apa-apa , panggil je Mak Timah
atau Mak Nah kat bilik orang gaji di belakang. " sampuk Mak Timah.

" Amboi Mak Timah, menyampuk nampak? Hehehe, thanks Mak Timah sebab
tolong jawabkan untuk Lily. Lily sayang Mak Timah. " Lily memeluk tubuh
Mak Timah.

" Sama-sama. Ini kan memang kerja Mak Timah untuk jaga korang semua. "
balas Mak Timah.

" Sebab tu Lily sayang Mak Timah sangat-sangat! " kata Aily Luhana lagi.

Mak Timah hanya melemparkan senyuman kepada mereka bertiga tanda gembira.

*" WOI* Mar. Aku nak duit. " ujar kakak Mar iaitu Amira. Amira dalam
keadaan mabuk dan mulutnya berbau sangat busuk!

" Kau ni kak. Asal balik je mabuk. Asal mabuk je balik. Kau ingat aku
ada ke duit? Pergila cari kerja ke apa. Hidup jangan menyusahkan adik
beradik boleh tak? " Balas Mardiah dengan suara yang lantang.

" Kau dah pandai melawan ya? Rasakan ni! " Amira terus menumbuk mata
Mardiah. Bukan sahaja ditumbuknya malah disepak terajang adiknya itu.

Kakaknya pun berlalu keluar dari rumah itu. Mardiah hanya mampu menahan
sakit dan masih tersenyum di hadapan Umminya itu. Nasib baik Umminya
sedang lena tidur. Kalau tidak, mahu saja Umminya membantai kakaknya itu
dengan menggunakan rotan.

Kringggggggg

Semua bersorak gembira apabila Peperiksaan Pertengahan Tahun telah tamat.

" Yes! Finally exam dah habis! Wuuuuu. " Kata Afiza.

" Jangan lupa lepas ni Trial SPM pulak. Jangan nak gembira sangat. "
ujar Lily.

" What Ever. " Dua patah perkataan itu yang dilafazkan oleh Isya
sambil membuat mata pandang ke atas.

" Korang. Jom lepak nak tak? Maybe ada Danish . " ujar Isya.

" Danish? Ohmaigod Ohmaigod! Danish Mazli ke?! " tanya Afiza.

" Yelah, Danish mana lagi yang korang kenal. " balas Isya.

" Sorry Isya, kali ni aku tak dapat join. Sepupu aku baru balik dari
luar negara, ajak aku keluar harini. So, I'm sorry. " ujar Lily dengan
nada sedih.

" Oh takpelah! Kita boleh keluar sama-sama. Lagi ramai, lagi syok kan? "
Isya membangkitkan semangat Lily yang sedih kerana tidak dapat keluar
bersama gengnya.

" Idea yang bernas Isya! Salute Salute! " ujar Mardiah yang setuju
dengan idea Isya.

*" EH*. Hi Qhalesya. " ujar Danish sambil melambai-lambaikan tangannya
ke arah Isya and the geng.

" Eh. Danny! Dah sampai pun you. " balas Isya. Geng Isya hanya
tersenyum-senyum sahaja melihat Danish. Akhirnya mereka dapat bertemu
dengan Danish.

" I tengah dating ni. Isya, ini Asyiqin. Sayang, ini Qhalesya. "
Danish memperkenalkan kekasihnya itu kepada Qhalesya. Asyiqin bersalaman
dengan Isya dan gengnya.

" Aduhh, hatiku dirobek-robek. Mengapa?! " ngomel Afiza di dalam hati.

" Eh. Jomlah kita dinner sama-sama. Dah kebetulan kita kat sini. Kan
best kita dinner ramai-ramai. " ujar Asyiqin yang memberikan idea
kepada mereka.

" A'ah lah. Korang nak tak? " Tanya Danish kepada mereka.

" Kitorang okay je! " jawab Afiza dengan pantas. Yang lain hanya mampu
terkejut beruk mendengar jawapan Afiza.

Mereka terus pergi makan di Nando's .

*" HELLO* Haziq. Awak kat mana ? Saya dah tunggu awak lama ni kat sini.
" kata Mardiah menerusi telefon bimbitnya.

" Apa? Awak tak jadi datang? Saya dah lama tunggu kat sini tau.
Sampainya hati awak! " Mardiah mula mengeluarkan suara bernada sedih.

" Takpelah awak. Nanti kat sekolah ajelah kita jumpa. Bye. Iloveyou. "
Mardiah terus mematikan telefon bimbitnya iaitu iPhone 5 .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience