BAB 5

Romance Completed 12284

‘’Kau tunang aku tapi tak bermakna aku tunang kau. Aku tak boleh buat apa kalau kau tiba-tiba jatuh hati pada aku. AKu tak boleh terima kau kerana kau sama sekali tiada ciri-ciri perempuan yang aku suka. Harap kau bertahan dengan aku, kalau tak kau boleh bagitau mak kau, kau boleh blah,’’ begitulah bunyi sms daripada Isa yang diterimanya.

‘’Siapa tadi tu? Kekasih kau ke?’’ tanya Isa memecahkan kesunyian. Isa sebenarnya dah sampai lama dan dia saksikan semua yang berlaku tadi baik sebelum Fahrin muncul lagi. Kalau bukan kerana mamanya yang berkali mendesaknya untuk menjemput Belle tentau sahaja dia terlepas aksi drama sebenatar tadi.

“Yang pakai baju ungu tadi tu ke? Bukan lah , dia boss saya…Encik Fahrin nama dia” Jawab Belle sambil mencuri-curi pandang wajah Isa yang sungguh kacak, kulitnya putih bersih, bibirnya merah dan berlesung pipi. Malah 100% lebih kacak berbanding Fahrin yang sedikit skema. Tak hairanlah Isa ini menjadi kegilaan ramai wanita.

‘’Kacak dan kaya, kombinasi cukup ssempurna,’’ bisik hati Belle.

“Jawab tu tak payah nak detail sangat, aku tak tanya nama dia pun?? AKu tak kisah pun dia boss atau kekasih kau,’’ Sindir Isa dengan nada yang kasar, bukan dia sengaja nak marah tapi dia rasa cemburu pula bila Belle bagitahu nama Boss dia dengan nada lembut.

Belle di matanya memang 100% gadis desa yang datang ke bandar, berbaju kurung dan bertudung bawal. Polos dan sederhana namun raut wajahnya yang putih gebu, matanya yang jernih, senyuman memikat persis Wawa Zainal itu nyata menjentik hati buayanya.

Belle diam membisu. Kereta meluncur laju tanpa sebarang iringan kata. Sepi. Sebaik tiba di depan restoran makanan laut mewah itu, belle tersentak bila melihat Isa laju membuka pintu untuknya. Belle hanya melemparkan senyuman tanda terima kasih pada Isa namun tidak ada sebarang respon dari isa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience