BAB 7

Romance Completed 12284

“Aku terima nikah Bella Tisha Binti Najmuddin dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai.

Dan dengan sekali Lafaz Belle telah sah menjadi Isteri kepada Muhd Isa Bin Haikal.

Satu Kucupan mesra penuh cinta singgah di dahi Belle serta merta airmata gembira mengalir kerana jodonya datang pada waktu yang tepat dan dia bertemu dengan lelaki yang tepat.

‘’Aku cinta padamu Belle, aku akan menjagamu hingga akhir usia kita.’’ Bisik Isa di telinga Belle yan berdiri di hadapannya dengan persalinan indah warna krim rekaan Rizalman.

“Aku akan mencintaimu dan setia pada kau yang satu hingga akhir hayat, jaga dan lindungi Belle selalu ya Isa,’’ balas Belle yang juga anggun mengenakan gaun muslimah rekaan pereka fesyen yang sama menghasilkan baju Isa.

“Ada apa ni Belle sayang? Tak gembira kahwin dengan Isa ke” Suara isa seakan merajuk dengan Belle.

‘’Apakah Belle sebenarnya menyesal berkahwin dengan aku?’’ bisik Isa dalam hati.

Belle dapat rasakan suami yang baru sah dinikahi beberapa jam yang lalu seakan merajuk padanya ..Ya Allah baru sahaja bergelar isteri orang sudah menyakiti hati suami .. ampunkan aku Ya Allah…

‘’Eh mana ada bang, Belle tak fikir macam tu. Memang perkahwinan kita tidak terjalin atas dasar cinta tapi ia datang dengan restu semua orang dan diharapkan ia kekal hingga ke syurga. Cumanya isa janganlah sambung perangai playboy Isa tu pulak,’’ balas Belle sedikit mengomel. Isa menghampiri Belle dan memberikannya satu pelukan erat membuatkan Belle jadi tak tentu arah. Tangan Isa mulai menjallar ke leher dan rambut lalu ke telinga Belle.

‘’Sumpah abang dah pencen jadi kasanova, I love you sayang,’’ bisik isa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience