BAB 4

Romance Completed 12284

Sementara itu…..

“Miss Belle tunggu siapa ni?’’ tanya Fahrin kepada Belle Trisa salah seorang pekerja paling dihormati dan menarik. Belle punya pakej lengkap sebagai wanita dan sesuai dijadikan calon isteri. Dia juga menaruh hati pada Belle namun status mereka pastinya punya limitasi dan Fahrin tak mahu perasaaanya mewujudkan jurang tidak selesa pada Belle dan mungkin sahaja Belle hanya menganggapnya sebagai seorang majikan tidak lebih dari itu.

‘’Saya tunggu tunang saya yang saya cakap tadi tu,’’ jawab belle kekok.

Air wajah Fahrin seraya berubah. Dia kecewa kerana Belle sudah disunting orang.

“Ohh..ye ke, okay lah Belle saya balik dulu kalau macam tu. Hati-hati ya, darah manis banyak dugaannya. ” Fahrin menjawab dengan rendah cuba menyembunyi rasa hampa.

Lamunan Belle terhenti bila Hon kereta Mercedez Benz milik Isa berbunyi kuat hingga membuatkan jantung Belle bagai luruh menddengarnya.

‘’Siapa pula lipan yang pandu kereta tapi sesuka hati hon orang?’’ bisik hati belle.

“Eh minah, kau Belle kan, yelah tu aku rasa kau Belle, tudung bawal dan baju kurung, sahlah kau gadis pilihan mak aku, Masuk cepat!’’ arah Isa pada Belle garang. Sejujurnya dia taknak marah pun tapi disebabkan ada adengan yang tak disangka baru disaksikannya sebentar tadi seakan menguuis ego dan cemburu jantan dalam dirinya. Cara Fahrin tenung Belle berkali-kali walau tanpa Belle sedar, dia tahu itu adalah pandangan orang yang jatuh cinta.

Cuak, Belle tanpa banyak soal malah belum sempat sahkan kalau-kalau lelaki itu Isa, tunangnya terus masuk ke dalam perut kereta mewah itu. Dia khuatir Isa mungkin marah sebab kejadian tadi. Tapi at the forst place, nuat apa Isa nak marah. Dia bukannya kekasih atau dia bukannya ada hati pada Belle pun. Sebabnya dorang ditunangkan tanpa rela pun.

Belle ingat lagi pada malam Belle di beritahu dia sudah menjadituanngan Isa, seraya itu jugalah satu sms diterimanya daripada Isa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience