BAB 2

Romance Completed 12284

“Akak Belle cepatlah,Qaisya dah lambat Ini”

Panggilan dari Qaisya membuat aku terkejut dari lamunan panjang. Aku sempat berdoa moga aku dikuatkan iman dan semoga dipermudahkan segalanya untuk kami sekeluarga hari ini.

‘’Okay jom adik,’’

Usai aku hantar Qaisya ke kolej aku terus memandu ke pejabat.

Berbeza daripada semalam, hari ini langkahku lesu masuk ke runag pejabat. Serius, aku rasa macam kepalaku ini ingin meletup!

TUNANG ORANG TUNANG ORANG!

‘’ARGHHH stress! Tak bukan aku bukan tunang orang!’’ jeritku tak sedar.

“Cik Belle ,Are you okay? Something troubling you?” tanyanya.

Kaget aku melihat boss aku di depan, alamak malunya aku apabila semua mata memerhati aku temasuklah boss aku. Mana aku nak letak muka aku ni.

‘’Oh sorry boss, tadi saya hampir tersadung, kasut tinggi hehehe,’’ argh bodohntalah alasan yang ku beri! Lantaklah!

Mesti boss bahkans emua yang ada di pejabat ni fikir aku ini gila sebab jerit tiba-tiba.

Aku melemparkan senyum dihadapan boss,….Duhai hati gedik aku, masa macamnilah aku tengok encik Fahrin ni hensem bukan main. Melting aku macam butter jenama Anchor tengok Fahrin. Tahulah hensem tapi janganlah digoda hati saya yang dah jadi tunang orang ni? Aku jadi tak keruan dengan kekacakan dia ni.

“Baguslah, Saya takut pula tengok awak cakap terjerit seorang diri ,Ingat awak ada masalah emosi ke apa alias gila hehehe ” seloroh Fahrin menambahkan lagi peratus malu aku!

“Takkanlah orang secantik saya ni gila lah boss, kalau gila mesti boss tak ambil saya kerja. Saya ni ha tengah memikirkan pasal fiancé alias TUNANG saya,’’ sengaja aku highlight perkataan tunang tu coverline sikit rasa malu dan bengang aku dicop giila oleh mamat hensem ni.

“No worries, jangan risau, saya gurau sahaja bella, Belle tolong buatkan saya coffe latte ya kurang manis dan bagi brown sugar shot,’’ arah Farin kepadaku sebelum masuk ke ruang bilik pejabatnya. Aku hanya angguk tanda patuh. Ya dia memang wajib merasa air minuman coffee latte ku saban hari tak jemu. Satu ofis tahu yang dia ketagih dengan kopi air tanganku ini sudahnya kerja coffe lady untuk boss bulat-bulat diserahkan pada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience