BAB 5

Family Completed 316

"Alhamdulillah, anak perempuan. Tahniah Encik Zamri." kata doktor tadi
sambil tangannya menepuk belakang bayi tersebut. Tidak lama selepas tu,
terdengar la tangisan bayi tadi. Lelaki itu segera mengucap syukur
sambil tangannya seperti orang yang berdoa. Jam pada itu pukul 5.45 pagi.

"Nurse, awak boleh bersihkan bayi ni. Nanti dah selesai boleh la Encik
Zamri azankan," sambil si doktor menyerahkan bayi tadi kepada jururawat
untuk dibersihkan.

Perempuan tadi kelihatan letih dan lesu selepas melahirkan anaknya.
Namun bibirnya tetap menguntumkan senyuman. Aku rasa nak pengsan ni.
Tapi sabar je la.

Beberapa ketika kemudian aku berada dalam satu bilik. Di situ kelihatan
perempuan tadi dengan suaminya. Tidak lama selepas itu datang nurse
sambil mendukung seorang bayi lalu diserahkan kepada perempuan tadi.

"Sayang, Alhamdulillah semua dah selamat. Kita dah bergelar ibu dan
ayah. Anak pertama kita perempuan. Comel mcm sayang," kata lelaki itu.

"Abang, sayang rasa gembira sangat hari ni. Hari ni 23 Julai 1988 hari
jadi sayang. Dan hari ni pula anak kita lahir. Bersyukur sangat-sangat."
kata si isteri.

Aku berasa pelik seketika. Kenapa perempuan tadi cakap yang hari ni 23
Julai 1988? Bukankah sekarang ni dah tahun 2011? Eh..tarikh tu mcm
familiar je?

"Abang, apa kita nak namakan anak kita ni?" si isteri bertanya kepada
suaminya.

"Hmm..abang ingat nak namakan Herlina. Apa kata sayang?" kata si suami.

"Sayang pula ingat nak letak nama Zamyra. Zam untuk nama abang, Zamri.
Yra untuk nama sayang, Khayra.. Tak pun kita letak nama Herlina Zamyra
pun sedap kan abang?" kata si isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience