BAB 7

Family Completed 316

Tapi entah kenapa aku boleh tiba-tiba tak sekepala dengan mama aku. Oh
ye.. time tu aku form 1. Aku first time kena period(menstruasi).
Aku dungu time tu tak tahu nak buat apa. Dah la nak pergi sekolah. Aku
cari mama. Tapi mama dah pergi kerja. Ada meeting penting katanya hari
tu. Sampai hati mama tinggalkan aku keseorangan. Aku pergi bilik mama
dan cari benda tu. Yes, jumpa. Aku pun pakai je la. Nasib baik dulu di
sekolah ada ceramah untuk student perempuan pasal period ni. Jadi aku
tahu la nak pakai macm mane. Uwaaaa..malu kot aku time tu.
Rupa-rupanya aku dah remaja.

Sejak tu la aku macam tak ngam dengan mama. Aku rasa mama tak sayang
aku. Sanggup biarkan aku. Entah knapa perasaan tu wujud dalam diri aku
dan sampai sekarang aku memang tak ngam dengan mama. Mungkin tu salah
satu perubahan ke alam remaja. Hati nak memberontak je.

Aku ingat lagi dulu mama pernah kemas bilik aku. Sekali ada barang aku
hilang.Actually aku tak suka orang usik barang-barang aku. Biarkan je
mcm tu. Kalau bersepah tu biar je. Nanti dah hilang cakap tiada nampak
pula. Habis ribut aku cari barang tu. Sekali rupanya mama letak
betul-betul atas meja study aku je. Tak ke sengal aku? Lepas tu aku
cakap kat mama supaya jangan kemas lagi bilik aku.

Tapi betul ke aku tak pernah sambut hari ibu dengan mama? Aku tiba-tiba
teringat kisah sewaktu darjah 4. Pertandingan mencipta kad sempena hari
ibu dan hari guru. Aku menang pertandingan tu. Balik tu aku tunjuk kat
mama kad yang aku menang tu. Mama aku cakap terima kasih. Mama aku cakap
cantik kad tu. Mungkin tu je la sambutan hari ibu yang aku pernah buat.

Argghhh..esok hari ibu. I should do something! Sempat ke aku nak buat
surprise untuk mama aku? Aku segera bersiap dan keluar membelikan
hadiah untuk mama aku. Aku harap sangat mama suka.

Dan esoknya pabila ari ibu. . .

"Mama, malam ni kita pergi makan di Flamingo Steamboat ok. Mama tak
payah masak. Dah lama kita tak keluar makan satu family kan? Mama
pakai cantik-cantik tau.", aku cakap kat mama aku. Tapi mama aku buat
muka lain macam je. Mungkin sebab aku jarang tegur mama aku macam tu kot.

Dan malam pun tiba. Adik aku Harris Danial dan Heliza Zahida dah get
ready dengan blueberry cake kesukaan mama. Siap tertulis lagi "Happy
Mother's Day Mama, We love you.". Ayah pula ada something special juga
untuk mama. Dan aku pula, ada la.. Secret! Tak tau mama suka atau tak.

SURPRISEEEEE!!! Selamat Hari Ibu, Mama. Mama hanya mampu tersenyum je
dengan kejutan yang diberikan. Aku lihat ade air mata yang mengalir dari
mata mama.

"Mama, maafkan Amy sebab selama ini Amy kurang ajar dengan mama. Sejak
Amy di alam remaja, hati Amy memberontak mahukan kebebasan. Sampaikan
Amy terlupa dengan dosa menderhaka kepada mama. Tolong maafkan Amy. Amy
nak sangat keampunan dari mama", aku memohon maaf kepada mama aku.

"Amy tiada buat salah apa pun pada mama. Kalau ada pun, dah lama mama
maafkan. Mama sayangkan semua anak-anak mama," kata mama. Kemudian kami
berpelukan. Eratnya pelukan kami. Dah lama aku tidak rasa happy
seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience