Mereka semua segera memberikan pertolongan kepada perempuan mengandung
tu. Haih..dalam keadaan cemas macam tu memang tiada siapa la nak
mempedulikan aku. Cepat-cepat kaki aku melangkah mengikuti semua orang
yang membantu perempuan mengandung tadi.
Entah kenapa tiba-tiba je aku boleh masuk dalam bilik bersalin. Kat
dalam tu aku nampak doktor, nurse, lelaki dan perempuan yang
mengandung tadi. Macam mana aku boleh sampai sini ni? Pasal nurse tu
tak suruh aku keluar?
"Arggghhh..sakitnya bang..." perempuan tu menjerit.
"Sabar sikit ye sayang. Kejap je lagi," lelaki itu membalas.
"Air ketuban dah pecah.. Bila-bila masa dari sekarang isteri awak akan
melahirkan," doktor itu memberitahu lelaki tadi. "Puan, sila bertahan.
Kejap lagi puan akan bertarung dengan nyawa untuk anak puan yang bakal
lahir" tambah doktor tu.
Aku masih lagi dalam keadaan tak percaya dengan apa yang terjadi.
Keadaan aku time tu terpinga-pinga je. Aku time tu hanya mampu
melihat sahaja semua perbuatan mereka yang berada dalam wad bersalin tu.
Semua orang macam tak nampak kehadiran aku.
"Ok, dah nak keluar. Push lagi. push push.. Encik Zamri, tolong bagi
kata-kata perangsang kepada isteri awak. Saya dah nampak kepala bayi nak
keluar," kata doktor tadi.
"Baiklah doktor. Sayang, tarik nafas hembus. Tarik hembus. Kuat lagi
sayang. Push lagi," kata si suami
Aku tak sanggup lagi nak tengok. Bila-bila je boleh pengsan ni. Tapi
entah mengapa aku rasa rugi je kalau tak tengok. Semangat aku terus kuat
lagi nak tengok. Kasihan perempuan itu. Berpeluh-peluh.
"Abanggggg..arggghhh..sakitnyaa" kata si isteri sambil jarinya
mengenggam kuat tangan suaminya.
"Encik Zamri, anak awak dah nak keluar. Mari tengok sini. This will be
your first experience since this is your first child." si doktor
memberitahu suami. Lelaki tadi segera pergi ke arah doktor.
Share this novel