BAB 1

Family Completed 316

Ini adalah kisah tentang aku, seorang manusia yang bakal meraikan
hari lahirnya ke 24 tahun tahun pada tahun ini. Selama 23tahun
yang lalu, aku tidak pernah menyambut hari ibu dengan mama aku. Why
should we celebrate mother's day? No point right? All my lifesampailah
nak masuk umur 24, tidak pernah sekali pun sambut hari ibu dengan mama
aku. Semua buddy aku kalau setiap kali hari ibu je sibuk nak prepare
macam-macam.

Aku ingat lagi dengan Rowena , Swee Lian, Devi, Amutha, Zarina dan
Rossa sewaktu form 5 dulu. Time tu lagi tiga hari je sebelum hari
ibu. Ada ke diorang boleh menggelabah semacam sebab belum prepare
apa-apa pun untuk sambut hari ibu? Dah la time tu tengah busydengan
mid-term exam. Yelah, tahun tu kan nak SPM. Haih..aku time tu buat
tak tahu je.. Dah la busy nak study. Tiada masa nak fikir
preparation semua tu.

Lepas tu diajak pula aku ke Jusco untuk beli hadiah la, beli kad la.
Disebabkan tak mahu diorang fikir bukan-bukan pasal aku, aku pun
follow je la diorang.. Diorang siap tanya lagi yang aku ni tiada beli
apa-apa ke untuk mama aku? Then, aku pun cakap la yang aku tiada la
nak celebrate sangat hari ibu ni.

Okaylah, tu semua kisah 6 tahun yang lepas. Habis je SPM, kami dah
jarang dah jumpa. Masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang dah ke
UK, Australia, New Zealand dan ada juga yang dah berkahwin. Aku pula??
Ini la aku sekarang. Bekerja makan gaji je. Ok la kan? Ada juga sumber
rezeki untuk makan dan support diri. Nanti dah kahwin, suami aku pula
la yang support hidup aku. Haha..(banyak cantik muka).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience