Adrian mengatur langkah masuk ke dalam melawat nenda. Pas digantung ke lehernya, kasut diletakkan di rak dan menyarung selipar yang sudah disediakan. Adrian menegakkan tubuhnya sebelum menyarungkan baju plastik serta penutup kepala sebelum masuk ke dalam. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya agar dapat menyorokkan masalahnya dari nenda yang sedang sakit. Adrian tidak mahu nenda bimbangkannya.
Tiga pintu perlu dilepasi sebelum dapat mendekati nenda terbaring dikatil. Bibirnya bergetar saat menyentuh hujung kaki nenda sejuk. Ada bahasa yang berbicara di mata nenda ketika ini. Adrian beralih memegang tangan nenda lembut. Wajahnya dirapatkan ke wajah nenda apabila wanita tua ini cuba berbicara. Sedaya upaya Adrian mendengar walaupun tidak begitu jelas dengan tutur katanya.
"Nenda, jangan risau. Rian dengan nenda. Rian terima segala ketentuanNya", pujuk Adrian.
Adrian berdiri di sebelah nenda. Terasa sebak melihat nenda dalam keadaan sekarang. Nenda nampak uzur sebaik terlantar di hospital. Suara anak kecil merengek disebelah tirai buatkan Adrian terasa ingin tahu apa yang berlaku. Beberapa jururawat bertugas menghampiri anak itu dan menutup semua tirainya.
"Nenda, nenda jangan sakit teruk lagi yea. Rian nak nenda keluar dari icu ni sekali keluar dari hospital. Nenda duduk dengan Rian, biar Rian jaga nenda", pujuk Adrian.
"Rian kena keluar dulu, Rian tak boleh lama dalam ni". Satu ciuman dihadiahkan ke dahi sejuk nenda kesayangan sebelum keluar. Sempat Adrian menoleh tirai bertutup rapat suasana anak kecil meraung serta jururawat dan doktor cuba tenangkannya.
"Semoga Allah permudahkan urusan kau dik", gumam Adrian.
...
Telekung dimasukkan semula ke dalam beg. Cahaya keluar dari surau menuju ke wad anaknya dalam keadaan tergesa-gesa. Tangannya menyimpul hujung beg galasnya sambil berlari sebaik menyimpan selendang kelabunya. Cahaya bimbang Dahlia akan menangis mencarinya. Langkahnya terhenti apabila bahunya direntap kasar dari belakang.
"Abang, terkejut saya". Dadanya diurut terasa lega bukan orang asing yang menyentuhnya. Beg galas hampir jatuh disangkutkan di bahunya semula.
"Kenapa terkejut? Takut?" sindir Khairy.
"Takut apa? Merepek jea. Cepatlah! Baik kita ke wad. Kesian Dahlia tinggal sorang-sorang", balas Cahaya.
"Dahlia tidur, kau merayau sana sini. Aku datang jenguk anak kau tak ada dekat dia. Mak jenis apa kau ni. Jahat-jahat aku, aku reti datang sini tengok anak", rungut Khairy.
Helaian rambut menutup wajah Cahaya ditiup serta menggeleng memandang suaminya mula membebel di depannya. "Abang buta ke? Saya dari surau tu sana! Suka hidup nak fitnah orang jea kerja. Eloklah ingat anak, untung Dahlia dah masuk tiga minggu baru ayahnya nak datang jenguk. Ingatkan dah tak ada ayah. Bukan apa, selalunya abang tu asyik ingat nombor ekor dengan buat benda tak berfaedah dengan si Dol tu".
"Kau sekolahkan aku? Kau suka aku tak datang sebenarnya. Bila aku tak datang senang kau nak menggatal dengan orang dalam ni", bebel Khairy.
"Abang merepek apa ni? Abang ingat saya ada masa ke nak buat semua tu? Malas saya gaduh dengan abang. Saya nak balik wad. Saya risau Dahlia terjaga tengok saya tak ada. Dahlia menangis sekuat hsti nanti", jawab Cahaya.
"Kisah pula kau dengan Dahlia", ejek Khairy.
Cahaya menghentikan langkahnya, satu jelingan dihadiahkan ke suaminya. "Kisah! Dia anak saya! Apa abang nak dari saya sebenarnya? Jangan kata abang cari saya sampai sini sebab nak duit?"
Khairy menarik telinga Cahaya dan di bawa ke tepi elak dari orang lalu lalang melihat mereka bergaduh. "Siapa jantan yang temankan kau tiap malam kat icu tu! Amboi, bukan main seronok kau yea. Pergi hospital Man hantar, sampai hospital ada jantan lain teman kau sampai pagi kat ruang menunggu tu. Senang banyak kau yea".
Tajam serta sinis tuduhan yang dilemparkan Khairy.
"Abang jangan suka fitnah saya. Bila masa saya layan orang! Man tu bukan orang luar pun, dia tu sepupu abang juga. Lagipun ada mak....".
Menyampah rasa bila suami sendiri tak sudah menuduhnya. Marahnya masih cuba dikawal. Cahaya tahu Khairy sengaja.
"Sepupu pun dia bukan mahram kau! Dia tu sengaja buat baik dengan kau bersebab".
"Sebab dia kesian, saya ni ada suami macam tak ada jea. Dia rasa bersalah bila sepupu dia ni tak reti jaga anak bini. Tak habis-habis nak salahkan takdir, nak salahkan walid sedangkan sendiri tak nak usaha semula".
"Bukan! Semua sebab dia nak mengorat kau. Dia nak rampas kau dari aku! Kau cakap dengan aku sekarang, siapa jantan teman kau tu!" Nada Khairy sengaja ditekannya memarahi Cahaya.
"Abang, sakit. Abang ni percaya cakap orang kenapa? Orang yang bagitahu abang pun sama macam abang main terjah jea nak tuduh saya". Cahaya cuba sedaya upaya pertahankan diri dari difitnah suaminya sendiri. Tangannya yang dicengkam kuat direntap kasar cuba lepaskan diri.
Khairy mula hilang sabar. Tinggi tangannya naik mahu menampar Cahaya namun terhenti. Khairy rasa tangannya dipegang seorang lelaki asing muncul entah dari mana.
"Kenapa nak kena naik tangan dengan perempuan bro? Hospital ni bukan rumah kau".
Khairy merentap tangannya dari disentuh lelaki asing ini. Berang sungguh rasanya lelaki ini cuba menghalangnya berkasar dengan Cahaya. "Kau siapa nak masuk campur urusan aku. Ini bini aku, suka hati aku nak buat apa pada dia".
"Kalau bini kau sekali pun, apa kuasa kau nak naik tangan kat dia?! Kau nak aku report ke kau guna kekerasan pada perempuan?!" ugut lelaki asing tadi.
Cahaya diam melihat pergaduhan mereka. Terjungkit keningnya ketika ini, bersungguh suaminya dengan lelaki itu bertikam lidah.
"Lantaklah! Perempuan ni berani curang dengan aku. Dia ada jantan lain. Anak aku tengah sakit tapi dia boleh buat perangai!" Khairy menolak tubuh Cahaya agar berdiri di belakangnya.
"So? Kau ada bukti ke dia curang?"
Riak wajah Khairy berubah ketika lelaki ini menyoalnya. Cahaya membetulkan rambutnya.
"Ada orang nampak. Kau sibuk sangat nak tunjuk hero apahal!" Khairy menarik lengan bajunya yang pendek ke atas.
"Wait, wait.... Lagipun cuba fikir, orang gila mana jea nak keluar dengan skandal depan icu? Rasanya kau jea yang buat gila macam tu dalam hospital. Tengok jea sekarang ni... see... tak pun kau tu tak bertanggungjawab, kau takut ada orang pikat bini kau. Aku tengok bini kau pun elok, emm... jugalah".
"Eh kau diam! Kau tu bukan siapa-siapa pun, baik kau berambus sebelum muka kau aku tampar", ugut Khairy. Khairy makin panas dengan lelaki ini. Apatah lagi gayanya seakan lelaki berada, kaya setaraf isterinya mungkin.
"Hah, apa? Tak dengar? Sorry? Tak gentleman bro main tampar-tampar. Macam budak kecik main tepuk-tepuk dalam hospital ni. Tak sesuai langsung. Aku risau nanti silap-silap engkau yang duduk dalam icu tu kejap lagi", sinis lelaki di depannya.
Cahaya berdecit melihat dua lelaki bergaduh. Cahaya berjalan menghampiri mereka. Bibirnya diketap kemas, tangannya menolak kedua-duanya dan berdiri di tengah-tengah mereka.
"Sekarang ni saya tengok, korang ni dua-dua gila. Korang ni saya rasa tak ada otak tau tak!"
"Erkk...." keluh mereka. Kedua-duanya terpinga-pinga melihat Cahaya.
"Baik korang berhenti sebelum saya yang buat korang masuk icu. Nak tak?! Saya boleh tolong tanya doktor kalau ada bilik kosong untuk dua orang pesakit baru ni! Dari layan orang gila ni baik saya pergi jaga anak saya. Gasak! Nak gaduh ke, bertumbuk ke yea, sila yea.. saya pergi dulu. Assalamualaikum! Jalan dulu". bebel Cahaya.
Cahaya meninggalkan mereka dengan perasaan marah. Meluat! Langkahnya dilajukan diselangi berlari anak mendapatkan Dahlia di wad.
"Hisyh! Payah betul hidup dapat suami sewel!" gumam Cahaya.
Masalah tadi Cahaya buang sebaik melangkah masuk ke dalam wad kanak-kanak menuju ke katil Dahlia. Satu keluhan dilepaskan apabila melihat anaknya masih lena di atas katil. Penatnya hilang melihat nyawanya.
"Alhamdulillah, anak mak masih tidur. Risaunya mak tinggalkan awak Dahlia", omel Cahaya. Tubuh kecil anaknya diusap lembut. Satu ciuman dihadiahkan di pipi Dahlia menyebabkan anaknya mengeliat kecil.
"Upss..syytt.. ssyytt.. maaf.. mak buat Dahlia terkejut". Tangannya menepuk punggung anaknya agar tidak terjaga dari tidurnya.
Beg di bahu dilepaskan, Cahaya meletakkan di dalam laci. Satu senyuman dihadiahkan ke anak kecil di sebelahnya sedang memerhatikannya.
"Hi sayang, siapa nama?" sapa Cahaya, lembut.
"Iki makcik". Sayu nada anak di katil sebelah.
Cahaya membetulkan ikatan rambutnya. "Iki sorang jea? ada mak teman ke?"
"Saya sorang. Lagipun mak ayah saya dah tak ada. Saya tinggal dengan nenek".
Susuk tubuh Iki dipandang. Anak ini baru beberapa jam di alihkan di sebelah anaknya. Cahaya membesarkan matanya melihat kaki kanannya bersimen. Hanya senyuman Cahaya hadiahkan padanya.
"Iki, ada apa-apa yang Iki nak makcik tolong ke bual ke jangan segan bagitahu makcik. Sekurang-kurangnya Iki ada makcik buat kawan bual".
"Terima kasih makcik, anak makcik sakit juga?" Iki membetulkan duduknya.
"Yea, Dahlia pun sakit juga. Iki doakan anak makcik sembuh yea sama seperti budak-budak lain. Boleh main macam dulu".
Iki mengangguk dan menghadiahkan senyuman ke Cahaya.
"Makcik, tadi ada pakcik datang tengok anak makcik", ucap Iki.
"Eya, pakcik tu pakai baju apa Iki?" Sengaja Cahaya bertanya pada Iki berharap itu suaminya. Walaupun jawapan anak ini mungkin akan menghampakannya.
''Pakcik tu pakai tshirt biru gelap. Ada nombor tujuh pada baju tu".
"Oh, itu ayah Dahlia. Makcik ada terserempak dengan pakcik tadi kat luar".
Senyum nipis terukir di bibir Cahaya manakala tangannya menggenggam erat pergelangan kaki anaknya. Walaupun Cahaya duduk berbual bersama Iki, tangannya tidak lepas dari anaknya Dahlia.
"Terima kasih datang abang", gumam Cahaya. Pandangannya dialihkan ke anaknya rasa bersalah.
Dahlia seperti anak yang dahagakan kasih sayang Khairy. Walaupun ayahnya layannya kasar, jarang bermain dan berbual dengannya, Dahlia kerap merengek mahukan ayahnya.
Share this novel