1

Romance Completed 16541

Cahaya merenung skrin telefon ditangannya disulami perasaan hiba di ruang menunggu hospital. Wajah anaknya Dahlia Raihana jelas riang di gambar. Jauh berbeza dengan keadaan sekarang. Kegembiraan Dahlia tidak bertahan lama apabila anaknya disahkan mengalami masalah usus pendek juga dikenali sebagai short bowel syndrome.

Seminggu sudah Cahaya berkampung di hospital menjaga Dahlia. Walaupun perit dengan ketentuanNya, Cahaya redha dan cuba kuat demi anaknya perempuannya. Matanya dipejam, air matanya laju membasahi pipi. Apa yang terjadi, Cahaya perlu lalui dengan sabar. Fikirannya melayang seketika.

"Sebenarnya aku doh lamo cari Cahaya. Puah aku to dio saing-saing semuo tok tahu demo mano. Shikin bagitahu lepah behenti Cahaya kahwin dengan Khairy. Bilo aku gi dumoh, walid melenting maki hamun aku sebab tok kahwin. Walid kato aku biarkan ke demo saing dengan si khairy tu. Siak walid bagi aku ni cincin emah takke tampe bemato kaca".

Cahaya tersenyum kelat di depan Shahdan terasa malu. Mana tidaknya, rakannya melihat keadaannya jauh berbeza dari dulu. Jujur Shahdan satu-satunya rakan yang sangat menghormati keputusannya. Walaupun ada masa Cahaya kurang faham ayatnya seakan bunyi tonggang terbalik dek loghatnya bercampur aduk. Shahdan seorang rakan yang baik. Cahaya senang berteman dengannya.

"Maafkan aku Edan. Sejak walid kahwinkan aku dengan Khairy, walid tak mengaku aku anak dia", balas Cahaya lembut.

"Go dio minto maafnya, aku pon doh ado nu tino come kat sie, come lote dari demo. Aku tumpe simpati hal Dahlia. Meta Cahaya, aku cari demo ni ado hajat. Cahaya perlukan pitih, aku ado job untuk demo. Tok setambon nge susoh mane pun. Aku tahu Cahaya leh wak bendo ni. Lagipon pitih tu demo leh bayar koh perubate anok demo Dahlia", pujuk Shahdan.

Cahaya memandang pintu wad memikirkan keadaan anaknya.

"Cahaya! menung pula", sergah Shahdan.

"Edan, kerja apa. Anak aku sakit kot. Takkan aku nak tinggalkan dia sorang-sorang kat hospital. Agak-agaklah", marah Cahaya.

Shahdan ketawa apabila Cahaya marah dengan ideanya.

"Gegey demo Cahaya, aku bukan bebal sangat nak suruh demo tinggal Dahlia. Gini, Cahaya setuju jea aku terus past barang. Demo buat time Dahlia tidur ke apa ke bila demo free", pujuk Shahdan bersungguh.

Shahdan berbual panjang bersama Cahaya di ruang menunggu menerangkan kerja yang perlu Cahaya lakukan dengan lebih jelas agar Cahaya nampak apa yang dirinya perlukan nanti.

Cahaya merenung wajah Shahdan kosong. Tiada kata yang mampu diucap. Rasa bersalah menerpa dinding keikhlasannya.

"Lagi... Cahaya weii!"

Cahaya tersentak apabila disergah Shahdan. "Kau ni Edan, aku dah 5tahun tak hadap benda-benda tu semua. Salah nanti macamana?"

"Cahaya lagu aku baru dengan demo... Gini, ni aku buwi kad aku. Cahaya piki dulu. Nge call aku. Bedesuk aku date sini bagi bare". Shahdan mengintai wajah Cahaya tunduk dan menghulurkan kad ke Cahaya.

"Tengoklah nanti", balas Cahaya kurang yakin. Kad ditangannya dibelek sekali imbas.

"Fiki dulu molek-molek, bilo doh dapak jawape call aku. Aku date mewakili Euro capita Teknologi. Ha parenth tok soh risau, aku simpe ikak mati", pujuk Shahdan.

Lamunan Cahaya terhenti apabila namanya dipanggil jururawat bertugas. "Allahuakbar, yea doktor".

...

Fikiran Cahaya jauh melayang sebaik keluar dari pintu utama hospital. Seorang lelaki dalam keadaan terburu-buru melanggar tubuh cahaya hingga Cahaya tersedar dari lamunannya. Cahaya hanya memandang dua lelaki masuk ke dalam dan hilang disebalik pintu automatik hospital.

"Macam gergasi lari. Kalang kabut nak ke mana? Itu mesti risau orang tersayang tu", omel Cahaya.

Beg silangnya diperkemaskan, Cahaya meneruskan langkah ke deretan teksi berada di seberang jalan. Cahaya meraup wajahnya yang sudah berpeluh sebaik tiba di depan kumpulan pakcik-pakcik sedang duduk berbual.

"Assalamualaikum, pakcik boleh hantarkan saya ke kampung Teluk?" soal Cahaya.

"Waalaikumsalam, oh adik.. Lek! oh Lek! Ni ada adik comel nak ke Teluk! Sekejap yea dik. Pakcik tu yang jalan ke sana", jawab salah seorang dari mereka.

Cahaya mengangguk dan tersenyum secalit. Bunyi petikan gitar dari salah seorang pakcik buatkan cahaya tersenyum sendirian. Cahaya beranikan diri menegur pakcik di depannya sementara menunggu pakcik teksi yang tak muncul lagi.

"Pakcik minat scorpions yea?" sapa Cahaya.

Jari jemari pakcik itu terhenti dari memetik dan memegang tali gitar sambil memandang ke arah Cahaya.

"Adik tahu? Ni mesti bapa adik ni seusia pakcik?"

Cahaya mengangguk disertai ketawa kecil. "Yea pakcik, saya membesar dengan lagu ni".

"Dah, dik jom. Mana tadi? Teluk yea", tegur seorang pakcik berjanggut serta bertopi merah mempelawa Cahaya ke teksinya.

Cahaya mengikut langkah pakcik, pintu belakang Cahaya buka dan masuk ke dalam bersama pakcik teksi.

"Maaf yea dik, teksi pakcik ni lambat sejuk. Panas sikit yea, nanti dah jalan baru sejuk. Apa khabar anak adik?"

"Baik pakcik, saya tak kisah. Anak saya ada masa okay ada masa tak pakcik. Ini pun saya lari kejap balik ambil barang". Jauh sudut hati Cahaya mungkin pakcik tengok wajahnya sudah merah menyala kepanasan.

"Pakcik doakan anak adik cepat sembuh. Allah sayang hambaNya yang sabar hadapi dugaan dia. Mungkin ada hikmah mana kita tahu".

"Terima kasih pakcik nasihatkan saya. Ada masa saya rasa penat sangat bila diuji".

"Penat berhenti sekejap dik, tak salah pun cuma jangan lupa bangun balik. Mudah jea".

Cahaya mengukir senyuman terpaksa. Jujur Cahaya tidak kuat hadapi semua ini seorang diri. Sepanjang perjalanan pulang, Cahaya berbual bersama pakcik teksi. Masuk kali ini sudah tiga kali pakcik ini menghantarnya pulang hinggakan pakcik itu tahu dimana tempat yang sepatutnya Cahaya berhenti turun.

...

Cahaya mengutip beberapa baju anaknya di bilik dengan perasaan sayu. Ketika memasukkan baju ke dalam beg pakaian, telinga Cahaya menangkap bunyi motor suaminya pulang. Cahaya mengeluh apabila terdengar derapan tapak kaki suaminya memijak lantai rumah.

"Ada rumah rupanya? Ingat ada hospital jaga anak", tegur Khairy.

"Saya balik kejap jea, kutip baju Dahlia. Abang tu bila nak jenguk anak? Dahlia asyik tanya abang bila nak datang", tegas Cahaya.

"Nanti aku pergilah". Rambut Cahaya dibelai lembut.

"Kenapa letrik kena potong? Bukan saya pesan ke nanti kena potong kalau lambat-lambat bayar?" soal Cahaya, kesal.

"Bukan aku tak nak bayar, duit tu aku hala ke lain dulu. Kau nak ke hospital ni kan, bak sini duit sikit".

Cahaya menghempas baju ditangannya dan menarik nafas kesal sebelum menoleh ke arah suaminya.

"Saya tak ada duit".

Khairy menghampiri Cahaya, pantas tangannya menarik pinggang Cahaya kasar. "Kau tak ada duit, tapi hantar anak ke hospital ada pula duit. Baik, kau tak ada duit, aku nak ni. Nanti ada duit aku tebus balik".

Laju tangan Cahaya menolak Khairy cuba menyentuh rantai dilehernya dan meleraikan pelukannya kasar. Rantai di leher dimasukkan ke dalam bajunya dan menggeleng laju. "Ini jea tinggal kenangan saya dengan arwah mak".

Khairy mengeluh, tangannya menggosok tengkuk seperti tidak puas hati dengan isterinya Cahaya. Dadanya berombak kencang apabila permintaannya ditolak isterinya. Sabarnya hilang, tanpa sedar Khairy menampar muka Cahaya, serentak itu tangannya merentap rantai di leher Cahaya kasar.

"Aku minta elok-elok tadi kau tak nak bagi, kan dah dapat. Bagi aku rantai tu tadi kan senang, kau pun tak sakit",rungut Khairy.

"Khairy! Apa ni. Pulangkan balik rantai mak!!"

"Nanti nanti jea. Kau tunggu bila aku ada duit. Itu pun kalau ada".

Cahaya yang sudah jatuh terselepuk di atas lantai menggenggam hujung bajunya menahan rasa benci. Ikutkan hati nak di tumbuk lelaki bernama Khairy sekuat hati. Hanya disebabkan hormat itu syurganya, jadikan Cahaya banyak makan hati dengan Khairy. Syurganya kini menjadi neraka. Neraka ini muncul selepas Cahaya melahirkan anak mereka Dahlia.

Awal perkahwinan mereka, Cahaya dan Khairy hidup bahagia sama seperti pasangan diluar sana walaupun dibuang keluarga. Khairy banyak mengajar Cahaya serta memanjakan Cahaya setiap hari. Cahaya sangka bahagia hingga ke akhir hayat bersama suaminya rupanya hujan ribut di pertengahan jalan. Khairy berubah mendadak sebaik walidnya menggunakan kuasanya. Walid cemburu apabila Khairy berjaya membahagiakan Cahaya. Walid mula mengganggu hubungan mereka dengan menjatuhkan perniagaan kecil Khairy. Sejak dari itu Khairy salah memilih kawan dan melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah.

"Kau pergi hospital jangan menggatal pula. Manalah tahu dah bosan dengan aku, kau menggatal dengan orang luar", marah Khairy.

"Saya pergi jaga anak bukan menyundal!" bentak Cahaya.

Rambut Cahaya tiba-tiba direntap dari belakang kuat. "Kau ingat aku tak ada kawan ke kat hospital tu? Aku dengar jea kau buat perangai, balik kau siap ataupun aku ke sana siang kau hidup-hidup. Dah! Aku nak keluar. Buang masa cakap dengan kau. Dasar anak manja, eloklah tu, anaknya pun sama mengada manja. Sikit-sikit sakit, Sikit-sikit sakit".

Khairy keluar dari rumah hilang entah ke mana manakala Cahaya menghempas beg pakaian anaknya tanda protes serta marah dan kesal di hatinya. Air matanya dilap menggunakan bahu kecilnya.

Cahaya keluar dari rumah menapak menuju ke perhentian bas selang beberapa rumah dari rumahnya. Cahaya duduk di perhentian bas seorang diri. Tengkuknya terasa pedih apabila peluh mula menitik dan mengigit lukanya.

"Maafkan Cahaya mak, rantai mak dah kena ambil jantan tak guna tu", gumamku.

"Cahaya! Amboi, jauhnya mengelamun kau ni. Aku berdiri depan kau pun kau tak nampak", sergah seorang lelaki elok rupa parasnyanya.

"Man, awak buat apa sini?" Cahaya memandang ke arah kereta Man. Mak Lang melambai Cahaya dengan senyuman.

Cahaya mengukir senyuman segaris dan memandang wajah Man sepupu Khairy.

"Naik dengan aku. Aku dengan ibu memang nak pergi jenguk Dahlia", pelawa Man.

"Boleh juga, lagipun ada ibu. Man sorang tadi memang Cahaya tolak", balas Cahaya senada.

"Alahai Cahaya, kau takut Khairy marah ke? Aku tahu, aku sorang memang aku tak turun ajak kau. Aku tak nak kau sakit" jawab Man.

"Lebih kurang.. Malas nak gaduh Man, thanks Man. Kau bukan tak kenal sepupu kau tu", omel Cahaya.

"Apa lagi dibual tu Man, ajak Cahaya masuk kereta!"

Cahaya tersenyum melihat mak Lang menjengahkan mukanya ke luar tingkap. Cahaya mengangguk, bangun mengikut Man menuju ke kereta. Tanpa Cahaya sedari, suaminya Khairy ternampak Cahaya bersama lelaki lain. Penumbuknya dilepaskan di tapak tangannya bertalu-talu dengan perasaan berbau cemburu.

"Kau tunggu.. Kau tunggu...Aku tahu nak ajar kau bila kau balik nanti. Dasar perempuan tak sedar dek untung betul. Pantang dapat keluar terus menggatal dengan lelaki lain", bebel Khairy.

>>××

>Assalamualaikum semua readers. New baby dari win untuk semua. Semoga terhibur.
>Cerita ini hanya rekaan semata-mata, risiko membaca di tangan anda.
>Maaf yea jika dialek kelate dari Shahdan sumbang.
>uc ke? yea uc.
>say no to plagiat

;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience