Adrian merasakan sendi-sendi lututnya bagaikan hendak tercabut menunggu nenda masih berada di icu. Minuman yang dihulurkan Rafi langsung tidak diusik dan dibiarkan di atas kerusi.
Perasaan kesal menujah hati Adrian ketika ini. Mengikut perancangan awalnya, Adrian sepatutnya pulang ke kampung menemani nenda hujung minggu. Hanya kerana Aulia Zehra buat perangai, Adrian lawat nenda kesayangan.
"Tuan, call dari Puan Aulia Zehra", sapa Rafi pembantunya.
Telefon di tangan Rafi di capai. Adrian membawa diri ke tangga kecemasan menjawab panggilan dari isterinya. Adrian tidak mahu Rafi dengar perbualannya.
"Ada apa lagi Zehra? I ada kat hospital ni. I suruh you ikut you tak nak".
Adrian terdiam. Skrin telefon di tangannya di renung semula, jelas tertera nama isterinya di skrin telefon bimbitnya. Entah kenapa suara yang menikam gegendang telinga Adrian sebentar tadi milik suara Encik Zaril.
"Yea saya dengar... Apa! Bila?! Dengan siapa?!"
Sekali lagi Adrian terdiam selepas mengajukan soalan. Keluhnya mendesah panjang. Tubuhnya tersandar di penghadang tangga. Apa permainan Zehra sebenarnya?
"Saya nak Encik Zaril selesaikan kes itu dulu, dapatkan balik, guna cara apa sekalipun. Pastikan dapat semula. Hal satu lagi satu..... hmm... siapkan saya surat permohonan penceraian dengan Puan Aulia Zehra. Hantarkan salinan pada saya siapa beli tanah nenda tu. Saya balik sana segera sebaik tahu keadaan Datin Fatimah. Terima kasih Encik Zaril, ada apa-apa berita maklumkan terus pada saya", arah Adrian, tegas.
Panggilan telefonnya dimatikan, satu tumbukan kuat dilepaskan ke dinding batu hospital disertai jeritan kuat melepaskan rasa marahnya.
"Berani betul kau Zehra. Masa aku tinggalkan kau, gaya kau macam tak bernyawa. Rupanya kau curi geran tanah nenda... Arghh!!"
Dadanya terasa pedih dan sakit teramat sangat. Perempuan yang selama ini nampak lemah lembut, ayu, manja, sopan santun sebenarnya hanya mahukan hartanya. Saat hatinya baru terbuka mencintai Aulia Zehra dan menyayanginya, Zehra mempermainkan serta mengkhianati cintanya.
Jauh sudut hati Adrian benar-benar kecewa dengan Zehra. "Apa yang kurang, aku dah mewahkan kau sampai kau sanggup...... Punya susah aku buka hati aku pada perempuan, ini yang aku dapat!"
Wajahnya diusap kasar membetulkan emosinya. Kedua tapak tangannya menampar-nampar kecil ke pipinya. Satu keluhan kesal dilepaskan sebelum melangkah ke depan pintu kecemasan mendapatkan Rafi sedang menunggu opah.
"Adoii!!"
Tertunduk Adrian dibuatnya sambil mengusap dahinya terkena bucu pintu. Adrian hanya melihat seorang perempuan berlari dalam keadaan tergesa-gesa di depannya. Perempuan tadi menuruni anak tangga tanpa menoleh ke arahnya dalam keadaan menangis teresak-esak.
"Hisyh! Sedih pun tak perlu hempas pintu ke muka aku. Habis kemek muka aku", gumam Adrian.
...
Sesekali terdengar batuk kesal dari Adrian cuba menarik perhatian Rafi setelah seharian bersamanya di hospital. Lelaki di sebelahnya sedang bertongkat dagu diam membatu di sebelahnya. Sekali lagi Adrian sengaja batuk menyebabkan lelaki ini menyepak kaki Adrian apabila mendengar batuknya.
"Tuan nak cakap apa sebenarnya. Bagitahu saya sekarang?" soal Rafi. Pandangannya masih ke arah kasut Tuannya.
"Aku nak lari kejap, ada masalah kat rumah. Zehra buat perangai. Boleh kau tunggu nenda?" pinta Adrian.
Adrian lihat Rafi masih lagi tidak bergerak walau sedikit pun. Sengaja Adrian mencucuk lengan Rafi berkali-kali.
"Urgent, aku tahu kita dah lebih 28jam duduk sini. Hal sana pun penting", pujuk Adrian.
Satu keluhan kecil dilepaskan Rafi sebelum menjawab soalannya. Adrian menunggu dengan sabar Rafi memberi keizinan walaupun sebenarnya boleh sahaja Adrian tinggalkan Rafi begitu sahaja.
"Jangan lama-lama. Tuan tahu saya cepat menggelabah hal gini. Saya tak nak apa yang berlaku pada mak saya dulu jadi pada Datin Fatimah". Satu keluhan kecil dilepaskan Rafi. Rafi membetulkan duduknya.
Adrian menggosok belakang badan Rafi, satu-satunya pembantu peribadi merangkap saudara dua pupunya. "Kau ni, jangan fikir negative. InsyaAllah nenda selamat. Tadi doktor dah bagitahu depan kau yang nenda baik-baik jea. Ada jea masalah call aku. Sepantas kilat aku datang balik sini".
"Tak boleh selesaikan kemudian ke? Apa yang penting sangat?" soal Rafi.
Adrian memandang wajah Rafi kosong. "Rafi, aku ada masalah dengan isteri aku. Masalah besar, dia pecah masuk bilik peribadi aku".
Rafi memandang ke arah Adrian seperti ingin menyoalnya lebih lanjut. Spontan Adrian bangun dan mengukir senyuman mengelak. "Aku gerak dulu, lagi awal selesai lagi bagus. Ingat call aku!"
Adrian meninggalkan Rafi sendirian di hospital. Dirinya perlu menyelesaikan isterinya dengan segera sebelum Aulia Zehra bertindak sesuatu diluar fikirannya.
...
Pintu rumah ditolak kasar, dengan langkah tergesa-gesa susuk tubuh isterinya dicari. Sangkaan Adrian tepat, Zehra berada di ruang tamu peribadi bersama bibik. Adrian menarik lengan isterinya masuk ke dalam bilik namun ditepis Zehra kasar. Isterinya nekad menolak dan menumbuk lengan Adrian.
"Don't touch me Adrian!"
"Siapa suruh kau curi geran tanah tu!" tanya Adrian. Sedikit pun Zehra tidak menjawab pertanyaannya. Sakit pula hatinya.
"Kenapa buat perangai? Kemaruk sangat sampai ...", ayatnya dihentikan sebelum marahnya memuncak.Mulutnya menyebut benda yang tidak sepatutnya.
"You tak boleh salahkan I Adrian. Sepanjang tiga bulan kita kahwin, berapa kali you sentuh I?" sindir Zehra.
Adrian mengeluh kesal. "Kau sendiri bagitahu aku yang kau tak akan paksa aku. Kita dah bahas hal ni dari dulu lagi!"
Adrian kaku apabila Zehra menghampirinya. Dada Adrian dibelai menggunakan jari jemarinya yang panjang dan halus serta senyuman sinis. "Lama sangat I nak tunggu cinta you Adrian. I sebenarnya tak ada dalam hati you. Sini, sini... sikit pun tak ada".
Dada Adrian ditepuk-tepuk lembut Zehra sambil menyindir. "Aulia Zehra, tergamak you..."
"Syyttt... cukup Adrian. I tahu you sayang dan care dengan I pun baru jea. Semua ni pun bersebab, itu pun lepas I buat cerita sedih I ada sakit yang hampir nak mati baru you mula ambil berat pada I dan sayangkan I", rungut Zehra.
Adrian hilang sabar. Tubuh Zehra ditolak sekuat hati hingga isterinya rebah di sofa.
"Kau main apa dengan aku Zehra, Siapa kau sebenarnya?! Selama ni kau tipu aku, kau pura-pura sakit?" herdik Adrian.
"Yes, yes Adrian. I sengaja tipu you. Itu pun lepas daddy suruh". Tegas nada Zehra menegur Adrian. Dari dulu lagi Zehra tidak suka dengan Adrian kerana lelaki ini tidak pernah melayannya sebagai isteri.
Adrian merenung tajam wajah isterinya, sedikit pun tiada riak marah atau rasa bersalah diwajah Zehra selepas apa yang Zehra lakukan. Jelas Adrian sudah tersilap langkah berkahwin dengan gadis pilihan bonda dan daddy. Semua disebabkan arwah bonda beria pujuk Adrian agar terima Zehra. Hanya disebabkan mengikut kehendak orang tua dan tidak mahu lukai hati bonda, Adrian terima Aulia Zehra walaupun dia tidak pernah kenal siapa perempuan ini.
"So, daddy juga suruh kau curi geran tu. Kau ingat daddy aku tu setia sangat ke dengan kau. Aku yakin, dia akan lepas tangan bila rahsia kau terbongkar" bebel Adrian.
"I tahu, sebab itu I curi geran tu. You ingat I curi untuk dia ke? Bukan, bukan... bukan untuk orang tua tu, tapi untuk I sendiri", jawab Zehra sinis.
Jelas Zehra bangun menghampiri Adrian seperti mahu menggodanya menyebabkan Adrian menolak Zehra. Wajahnya diraup kasar mendengar pengakuan isterinya. "Aulia Zehra Syamsul aku ceraikan kau dengan talak tiga".
Zehra ketawa mengilai sebaik Adrian ceraikannya. Sedikit pun Zehra tidak terkejut dengan keputusan Adrian.
"Terbaik, lepas juga I dari jadi Isteri bodoh you",dindir Zehra.
"Biadap! Isteri bodoh. Selama ni you rasa bodoh you jadi isteri I?!' tengking Adrian.
"Nama jea anak Dato, tapi cara you tak seperti anak-anak Dato diluar sana. I bosan hidup dengan you".
Tiada setitis pun air mata yang muncul di riak wajah Zehra saat Adrian melafaskan cerai di depannya. Makin melarat pergaduhan mereka jadinya. Perkahwinan selama tiga bulan berakhir begitu sahaja. Adrian tidak sanggup menerima Zehra selepas isterinya ditangkap bersekedudukan bersama daddy tirinya sendiri dan menjual geran tanah tanpa pengetahuannya.
"Mulai hari ini, jangan berani you jejakkan kaki you ke rumah ni. Dasar perempuan tak tahu malu, mencuri, penipu. Tak cukup dengan tu sanggup you lakukan dosa dalam rumah ni. Dah tak ada jantan lain ke dunia ni sampai bapa mertua pun you sapu".
"Terima kasih lepaskan I. Sebenarnya I memang dari dulu perempuan simpanan daddy you. Daddy you yang paksa I kahwin dengan you sebab nak bolot harta Dato Norsiah".
Raut wajah Adrian berubah terkejut. "You rapat dengan bonda tapi you makan husband bonda dalam diam".
"Yes, Dato Norsiah langsung tak tahu hubungan I dengan husband dia, daddy tiri you. Oh yea, alang-alang dah bagitahu you hal ni. For your information Adrian, bonda mati bukan sebab mati mengejut tapi daddy you bunuh. I pergi dulu".
Meja cermin ditumbuk Adrian kuat hingga bersepai meja kaca itu di kakinya. Hilai tawa Zehra seperti menyiram cuka di luka Adrian ketika ini. Sakitnya jiwa Adrian apabila mendengar kebenaran kematian bonda.
"Stop Zehra!" jerit Adrian.
Zehra menoleh ke arah Adrian keliru. "Ada apa lagi you tak puas hati?"
"Tanggalkan semua barang kemas pada badan you sebelum you keluar. Kunci kereta tu tinggalkan, itu semua aku punya", sindir Adrian.
Sempat Adrian menepis pasu bunga yang di baling isterinya. Adrian hanya memandang Zehra mencampakkan semua yang di minta sambil merungut. Pandangannya terhenti apabila mendapat panggilan dari Rafi di kampung. Rafi memaklumkan keadaan kesihatan Puan Fatimah makin merosot.
Sebaik sahaja bayang Zehra hilang. Adrian memanggil bibik datang ke arahnya. "Bik, kutip semua barang kemas tu. Serahkan ke mak Limah. Jangan hilang satu pun. Kemas kaca ni. Pastikan Puan parasit dengan Encik Rizal tak masuk dalam rumah ni sepanjang saya tiada. Terima kasih jadi mata-mata saya bik".
"Baik Tuan, Sama-sama. Bagaimana keadaan Datin?"
"Masih dalam icu. Entah bik. Bila jadi hal seperti ni saya rasa nenda pasti kerja parasit ni. Sudah, saya dah lambat. Jaga rumah".
Adrian baru sejam tiba dirumahnya kini terpaksa bergegas mendapatkan nenda. Perjalanan selama dua jam setengah ke kampung disulami dengan perasaan sakit. Sakit yang amat dalam. Sakit apabila dipermainkan isteri dan bapa tiri sendiri.
"Patutlah selama ni nenda benci daddy. Rupanya ini perangai kau, lagi teruk dari binatang. Kau bunuh bonda, orang yang hidup dengan kau berbelas tahun bersama kau, banyak tolong kau masa kau susah. Jangan ingat aku akan lepaskan kau daddy. Dasar jantan tak sedar diri", rungut Adrian.
...
Adrian berlari sebaik keluar dari kereta menuju ke icu dalam keadaan tergesa-gesa. Termengah-mengah Adrian sebaik tiba di depan muka pintu. Wajah Rafi dipandang tanpa bicara. Nafasnya cuba dibetulkan terlebih dahulu sebaik melihat Rafi bangun dari duduknya mendapatkan Adrian.
"Doktor kata apa tadi? Aku boleh masuk ke ni?" soal Adrian.
"Doktor tak bagi. Doktor cuma pesan sedia terima apa-apa berita. Keadaan Datin dah elok sikit dari tadi", balas Rafi.
"Tadi kenapa sebenarnya Rafi?" Rambutnya yang panjang diikat kemas.
"Nafas Datin terhenti tiba-tiba. Saya nak jelaskan pun tak berapa faham. Nanti Tuan dengarlah doktor bagitahu sendiri", jawab Rafi.
Wajah Rafi berkerut serta aksinya menggaru kepalanya buat Adrian menolak kepalanya sedikit kuat. "Kau ni suka tak dengar betul-betul bila orang bercakap. Rafi, itu nenda kau juga tau".
"Tuan macam tak kenal saya bila hati dah takut. Saya takut kehilangan Datin, semua tu saya tak nak dengar. Saya cuma nak dengar Datin selamat jea, itu yang penting", balas Rafi.
"Yea, maafkan aku tinggalkan kau tadi". Sengaja Adrian menarik tubuh Rafi. Satu pelukan erat sebagai seorang abang ke adik diberikan Adrian.
Share this novel