4

Romance Completed 16541

Tersembur air yang diteguk Adrian mendengar cerita Rafi. Adrian cuba kawal mimik mukanya ke Rafi sebelum membalas cerita dari Rafi. Jelas Rafi sedang marah apa yang berlaku tadi.

"Faham tak apa perasaan saya masa tu? Cuba Tuan bayangkan Tuan ada tempat saya", rungut Rafi.

"So, cerita sekarang ni kau tahu siapa yang dimaksudkan lelaki tu?" soal Adrian. Ada senyuman tersorok diwajahnya ketika ini.

"Apa tak tahu. Sah saya tahu!" jawab Rafi.

"Siapa agaknya yea?" usik Adrian. Kedua pipinya diraup menghilangkan tawanya hampir meletus.

"Saya orangnya. Suami dia maksudkan tu saya. Perempuan tu pun tahu saya yang selalu berbual dengan dia. Nasib baik dia buat tak kenal saya depan suami dia. Itu kira elok lagi tak kenal. Buat saya panas sekarang ni dia kata saya tak ada otak, sama macam laki dia. Ada ke patut dia samakan saya dengan laki dia tu".

Tawa Adrian makin payah ditahannya. "Di marah sebenarnya tu".

"Marah pun, jangan samakan saya dengan suami dia tu. Tahu kena maki dengan perempuan tadi baik tak payah tolong", rungut Rafi.

"Sekejap, ni perempuan mana yea, perempuan free hair yang tunggu bapak dia ke?"

"Bukan tu, ni yang sorang lagi. Anaknya sebelah katil Datin Fatimah", balas Rafi.

Adrian terdiam, pandangannya dibuang ke arah dua beradik di seberang sana bersama jururawat. "Oh, anak tu. Bukan ke dia dah keluar icu? Ada lagi dia sini?"

"Ada rasanya.. Tadi mak dia ada, tak keluar lagi rasanya", balas Rafi, yakin.

"Hmm, kecik lagi budak tu. Kesian dia dapat bapak tak bertanggungjawab". Terbit rasa simpati di hati Adrian memikirkan anak kecil yang kerap menangis di sebelah nenda.

"Yea, betul tu. Sakit pula hati dengar laki bini tadi gaduh. Saya tak sangka pula perempuan secantik tu ada suami seteruk tu. Boleh tahan garang rupanya perempuan tadi, macam singa laut", bebel Rafi.

"Singa laut? Ada saja kau ni Rafi". Adrian mengangkat beg pakaian nenda di kerusi setelah selesai mendengar cerita Rafi.

"Wait, Sekarang ni Datin mana? Kenapa Datin tak ada dengan Tuan?" tanya Rafi.

Adrian ketawa kecil melihat riak wajah Rafi cemas. Adrian memanjangkan muncungnya agar Rafi menoleh ke arah belakang.

"Tuan, saya tanya mana Datin? Kenapa Tuan buat muka?" Marah pula Rafi apabila Adrian tidak menjawab pertanyaannya.

Adrian diam membatu di depannya.

"Amboi-amboi, Rafi. Seronok jadi hero sampai tak nampak saya berdiri lama belakang dia", usik Datin Fatimah.

"Datin, aduh... Saya sangka Datin hilang". Sedikit tunduk Rafi apabila terdengar suara yang dicari muncul di belakangnya.

"Dah, mari balik. Penat dah saya duduk sini. Jangan lupa share pada saya cantik ke tidak perempuan rang awak selamatkan tadi".

Adirian mencelah saat Rafi ingin menjawab. "Nenda, balik rumah Rian. Rian tak nak nenda sakit sorang-sorang lagi".

Datin Fatimah mengukir senyuman ke cucunya sedang memimpin tangannya. "Baik Tuan. Rasanya nenda ni ada ke tak ada pilihan ni".

"Memang tak ada Datin, tambah pula Tuan sekarang dah duda", sampuk Rafi.

"Sebab parasit tu nenda masuk hospital. Why nenda? Why you sorok hal ni dari Rian?" celah Adrian.

"Dari dulu nenda tak suka Aulia tu. Nanti nenda bagitahu Rian tak percaya. Rian baru sayangkan dia".

Langkah Adrian mati. Nafasnya ditarik terasa sakit. "Sayang! Sia-sia semua tu".

Datin meneruskan langkah bersama Rafi berdua.

"Tuan awak ni Rafi konon nak jadi anak yang baik. Ikut cakap bonda dia. Cuba dulu kahwin dengan pilihan nenda, mesti senang. Sekarang tengah berbunga-bunga sayangkan isteri".

Usikan Datin Fatimah langsung tidak memberi kesan pada Adrian.

"Apa kata Datin carikan jodoh saya, nanti wife saya boleh jaga Datin", seloroh Rafi.

"Tengohlah nanti. Saya boleh jea cari tapi takut Rafi macam Tuan awak, demand", balas Datin Fatimah.

Rafi memandang Adrian berjalan di sebelahnya. Wajahnya ketat tanpa sedikit senyuman walaupun di usik Datin. Jelas Tuannya marah benar dengan Puan Aulia Zehra gayanya.

"InsyaAllah, saya terima seadanya nenda. Lagipun saya tak setaraf Tuan".

"Rafi diam!" bentak Adrian.

Datin memandang Rafi. Rafi menggeleng tidak mengerti kenapa Adrian marahkannya.

"Kenapa pula?" soal Rafi.

"Diam aku kata. Sakit telinga. Kau nak cerita hal kahwin tunggu aku tak ada dengan kau".

Datin dan Rafi ketawa mengekek mendengar Adrian marahkannya.

...

Kesemua barang-barang milik Zehra dikeluarkan dari biliknya. Adrian tidak mahu barang-barang milik perempuan parasit mengganggu fikirannya. Sekali dah benci selamanya akan dibencinya.

"Ada lagi Tuan?" soal bibik.

"Tak ada bik. Tak payah simpan dalam stor. Buang jea", arah Adrian.

"Baik Tuan. Saya buang yea".

Adrian mengangguk. Telinganya menangkap bunyi riuh di depan muka pintu. Suara itu buatkan Adrian dan bibik saling berpandangan. Langkahnya laju menuju ke pintu utama mahu melihat kekecohan yang berlaku.

"Mak Limah, kenapa biarkan peminta sedekah ni datang lagi? Halau dia, tak pun call polis, payah sangat. Tak reti bahasa!"

Adrian memeluk tubuh memandang Zehra sedang menolak mak Limah untuk masuk.

"Rian! You tak patut. Kenapa I pula you saman I. Ini semua kerja daddy you, bukan I", jerit Zehra.

"Sorry, I tak ada masa nak dengar. Jumpa di makamah. Ohya, mak Limah jangan lupa mop balik kesan tapak kaki peminta sedekah tu", balas Adrian, sinis.

Adrian melangkah menuju ke bilik bapa tirinya. Pintu bilik dibuka bibik. Satu keluhan dilepaskan sebelum memberi arahan seterusnya. Bibik masih berdiri menunggu aeahan darinya.

"Bik, bilik ni bibik buang semua pakaian dalam almari ni. Saya nak bik kosongkan bilik ni. Jadikan bilik ni bilik tetamu. Nanti bibik minta pak Wan tukar tilam tu sekali. Saya tak nak kesan mereka tertinggal dalam rumah ni. Jijik!" arah Adrian.

"Baik Tuan. Tuan...".

"Cakap cepat, nak apa?"

"Sebenarnya saya nak minta cuti esok boleh?" tanya bibik, sedikit takut-takut dengan Adrian.

"Siapkan dulu bilik ni. Selagi tak siap jangan mimpi nak cuti", jawab Adrian.

"Terima kasih Tuan". Bibik tadi memandang Adrian. Wajah kacak Tuannya jarang sekali dapat dipandang secara dekat di depan mata seperti sekarang.

"Bibik! Berani betul pandang saya macam tu", sergah Adrian.

"Maafkan saya Tuan, maafkan saya". Tertunduk bibik ketika Adrian menegurnya keras. Salah bibik merenung wajah tuannya tadi.

"Buat lagi sekali saya korek mata tu. Bik nak cuti tak nak?"

"Nak Tuan".

"Siapkan semua ni".

"Terima kasih Tuan". Masak sangat bibik ini dengan perangai Tuannya suka bagi jawapan dalam arahan.

Ada senyuman terukir di bibir bibik. Adrian sengaja sergah bibiknya. "Tak payah nak senyum sangatlah. Siapkan dulu. Mana nenda? Saya dari tadi tak nampak muka dia?"

"Ohh.. Datin Fatimah dengan Rafi keluar. Katanya beli barang dapur".

Riak wajah Adrian berubah bingung. "Eh! Barang apa? Semalam saya dah suruh mak Limah dengan pak Wan keluar beli".

"Saya tak berani nak tegur Tuan, nanti Datin Fatimah marah saya. Sempat saya tengok dalam kereta Encik Rafi ada kotak-kotak", jawab bibik, bersahaja nadanya.

"Hhmm...". Adrian tahu semua alasan nenda untuk keluar bersama Rafi. Hanya Rafi sahaja yang rajin melayan nenda memberi makan pada gelandangan di luar sana.

"Tuan, sebelum tu....". Bibik dengan berani menghalang Adrian meninggalkannya.

Adrian merenung tajam bibik. Nada suaranya sengaja dikeraskan. "Apa lagi bik?!"

Bibik sedang meraba tubuhnya mencari sesuatu makin panik. "Sekejap yea, sekejap".

"Bibik cari apa?" tanya Adrian. Rambutnya diraup ke belakang.

"Sampul surat. Tadi pak Wan suruh saya serahkan pada Tuan. Mana saya letak", rungut bibik.

Adrian mendekatkan dirinya ke bibik menyebabkan bibik seperti tidak selesa dengannya. Tubuhnya dibongkokkan sedikit mendekatkan wajahnya ke bibik. "Ni apa?"

Adrian menarik sampul surat berada di dalam apron bibik.

"Aduh, saya lupa. Hah, benda tu saya nak bagi tadi". Bibik melangkah selangkah ke belakang cuba tenangkan dirinya.

"Terima kasih. Siapkan kerja tu. Jangan banyak main sangat. Hantarkan air ke bilik bacaan saya sejam lagi", arah Adrian. Perlahan langkahnya beredar menuju ke bilik sambil membuka sampul surat itu.
...

Genap enam bulan Cahaya berada di hospital bersama Dahlia. Anaknya Dahlia baru selesai menjalani pembedahan kedua kini menunggu menjalani pembedahan ketiga. Cahaya mula buntu memikirkan bagaimanakah cara mahu dia membayar kos perubatan Dahlia yang tertunggak.

"Selesaikan pakai apa ni", omel Cahaya.

Wajah anaknya sedang tidur direnung mencari jawapan persoalannya. Bibirnya digigit kecil cuba melayan emosinya.

"Tak mungkin nak minta dengan orang tua tu. Aku dah serupa jilat balik ludah sendiri. Kembang nyawa dia bila tahu aku dah terdesak sampai minta dengan dia", gumam Cahaya sendirian.

Besi penghadang katil ditepuk-tepuk memikirkan jalan.

"Man, tapi nanti Khairy mengamuk pula. Memang mak dia okay tapi... Aduh! Mana yea nak korek. Idea.. idea... tolonglah berfungsi mengikut keadaan. Allahuakbar", bebel Cahaya.

Jururawat sedang memeriksa anak di hujung di renung.

"Edan! Betul.. Edan. Kenapa aku boleh lupa hal ni". Cahaya bangun mengambil beg galas di dalam laci.

Begnya diselongkar dengan harapan kad Shahdan masih ada dalam simpanannya. Jeritan teruja mucul di mulutnya sebaik memegang kad yang sudah renyuk. Kad yang dulu di anggap tidak bermakna di cium.

"Syukur, ada lagi. Rezeki Dahlia ni". Mulutnya ditekup sebaik melihat anaknya seakan terkejut dengan suaranya tadi. Pipi Dahlia dikucup sekilas gembira menjumpai kad rakannya.

Walaupun keadaan kad itu hampir hancur, Cahaya sedaya upaya membetulkan lipatan kad itu demi mendapatkan nombor telefon Shahdan. Cahaya mengeluarkan telefon bimbitnya cuba menghubungi Shahdan.

"Betul ke nombor ni, tak angkat pun. Hisyh.. tak mungkin dia tipu aku. Cuba lagi, cuba lagi...". Cahaya tidak putus asa. sekali lagi didail nombor rakannya.

Hatinya mula gelisah. "Betul dah ni nombor dia. Terang-terang muka dia kat profile whatsapp ni".

Cahaya mengerling sekilas Dahlia di atas katil. "Mana pula uncle awak ni Dahlia. Uncle ni sahaja harapan mak nak dapatkan duit untuk awak ni. Ayah awak ni bukan boleh harap.".

Cahaya nekad menghantar pesanan ke Shahdan setelah berkali-kali gagal menghubunginya. Telefon diletakkan diatas laci. Bungkusan roti dicapai berserta senyuman terukir dibibir Cahaya.

"Harap lumayan bayaran dari Shahdan, lepas ni Dahlia dapat buat operation tanpa fikir masalah duit lagi. Semoga segala dipermudahkan urusan kita yea Dahlia. Mak nak sangat awak sembuh", bisik Cahaya.

Semoga terhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience