"Ha.. bunuh, bunuh terus.. senang lepas ni tak da dah adik kamu",
lantang ibuku menyuarakan kesedihannya. Menyembunyi tangisan disebalik
ketegasan yang dimilikinya. Bila bergaduh begitulah aku dan adikku. Nama
bapa dijadikan permainan.
"bapak ko tu .... " kata adikku.
Aku pun apa kurangnya "ayah ko ....", balas aku pula. Begitulah aku dan
adikku.
Pernah satu ketika.. mata pensel melekat didadanya. Semuanya gara-gara
aku. Pantang adik aku bersuara, meminta sesuatu dari aku..
"Akak, nak pinjam pensel!" luahnya padaku.
Seperti terkena panahan mentari, sebagaimana peritnya kulitku dibakar
oleh kehangatannya.. begitulah hangatnya mendengar permintaan kecil adikku.
Kebencian menguasai diri.. tanpa kusedari tanganku membaling sebatang
pensel kearahnya. "Aduh", kedengaran seperti adikku kesakitan. Aku
memalingkan muka kearahnya. Allah.. Kelihatan terpacak sebatang pensel
berwarna merah didada adikku. Aku terdiam membisu.
Bukannya aku tidak sedar dengan apa yang aku lakukan. Tetapi ego
menguasai diri. Ibu ku menangis, lalu bersuara, " Ya Allah Nur, begitu
sekali kau benci adik kau ya?" Luah ibuku.
Aku diam, dan terus membisu. Adikku pula sedang menahan kesakitan.
Kelihatan butir-butir jernih mengalir keluar dari pipinya yang putih.
Ibuku berusaha mengeluarkan mata pensel yang tertanam didada anak
bongsunya itu, namun gagal. Aku, ketika itu masih sama.. masih dipenuhi
dengan kebencian. Tidak sekelumit pun kejadian itu, mengingatkanku
bahawa itulah satu-satunya adik yang aku ada.
Share this novel