"Ko ikut ko kena.. Ko faham tak? Tak faham bahasa betul ko kan!" Dalam
gelap subuh tu, dia mengikut aku dari arah belakang. Sengaja aku
tinggalkan dia jauh dibelakang sana .Entah bagaimana riak wajahnya pun
aku tak tahu. Memang aku benci, aku benci sangat.
Hah.. Padan muka ko kan! Aku mengayuh laju sehingga tiba di perkarangan
sekolah, yang kira-kira 10km jauhnya dari rumah. Aku seolah-olah tidak
mempunyai perasaan bersalah terhadap apa yang aku lakukan itu. Kerasnya
hatiku sepertimana kerasnya batu dijalanan yang aku lalui.
Jam telah pun menunjukkan jam 9 pagi. Tika ini aku mula merasa resah dan
gelisah. Bagaimana dia yang tadi aku tinggalkan. Ya.. dia, dia adikku.
Air mata makin deras mengalir dipipi.
"Ya Allah, sanggup aku melakukan sedemikian rupa terhadap adik aku!"
Sesal hatiku.
Seorang adik yang baru sahaja berumur 10 tahun ketika itu, yang masih
perlukan perhatian dari satu-satunya adik beradik yang dimilikinya.. Ya
Allah kejamnya aku.
"Mak, mak! tadi ada tak adik kat rumah?" tanyaku pada ibuku, sambil
termengah-mengah dek kerana memecut laju mengayuh basikalku. Padahal jam ketika itu baru menunjukkan jam 10 pagi. Sepatutnya pada masa ini aku
masih didalam kelas.
Ya, ini la diri aku.. Hari itu aku berani meninggalkan sekolah tanpa
pengetahuan guru-guru. Saat itu tiada apa lagi yang ada difikiranku,
selain adik. Aku mencapai basikalku.. menuju ke klinik, tempat dimana
ibu mencari rezeki untuk menyara aku dan adik.
3 jam itu sudah cukup membuatku derita. Tudung sekolahku telah pun
dibasahi oleh tangisanku. Aku benar-benar menyesal dengan perbuatanku.
Kejam.. ya kejam! Aku sendiri mengatakannya.
"Ha kenapa?" tanya ibuku, seolah-olah tidak mengerti apa yang sedang aku
alami. Rakan sekerja ibuku juga sedang legat memerhatikan diriku yang
masih memegang basikal dihadapan pintu utama klinik kesihatan itu.
"Arrr.. arrr adik ada tak mak?" tanyaku.
"Entah", hanya perkataan itu yang terpacul dari mulut ibuku.
Share this novel