BAB 4

Family Completed 496

22 tahun berlalu..Namun mimpi semalam sentiasa menghantuiku.. Setiap
kali ianya menjengah difikiran. Setiap kali itu jugalah air mata
bercucuran. Aku seperti dibayangi kesilapan masa laluku.. Aku tidak
mampu untuk membuka mataku sendiri, apabila setiap kali kisah itu
bermain semula dikotak fikiranku, kesal dan sesal. Kasih sayang yang
sepatutnya aku curahkan, kebencian yang aku berikan.

Hingga kini air mata itu masih bercucuran, biar berpuluh tahun telah pun
berlalu. Entah dia ingat atau tidak akan semua kisah-kisah ini. Setiap
kali aku memandang wajahnya, setiap kali itu jugalah aku ingin dia tahu
betapa aku amat menyayanginya. Satu-satunya saudara yang lahir dari
rahim yang sama denganku.

Adik..
Maafkan aku
Maafkan segala kesilapan dan kesalahan akak padam
Terima kasih menjadi pelengkap kepada kehidupanku.
Terima kasih kerana hadirmu membahagiakan diriku.
Kebahagianmu akan sentiasa menjadi kebahagianku,
Kegembiraanmu pula adalah kegembiraanku.
Kesedihanmu akan pula menjadi kesedihanku
Semoga Allah melindungimu selalu.
Aamiin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience