Aku makin resah, sedih, kecewa dan menyesal. Air mataku lebat mencucuri
uniform putihku. Habis comot, habis berbekas dek tangisan serta
mukus-mukus yang keluar dari rongga-ronggaku. Aku tatapi wajah ibuku,
seakan-akan menanti jawaban dari bibirnya. Ahh, biar.. biar ianya
menjadi peringatan dan pengajaran pada insan yang sekejam diriku. Darah
dagingmu sendiri.. Tegarnya kau melakukan sebegitu pada satu-satunya
adik yang engkau miliki.
"Ada kat rumah.. mak dah hantar kesekolah. Naik motor je dengan mak
tadi". Allah.. Lega. seperti langit jatuh menyembah bumi. Perasaan ku
ketika itu bercampur aduk. Gembira, sedih, takut dengan perbuatan yang
aku sendiri lakukan. Jika tiada dia, atau terjadinya apa-apanya pada
dia, sudah tentu sesalan yang aku miliki seumur hidupku.
"Alhamdulillah", hanya itu yang mampu aku ungkapkan ketika itu.
"Adik menangis tadi, katanya kamu tinggalkan dia", aku terus diam
menyepi. Sesalan yang tak mampu aku ungkapkan. Membayangkan dalam gelap
pekat subuh itu, adikku ketakutan memgayuh basikal bmx birunya pulang
semula kerumah dengan air mata mengalir dipipinya. Sedih dan pilu hati
aku mengenang satu-satunya adik yang aku ada.
Adik.. Maaf akak, akak tahu akak kejam. Akak sayang, demi Allah akak
sayang pada kamu. Mungkin kerana takdir kita berlainan bapa, kebencian
itu semakin menguasai diri akak. Maafkan akak dik.. Maafkan akak..
Boboy adalah satu-satunya adik yang aku ada, biar berlainan bapa namun aku
amat menyayanginya. Kebencian antara aku dan dia hanyalah semata-mata
pada bin dan binti yang berlainan antara kami. Kini, biarlah bin dan
binti itu berlainan. Biar juga kisah semalam menjadi pengajaran untuk
aku jadikan sebagai tauladan.
Share this novel