BAB 3

Romance Series 69495

SENYUMAN Huzaimi terhenti apabila pagar rumah terbuka. Mungkin dia terkejut gamaknya bila terpacul di hadapan pagar tu adalah aku dan bukannya tunang dia, Mayra.

Aik, sepatutnya dia tahulah kan yang aku akan menemani dia pergi membeli barang hantaran? Pelik. Mayra tak bagitahu ke? Ish, tak kisahlah! Janji aku dapat meluangkan masa bersama-sama lelaki pujaan hati ini.

Pintu kereta dibuka dari dalam, acuh tidak acuh saja Huzaimi membuka pintu buat Adyra. Kecewa betul dia dengan Mayra yang sudah beberapa kali menghantar adiknya sebagai wakil untuk membeli barang-barang perkahwinan mereka.

"Haih, balik balik muka dia ni." Kata Huzaimi dengan perlahan sebelum Adyra melangkah masuk ke dalam isi perut kereta.

"Kenapa bukan Mayra yang pergi? Hari ni kan nak test baju nikah dan sanding?" Soal Abang Huzaimi dengan nada yang sedikit keras.

Aku menghadiah senyumanku kepadanya terlebih dahulu sebelum menjawab. Tali pinggang keledar aku tarik untuk pakai.

"Kakak ada on call tiba-tiba, itu yang dia suruh Dyra pergi tengokkan baju. Dia ada suruh cakapkan sorry kat abang. By the way, abang jangan risau... sebab saiz badan kami sama. Tinggi pun sama." Balasku. Dia hanya diam tidak membalas.

Hanya suara di radio mencelah sunyi diantara kami berdua. Aku melihatnya dari ekor mata. Kacak. Ditambah pula dengan rambutnya yang sedikit menebal. Abang tenteralah katakan. Selalu botak, jarang-jarang dapat melihat Huzaimi ini berambut.

"Macammana dengan keadaan abang kat kem? Semuanya okay je ke?" Soalku pembuka bicara. Rindu betul mahu telinga ini mahu mendengar suara itu.

"Hmm... boleh lah. Macam biasa. Dah naik pangkat kapten mestilah makin bertambah sibuk. Macam tak ada life pun ada juga." Balasnya dengan malas-malas.

Okay aku dah tak ada topik. Sebab dia macam hilang mood bila bukan Mayra yang keluar dengan dia hari ini. Tapi bukannya salah aku, Mayra tu hah, tiba-tiba je kena pergi ke hospital. Habis tu, takkan aku pulak nak kena ganti pergi jadi doktor kan? Takut semua pesakit-pesakit dia tu kena talkin awal je.

Sedar-sedar, brek tangan ditarik. Menandakan yang kami sudah tiba di hadapan butik pengantin ini.

Saat kakiku melangkah masuk ke butik itu, terus rambang mataku melihat sekeliling. Banyak betul gaun pengantin dan semua memang cantik-cantik belaka! Tanganku menyentuhnya. Suatu gaun berwarna putih. Cantik. Mataku sempat terpejam berangan-angan andai aku bisa memakainya di suatu masa nanti.

"Abang dengan Mayra dah cadang untuk ambil warna biru muda untuk majlis sanding dan putih untuk nikah. Ingat, Dyra datang untuk tolong test baju Mayra je. Jangan nak komplen pulak." Kata Abang Huzaimi dengan nada yang sama seperti tadi. Aik, Mayra yang tak datang aku pula yang kena? Tanganku mengacukan buku lima tika dia sudah berpaling daripadaku. Ei!

Dua helai baju pengantin berwarna putih dan biru dihulurkan kepadaku. Kata lelaki itu, baju ini dia dan kakak yang merekanya.

Lelaki itu aku lihat terus melulu masuk ke bilik salinan untuk mencuba baju. Belum sempat aku nak keluarkan kata-kata pujian atas rekaan baju itu, terus bayang dia saja yang aku sempat tatap?

Baju kurung klasik berwarna putih aku ambil lalu membawanya masuk ke dalam bilik persalinan.
Alangkah tersergam indah baju itu dibadanku. Potongan dalam rekaannya menjadikan baju itu lagi kelihatan cantik. Haih, tiba-tiba aku rasa serba salah pula sebab menyintai lelaki yang menjadi tunang kakak aku sendiri.

Sejak hari yang aku pilih untuk meluahkan perasaanku itu, jarang sekali aku melihat lelaki itu senyum kepadaku. Bercakap denganku saja ala kadar, melainkan dengan Mayra. Cukup indah dan manis, dia sentiasa romantik bila bersama Mayra.

Tanpa aku sedar, air mataku jatuh membasahi pipi. Aku sedar, semakin hari semakin pudar harapanku untuk memiliki cinta lelaki itu. Kenapa? Kenapa mesti dia yang aku cintai?!

Air mata aku tepis. Rambut ikal yang terikat aku lepaskan menampakkan lagi betapa cantiknya aku dipakaikan baju pengantin.

Bila sudah bersedia, aku memulas dedaun pintu untuk keluar.

Bam!!!

Aku menyentuh batang hidungku yang terasa perih. Ya Allah macam nak patah batang hidung aku ni! Siapa...

Dan itu dia, mata kami saling bertatapan sekali lagi. Buat kali keduanya selepas kejadian dua tahun yang lalu. Lama dia merenung mataku sama juga seperti aku yang sedang merenung matanya. Ya Allah, aku tak kuat! Kena ingat dia adalah tunang kakak!

"Astaghfirullahalazim! Ya Allah, abang tak sengaja terpeluk Dyra." Lelaki itu terus melepaskan pelukannya. Aku masih kaku. Dia sangat segak dalam memakai baju melayu putih itu dipandanganku.

"Dyra jangan salah anggap, tadi tu abang tak sengaja terpeluk Dyra. Abang minta maaf!" Sambungnya lagi.

Aku terus menggelengkan kepala. Faham, kalau aku pun memang hampir nak terpeluk dia apatah lagi dia? Risau terjatuh.

"Tahulah abang nak kahwin, janganlah tunjuk miang sangat!" Usikku. Akhirnya ketawanya terburai jua. Boleh pun gelak ketawa bila dengan aku lagi, ingatkan dah tak boleh!

"Pandailah Dyra ni. Mana ada abang miang! Abang terpeluk Dyra tadi sebab abang ingatkan hampir nak terjatuhkan patung tadi. Dyra pendek sangat siapa suruh?" Jawabnya sambil mengukur ketinggianku dengan patung disebelahku yang juga sedang memakai gaun pengantin. "Tinggi Dyra ni macam budak sekolah pun ada."

Aku membalasnya dengan memek muka. Tak kuasa aku nak melayan. "Ha, macammana? Okay tak kalau kakak pakai macam ni?"
Dia mengangguk puas. "Hm, kalau Dyra yang tak bertudung ni pun bila pakai baju ni dah cantik... apatah lagi yang bertudung macam kakak, lagilah cantik!"

Aku bercekak pinggang dan ternganga sebelum mengerlingnya. Biarlah. Yang nak kahwin tu Mayra, bukan aku. Nak berkecil hati pun tak boleh nak lebih-lebih kan?

"Abang, jom ambil gambar yang kat pentas? Abang boleh praktis macammana cara nak jadi raja sehari nanti." Aku memberi cadangan selepas membelek badanku dihadapan cermin.

Dia mengangguk setuju. Lantas tanganku ditariknya ke pentas kecil butik itu. Aku sedikit terperanjat.

"Okay satu... dua... tiga..." Klik! Bunyi kamera menangkap gambar. Aku dan Huzaimi membuat pelbagai gaya sepertu yang diajar oleh pemilik butik yang juga menawarkan perkhidmatan sebagai jurukamera perkahwinan.

Usai mengambil gambar, aku dan abang Huzaimi kembali menukar pakaian masing-masing dan sedia membawa pakaian pengantin pulang selepas selesai proses bayaran.

"Abang taknak ke gambar ni? Banyak tau kita pose." Soalku seraya menunjukkan gambar kami di pentas mini tadi.

Huzaimi menggelengkan kepala. "Abang dengan kakak nanti akan ada bergambar untuk pre-wedding kami. Tak perlu pun gambar tu. Lagipun dalam gambar tu sebelah abang, Adyra. Bukan tunang abang, Mayra." Balasnya sambil tergelak kecil.

"Oh... ." Telefonku kembali aku suakan kepada diri sendiri. Sedikit kecewa. Betullah tu, siapalah aku padanya? Aku sendiri bakal menerima status sebagai adik ipar daripadanya.

Lalu bagaimana dengan perasaan cintaku ini kepadanya? Mampukah aku untuk melihatnya naik pentas pelamin nanti sambil meraih tangan Mayra dengan hati yang ikhlas? Ya Allah, kuatkan aku. Aku, aku hanyalah insan yang lemah.

Sekejap aku fikir aku perlu teruskan kerja jahatku untuk memastikan ikatan pernikahan mereka berdua tidak akan terjadi. Sekejap aku rasa aku patut melepaskannya pergi. Aku keliru. Keliru dengan perasaan sendiri.

Aku asyik dalam khayalan sendiri. Tanpa aku sedar, sekali lagi brek tangan kereta ditarik lelaki itu. Enjin kereta dimatikan berhadapan disebuah rumah. Perlahan-lahan mataku menoleh kepadanya. Sedikit membulat mata ini apabila dia memandang tepat ke wajahku. Badannya dipalingkan ke arahku. Sedikit demi sedikit tubuhnya maju merapatiku.

Terlalu sunyi suasana diantara kami hinggakan degupan jantungku kedengaran begitu jelas telingaku sendiri.

Pap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience