UMUR saja sudah 26 tahun, tapi masih lagi kena rotan dengan bapa sendiri. Apa? Kena rotan masa umur dah dah masuk 26 tahun? Biar betul?! Ya aku tahu, nampak macam kebudak-budakkan betul dendanya. Tapi bersyukur sajalah papa cuma guna penggantung baju. Yang. Tebal. Yang tebal. Sakit!
"Dyra tahu kan papa tak suka anak-anak papa tinggalkan sesuatu majlis sebelum majlis tu tamat? Dari kecil papa didik perkara ini tapi tak sangka Dyra sanggup buat perkara yang memalukan papa!" Suara papa tinggi. Satu hayunan keras mengena tepat ke tapak tanganku dan memberi kesan merah.
Aku mengetap bibir. Air mata aku tahan dari tadi. Akalku memainkan not-not lagu yang indah agar sakit dan sedihku dapat dikawal. Aku tidak mahu air mata ini jatuh.
Namun kebisuanku menjadikan amarah papa bertambah lalu dia memukul betisku pula dengan penggantung baju itu. "Papa tanya, kena Dyra diam?"
Gugur jua air mataku tika itu. Pedih sungguh rasanya, sampaikan aku merintih kecil.
"Dyra senggugut, pa. Sebab tu Dyra terus masuk bilik untuk makan ubat, tapi lepas tu Dyra tertidur." Jawabku lemah. Air mataku sekali lagi mengalir. Sungguh tanganku menggeletar.
Rizman terus meraup kasar wajahnya. Rasa serba salah pun ada. Sakit rupanya. Budak ini pun, kalau sakit bagitahu la awal-awal. Ini tidak, melawan dengan mama dia macam dia tidak suka kakaknya bertunang. Alahai, anak oh anak!
Pembantu rumah dipanggil Rizman lalu diminta untuk membawakan minyak. Laju langkah Mak Pia membawa minyak itu dan terus sapu pada kaki dan tapak tangan. Aku mengadu pedih. Sakit tau hanger tebal!
"Adik, tangan dan kaki adik berbekas ni. Jom kakak tuam dengan ais, sayang." Sampuk Mayra yang keluar dari dapur sambil membawa tuala dan ais.
"Kalau betul adik lari dari majlis tadi sebab adik sakit, papa maafkan. Tapi kalau papa dapat tahu adik menipu, Dyra sendiri tahu kan apa akibatnya bila menipu papa dan mama?" Rizman bercekak pinggang. Matanya melihat saja tangan Adyra yang sedang dirawat oleh Mayra.
"Tengok tu, bagus tak adanya doktor kat dalam rumah ni? Ada jurutera je buat apa kalau dah sakit? Buat rumah? Buat jambatan?"
"Buat bodoh,kut." Balasku perlahan. Mayra yang mendengarkan jawabanku terus menekan kuat ais di telapak tangan. Memberi isyarat kepada aku untuk tidak melawan kata-kata papa.
Mataku tertumpu pada cincin Mayra yang terletak elok di jarinya. Mulalah api cemburu aku ini bertambah marak! Aku menarik tanganku daripada Mayra. Terus aku mengambil ais itu dan tuam tanganku sendiri. Benci! Aku benci kau Mayra!
Kenapa mesti Mayra yang dapat memiliki hati abang Huzaimi? Kenapa? Aku ni buruk sangat ke?
Ah! Aku tak kira, dia adalah cintaku. Fathi Huzaimi milikku dan dia juga adalah takdir hidupku. Maaf Mayra, Dyra memang sayangkan Mayra tapi tolong faham yang hati Dyra dah cukup terseksa selama ini. Dan Dyra tak akan mengalah dalam mendapatkan cinta abang Huzaimi!
"Dyra... kenapa ni,sayang? Masih terasa lagi ke senggugut tu? Nak kakak urutkan tak perut tu biar lega sikit?" Soal Mayra yang menghenti lamunanku.
"Eh tak, bukan. Dyra cuma tertanya-tanya, kakak nikah bila ya? Beli barang nikah pula bila? Baju nikah bila nak tempah?" Aku bertalu tanya. Entahlah, ringan pula mulutku ini bertanya tentang hal itu. Walhal aku sikit pun tidak berminat untuk tahu.
Mayra tersipu malu. Cincin dijarinya direnung dan diusap. "Abang Huzaimi taknak lama-lama. Sebab bulan 8 nanti dia ada kursus selama 2 bulan di Sabah. Dia takut betul kalau ada orang nak try Mayra."
Aku menjongketkan bibir. Gedik. Ingat cantik sangatlah tu?!
"Tentang barang hantaran tu nanti-nanti sajalah. Dyra tahu kan kakak memang susah nak cuti? Tak ada masa free, sibuk melayan pesakit di hospital. Entah bila kakak ada masa." Tambahnya lagi dalam nada sayu. Ada terselit keluhan di situ.
Aku menarik tangannya dekat denganku. "Kalau kakak nak Dyra tolong, Dyra boleh tolong. Kita kan adik-beradik?"
Ada sinar dimata Mayra. Sebenarnya dia memang ingin meminta pertolongan adiknya. Yalah, siapa lagi yang ada cuti yang tetap seperti adiknya? Mama dan papa tidak menentu cutinya walaupun papa bekerja sendiri. Jadi, tinggal adiknya seorang sajalah yang tinggal.
"Betul ke Dyra nak tolong kakak?" Papa duduk disisi lalu memeluk bahuku. Anggukan laju aku beri sambil senyum kepadanya.
Tangan mama pula memegang aku, mengambil posisi Mayra disebelah kiriku. "Mama bangga dengan Dyra. Sanggup tolong kakak sedangkan mama dan papa tak punya waktu untuk bantu kakak. Okay, nanti bila dah settle barang-barang kakak kita pergi bercuti sekejap kat Switzerland. Last vacay before Mayra kahwin. Setuju tak semua orang?!" Kata mama.
Aku tersenyum lemah dan mengiyakan. Kalau aku kahwin, akan meriah sebegini jugakah keadaanya nanti? Papa, mama dan Mayra bersorak gembira.
Selepas mendapat izin daripada papa untuk aku naik ke atas, aku terus melangkah besar untuk terus naik ke bilik.
Share this novel