Hai. Aku Adyra. Adyra Nur Qaisara, anak kepada chef terkenal di Malaysia iaitu Chef Rizman. Kauorang tak kenal? Tak apa, ada aku kisah? Mama aku pula, Doktor Azlia. Pakar Kardiologi di hospital KPJ yang terletak di Kuala Lumpur.
Dari kecil aku dikelilingi dengan kemewahan. Hidup aku serba serbi lengkap pada bab duit dan harta, tapi tidak daripada perhatian mama dan papa. Dari aku kecil sampai aku besar, aku rasa diri aku sentiasa ditutupi dengan bayang-bayang besar Mayra Nur Aaliyah. Kakakku.
Yang baik dan cantik itu Mayra, yang sopan itu Mayra. Mayra itu...Mayra ini. Semua Mayra! Barangkali sebab Mayra tu cantik dan sangat bijak orangnya. Manakala aku ni pula tak berapa nak cantik dan kurang bijak daripada Mayra. Jadi mungkin, itu adalah punca kenapa kasih sayang mama dan papaku lebih tertumpu kepadanya.
Haih, nasib baiklah aku ni dah besar. Mestilah aku dah kena pandai bawa diri untuk dipujuk, kan?
Mama dan papa nak pujuk aku? Jangan harap. Tak pernah pula aku berpeluang untuk merasakan perkara itu, apa yang aku nampak... pujuk memujuk ini hanya untuk dan kepada Mayra sahaja.
"You dah email documents pada klien ke, Dyra?" Soal bos. Ditangannya ada briefcase. Mungkin dia ada mesyuarat di luar sebentar lagi.
"Dah bos." Balasku. Aku mengangkat tangan dan memberi gaya tabik hormat kepadanya.
"Okay good. I nak pergi meeting dengan Encik Haizan. Around 4 o'clock i nak meeting dengan you berkenaan project kita dengan Awan Murni." Katanya sambil membetulkan jam dan memasukkan telefon pintarnya kedalam poket seluar.
"Baik, bos!" Aku membalas dengan anggukan dan kembali memandang laptop berjenama Apple itu kembali. Kemudian aku memandang jam di tanganku. Tiga... dua... satu... Rehat! Tidak mahu membuang masa, aku terus bangun.
"Dah dah la tu buat-buat busy. Macam lah aku tak tahu yang sebenarnya kauorang semua ni dah tak sabar nak lunch kan?!" Aku merayau sekeliling meja sambil menutup komputer riba masing-masing.
"Kau ni Dyra, bab makan laju je! Bab kerja?" Kak Ayu berdiri sambil bercekak pinggang. Mulutnya dihiasi ketawa dihujungnya. Kak Ayu ini merupakan orang pertama yang aku jumpa semasa hari pertama aku jejakkan kaki di Magika World Construction ini.
Aku berpeluk tubuh dengan lagak. "Sorry naik lorry, i... always perform tau dekat sini. Siapa tak kenal Adyra Nur Qaisara? Meh sini i nak bagi kad i!"
"Sebenarnya kami semua bangga tau dengan pencapaian kau kat syarikat ni. Setakat nak dapatkan project dengan company dato' dato' kat luar sana tu memang small matter je kan pada kau?" Soal Aziz sambil membawa pinggan ke dada.
"Tapi itu lah kerja dah bagus, muka dah ada... satu tu je lah yang kurang kan, Tira?" Aziz menyambung lagi.
Aku mempamer riak berkerut. Kepalanya digaru-garu. Tak faham.
"Aik, muka dah ada... kerja dah bagus apalagi yang kurangnya?" Soalku sambil mengambil sphagetti carbonara yang terhidang di meja.
"Kurang kasih dan sayang. Takda pakwe lah katakan." Sambut si Atira. Semua sedang seronok menghamburkan tawa.
Aku mengambil sudu dan garfu sebelum duduk di meja makan pantri. Nampak lazat betul spaghetti carbonara hasil air tangan Kak Ayu ini.
"Eh kau ni Aziz, kau mana tahu... aku ni tengah sedaya upaya untuk mendapatkan gelaran 'Rich Auntie' tau!" Aku menyiku lengan Aziz yang sedang mengunyah spaghetti. Habis terbatuk-batuk dia dibuatnya.
Dia ni memang, anti perempuan! Kalau tersentuh sikit mulalah terbatuk, tersedak, terbersin. Nasib lepas kahwin ni hilang sikit perangai gedik dia tu.
"Ish, haramlah!" Bidasnya sambil menggosok-gosok lengan yng disentuh Adyra. "Hah, baguslah tu nanti boleh belikan anak Kak Ayu mainan banyak-banyak. Jangan lupa, belikan untuk anak aku sekali." Tambahnya.
Aku membuat muka sebal sambil menoleh kepadanya. "Come on, takkan barang mainan je? Kau nak apa? Tab? Phone? Semua aku boleh bagi. Tapi dengan satu syarat! Mestilah kena guna duit kau!"
Semua di situ tergelak kuat apabila melihat Aziz. Memang semua disitu kerja asyik menyakat Aziz. Lama sangat belerja dengan perempuan, hati pun dah jadi hati tisu.
PETANG ITU, waktu sudah menunjukkan jam 6 petang dan itu menandakan waktu bekerja sudahpun tamat.
Lambaian tangan silih berganti antara kami. Masing-masing pulang dengan senyuman diselangi tawa. Esok cuti! Yahoo!
Keretaku beransur-ansur hilang dari kawasan pejabat. Targetku pada petang ini adalah untuk pergi ke restoran tomyam kegemaranku. Aku parkirkan kereta di seberang jalan. Jalan agak tenang dan aku mula berjalan menuju ke kedai tomyam yang dimaksudkan.
Fikirku selepas makan aku mahu berjalan di taman rekreasi yanh berdekatan untuk menghirup udara segar sambil melihat aktiviti orang sekeliling. Aku tidak memilih untuk pulang awal kerana aku tahu tak ada siapa pun kat rumah.
Papa pasti sedang sibuk di restorannya dan mama pula berada di hospital. Walaupun papa seorang chef yang terkenal di Malaysia, aku masih tidak mahu makan di restorannya.
Dia tu tak suka melihat aku pulang dari kerja. Bukan dia tak suka aku bekerja tapi dia tak sukakan kerjayaku ini. Bekerja sebagai pembantu jurutera ni hina sangatkah? Asalkan halal aku terima saja. Lagipun, gajinya memadai bagiku.
"Dyra cuba jadi macam Mayra, jadi doktor. Membazir tau Dyra ada kelayakan untuk jadi doktor tapi disia-siakan." Kata papa dengan nadanya yang sedikit tinggi. Setiap kali aku balik kerja itu saja la yang aku dengar dari mulutnya.
Mama pun tidak kurangnya. Tidak berhenti menyuruhku untuk menyambung semula pelajaran di bidang kedoktoran. Apa yang istimewa sangat dengan doktor pun aku tidak tahu. Kalau semua orang nak jadi doktor, siapa pula nak bina hospital kalau bukan jurutera?
Tomyam seafood 'dijamah' mataku dahulu sebelum lidahku. Sekali hirup, aku rasa tak cukup satu mangkuk ni untuk aku seorang!
Lapar sungguh perutku pada petang ini sampaikan baru 10 minit ia sampai di meja makan, terus... licin sampai boleh jadi cermin muka aku sendiri! Kejap, bagi aku tengok muka aku ni dulu. Hah, cantik! Cantik! Blek! Geli-geli je.
Nasib baik pinggan ni tak boleh makan, kalau tidak dengan pinggan-pinggan sekali aku telan! Sedap sangat tomyam tu!
Lepas membuat pembayaran, aku berjalan ke parkir keretaku yang diseberang jalan tadi. Memang elok pun bakar balik lemak.
Jalan yang tadinya lengang sudahpun bertukar. Kini, ia sedang dibanjiri dengan kenderaan-kenderaan yang memandu dengan lajunya. Dah tak tahan nak ke tandas agaknya. Hampir 4 minit aku berdiri barulah aku dapat melintas ke garisan tengah. Tiba-tiba ada seorang lelaki berkemeja T hitam datang di sebelah dan kami berpandangan buat sesaat dua sebelum dia mengalihkan pandangannya daripadaku.
Kaca mata hitam menutup matanya namun tidak batang hidungnya yang mancung itu. Dia juga memakai topi hitam. Aku masih ralit memandangnya. Terpesona yang amat!
Dia senyum ke arahku. Sikit lagi nak jadi gila bayang. Sumpah kacak orangnya kerana kulitnya sawo matang, hidung mancung dan tinggi. Mataku sangat ralit memandangnya sampaikan aku tak sedar, yang dia sudah meninggalkan aku untuk melintas ke seberang jalan juga.
Aku cepat-cepat mengerdipkan mata dan mengeluarkan telefon pintar Apple ku dari poket. Kena minta nombor ni! Tak nak aku melepas!
Kakiku terus melangkah maju dan pantas. Tapi tiba-tiba pandanganku berubah menjadi kabur. Sempat aku menyentuh kaca mataku yang masih terletak elok pada tempatnya. Kenapa kabur ya pandanganku ini?
Dapat ku rasakan bahawa ada cairan panas sedang mengalir deras dari atas dahi dan keluar dari mulutku.
"Cik? Cik dengar ke saya panggil?" Soal suara itu. Tangan kasarnya menyentuh wajahku. Lelaki itu. Aku ingin menjawab soalannya tapi entah apa yang menyekat suaraku keluar dari kerongkongku.
Mataku semakin kabur sebaik sahaja aku melihat namanya yang tertera di dada lelaki itu. Apa? Fathi... Fathi Hu...
Pandanganku sudah gelap. Janganlah aku mati dulu. Bagi aku hidup dengan lelaki itu dulu. Tolong aku wahai Tuhan, beri aku kesempatan!
"Cik!"
Share this novel
bab 29 dan 30 hilang