SIAPA sangka kejadian pada setahun yang lalu membawa kesan yang amat besar didalam hidupku? Fathi Huzaimi. Lelaki yang pernah menyelamatkan nyawaku. Jika bukan kerana dia, aku sendiri tidak tahu apa nasib aku sekarang. Mungkin sedang menghadap malaikat Munkar dan Nakir barangkali.
Genap setahun kami dua buah keluarga berkenalan, dan kejadian yang telah terjadi menghidupkan bibit perkenalan keluargaku dengan diri lelaki itu dan ibu bapanya. Sebagai tanda menghargai perbuatan lelaki tersebut, mama dan papa sering menjemput mereka ke rumah atau ke restoran papa jika ingin membuat majlis atau acara makan-makan. Walaupun cuma kecil-kecilan ya, punyalah sayang mama dan papa kepada keluarga abang Huzaimi.
Tapi, harus aku akui akan sesuatu, iaitu tentang hatiku yang telah aku berikan kepada Fathi Huzaimi pada saat pertama kali kami bertemu. Kat mana lagi? Masa kami bertentang mata sebelum kemalangan tu terjadilah.
Naluri hati mengatakan kami punya rasa yang sama, dan apa yang membuatkan aku yakin bahawa kami sedang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain adalah, bila waktu setiap kali dia datang ke rumah pasti dia akan memberitahuku terlebih dahulu. Kemudian baru papa dan mama.
Disebabkan naluri itu juga aku pernah meluahkan perasaanku terlebih dahulu, tapi dia diam.
"Abang Huzaimi, abang ada girlfriend tak?" Soalku yang sedang menikmati satay dengannya di laman rumah.
Lelaki itu menggeleng dan tersenyum nipis. "Tak ada, Dyra. Kenapa tu?"
"Seriously abang?!" Soalku dalam senyum yang dikawal-kawal. Padahal memang garis senyum itu terpamer jelas di mata Huzaimi. "Sebenarnya..."
"Sebenarnya....?"
"Sebenarnya Dyra dah lama sukakan abang, dari pertama kali kita bertemu." Lama matanya dan mataku bertembung sebelum dia tiba-tiba memandang ke arah lain.
"Dyra bagitahu abang tentang perasaan ni sebab Dyra yakin... abang pun mesti ada perasaan yang sama macam Dyra, kan bang?" Sambungku lagi.
Dia kembali memandangku. Tanganku diraihnya. "Dyra, abang nak cakap terima kasih sangat sebab dah luahkan perasaan pada abang tapi... i'm so sorry Dyra. I have to say this... abang have no feeling towards you."
"Abang dah anggap Dyra ni dah macam adik abang sendiri."
Sedang dia berbicara tentang itu tiba-tiba si Mayra datang dengan datang membawa sepinggan satay lalu diletakkan dihadapan aku dan Huzaimi.
Tanganku Huzaimi lepas. Bibirnya membatalkan kata-kata yang ingin diungkapkan.
"Abang Huzaimi dengan Dyra makanlah satay ni. Mama suruh bawakan lagi kedepan. Dyra... jangan nakal-nakal tau duduk rumah, kakak pergi kerja dulu." Ujar Mayra yang mempamer senyumnya kepada kami berdua. Tangan kanannya dihulurkan kepadaku.
Aku menyambut tangan yang dihulur Mayra. Seperti biasa, memang dia akan memeluk aku sebelum keluar ke mana-mana. Ekor mataku memerhatikan Huzaimi yang asyik melihat Mayra. Namun Mayra langsung tidak perasan.
Langkah Mayra yang semakin maju dan menjauh dari situ tidak terlepas daripada mata Huzaimi. Tak henti-henti matanya memerhatikan Mayra.
"Selama ni Dyra yang layan abang dengan baik, Dyra yang rapat dengan keluarga abang. Tapi perempuan yang dapat hati abang tu kak Mayra ke, abang?" Kata-kataku tadi mengkaburkan sinar mata Huzaimi pada Mayra. Dia kemudiannya kembali memandangku.
"Mayra? Mana ada."
"Abang, Dyra ni kat depan abang tau. Dyra tahulah dari pandangan mata abang tu... jelas sangat. Jelas sangat yang abang suka pada Mayra."
Huzaimi membuang pandangan ke kolam. Dia tidak bersedia hendak bertukar pandangan dengan Adyra.
"Abang mengaku, abang suka pada Mayra. Tapi tu tak bermaksud Dyra bukan perempuan yang tak baik atau tak cantik."
"Di mata abang, Dyra adalah perempuan yang baik dan cantik seperti Mayra. Keluarga abang pun mengatakan benda yang sama. Abang nampak usaha Dyra tapi maaf ya? Perasaan kita tak sama. Abang dah anggap Dyra macam adik abang sendiri." Kata Huzaimi sambil memandang raut wajahku.
Aku langsung tertunduk. Tertunduk malu. Malu kerana bertepuk sebelah tangan dan malu kerana kalah sekali lagi dengan Mayra. Betul kata papa, Huzaimi tidak menyintaiku.
Aku kembali tersenyum dan mengangguk faham. "Tak apa, Dyra faham... ."
SETAHUN KEMUDIAN,
Kaca mataku di atas meja lalu ku ambil tuk memakainya. Sudahlah kawan tiada, berteman tisu di dalam bilik pula. Aku seharusnya bergembira bukan? Kakakku, Mayra sudahpun bertunang.
Aku memang gagal menahan air mata sejak tadi. Huzaimi yang aku sayang dan cinta setulus hati telah menjadi tunangan kepada kakak.
Takdir tidak akan pernah memihak kepadaku. Dan Mayra adalah pemenang tanpa perlu bertanding. Dia bertuah kerana berjaya memperoleh hati Huzaimi pada pertama kali mereka bertemu.
"YA ALLAH ADIK!" Rintih Mayra ketika masuk ke dalam wad aku. Dirinya menarik perhatian Huzaimi yang menjadi penunggu disebelah Adyra. Setiap tangisan Mayra dia lihat dengan penuh simpati.
Mayra tampak sangat penyayang. Rambut adiknya diusap-usap dan tapak tangan itu diciumnya bertalu-talu.
Asyik melayan perasaan sedihnya, baru Mayra perasan yang ada seseorang yang sedang berdiri telahpun menjadi saksi kesedihannya terhadap apa yang telah menimpa si adik.
Huzaimi menghulurkan sapu tangannya kepada Mayra untuk menyeka air mata. Ucapan terima kasih keluar dari bibirnya saat menyambut sapu tangan itu.
"Saya Mayra, kakak kepada Adyra. Awak ni boyfriend Dyra ke?" Soal Mayra yang masih teresak-esak.
"Eh tak, saya orang yang bawa dia ke hospital. Saya Huzaimi." Mayra mengangguk lemah. Kerusi ditarik rapat dan dia duduk disisi Adyra.
"Terima kasih dah bawa dia kesini. Saya sangat hargai tindakan awak."
Huzaimi menganggukkan kepala sambil tersenyum. 'Cantik sungguh. Persis bidadari.' Bisik hatinya.
Hari berganti hari. Keadaan Adyra semakin pulih. Rizman dan Dr. Azlia juga sudah biasa dengan kehadiran Huzaimi. Setiap jemputan yang dihulur oleh Rizman dan Dr. Azlia pasti akan dihadiri oleh Huzaimi. Matlamatnya hanya satu, ingin berjumpa dengan Mayra. Dalam diam juga dia ada meminta nombor Mayra daripada Dr. Azlia dengan alasan ada kawannya yang memerlukan rawatan psikiatri dan boleh menjalani rawatan tersebut dengan Mayra.
Dan siapa sangka? Rupanya dalam diam Mayra juga memendam perasaan terhadap Huzaimi. Sikap Huzaimi yang pendiam dan menghormati kedua-dua orang tuanya telah menarik hati Mayra. Semenjak itulah cinta antara mereka mulai berputik.
Mama membuka pintu bilikku. Bantal yang aku peluk erat mama tarik dan dia duduk di sisiku. Tangannya mengusap perlahan lenganku untuk mengejutku bangun dari tidur.
"Dyra, bangun. Dah maghrib dah ni. Bangun... bangun... nanti solat maghrib terlepas pula." Dia mengalihkan tangannya dari lenganku saat aku perlahan-lahan buka mataku.
"Dah settle ke ma majlis tu?" Soalku habis menguap. Mama mengangguk sambil tersenyum.
"Apa anak dara menguap tak tutup mulut? Tak manis tahu tak? Dyra kenalah belajar jadi sopan macam Mayra, kalau tak... nanti tak dapat suami macam kakak tau!" Pintasnya sambil tersenyum. Aku sudah menjelingkan mata. Rimas. Mayra, Mayra dan Mayra. Tak habis-habis!
"Lantaklah kahwin ke tak. Bukan semua sayang Dyra pun." Balasku sambil memeluk semula bantal yang mama ambil tadi.
Azlia menggelengkan kepalanya tidak percaya. "Mama dan papa tak pernah tak sayangkan Dyra tau. Kami berdua sayang Dyra dan Mayra sama rata, sayang. Tak baik Dyra berfikiran macam tu. Sekarang ni mama nak adik bangun solat. Nanti papa marah pulak kalau adik tak solat. Ni entah asar tadi solat ke tidak tah."
"Adik period lah,ma. Dah hari ketiga dah mama. Nampak sangat mama tak aware langsung pasal adik."
Mama terus menarik kedua-dua tanganku yang memeluk erat bantal peluk. "Ye lah... mama minta maaf. Sibuklah uruskan urusan Mayra. Dyra pun tahu kan?"
Aku tidak membalas. Selamba saja aku menutup mataku dan membiarkan mama berbicara sendiri.
"Adyra." Tanganku digenggamnya.
Aku mengeluh kecil dan membuka mata. "Ya, ma? Apa lagi? Adik nak tidurlah."
"Mama tak suka tau tindakan Dyra yang terus tinggalkan majlis macam tu je tadi. Semua orang cari adik tau. Papa marah adik buat perangai macam tu."
Aku menarik tanganku dari genggaman mama. "Tu bukan majlis tunang adik, ma. Tu kan majlis tunang kakak? Ada adik atau tak, bukan jadi masalah pun."
Mama ni kan, bukannya dia tak tahu yang aku dah lama ada hati pada abang Huzaimi. Kenapa pula dia nak sangat aku ada kat dalam majlis tunang kakak dengan abang Huzaimi?
Bermula daripada mama, papa dan sekarang abang Huzaimi. Semuanya kau rampas, Mayra. Kecantikan kau tu dah membutakan mata semua orang di sekeliling sampaikan aku tak dapat memiliki satu orang pun. Kau kejam!
"Adyra Nur Qaisara!" Suara garau itu memecah hening bilikku. Liurku ditelan. Jantungku berkompang laju. Papa.
Share this novel