Rate

BAB 3

Drama Completed 389

Jika tidak kerana apa yang dilihatnya semalam, pasti tidak sesekali dia
berada dalam kelab ini. Dan sebagai teman rapat di kota metropolitan
ini, Riezman ditarik bersama menemaninya ke kelab malam yang agak
terkemuka di ibu kota ini memandangkan Riezman sudah biasa dengan
tempat-tempat seperti ini.

“Light coke two glasses, please.”Riezman memesan pada seorang pelayan
lelaki yang menghampiri meja mereka.

Riezman mengeluh. Penat terasa barangkali. Kotak rokok di saku seluar
kirinya diseluk keluar. Api dihidupkan dan dicucuh ke sebatang rokok
yang telah sedia terkapit di bibirnya. Di sua sebatang ke Rangga Harlito .
Namun ditolak lembut pemuda itu. Bagi Rangga Harlito , dunia rokok telah
lama ditinggalkan semenjak ayahnya meninggal dunia selepas disahkan
mengidap kanser paru-paru oleh doktor yang merawat ayahnya.

“Aku yakin memang dia yang aku nampak semalam. Mata aku tak pernah
menipu,Man.” Rangga Harlito bersuara setelah pelayan tadi berlalu selepas
menghidangkan dua gelas minuman yang dipesan di meja mereka. Masakan dia
dapat melupakan wajah yang dicari-cari selama tiga tahun itu. Matanya
mungkin salah, namun hati dan firasatnya tidak pernah silap percaturan.
Kehadiran aura gadis yang dicarinya sekian lama itu turut dapat
dirasakan dalam segenap jiwanya. Jantungnya pasti akan berdegup kencang
bila itu berlaku.

“Kalau betul pun apa yang kau nampak, apa rancangan kau sekarang ni?”
Tanya Riezman. Asap tebal yang disedut dalam tadi dihembuskan
keluar.Terasa satu kepuasan padanya.

Rangga Harlito hanya menggeleng. Sesungguhnya dia juga tiada jawapan untuk
soalan itu. Fikirannya juga celaru. Dalam keadaan ini, tiada satu pun
yang dapat dijana akalnya tika itu.

“Sekejap, aku ke wash room.”Rangga Harlito bangun meninggalkan Riezman
yang masih sibuk menjamu matanya pada pelayan-pelayan wanita yang
berpakaian agak terdedah di sana sini di sekeliling tempat duduk mereka.

“KAU ok tak ni, Karlita ?”

“Aku tak rasa malam ni aku boleh buat lagi, June.” Karlita Sari bersuara
lemah.

“Dah dua malam kau macam ni, Karlita . Aku bukan apa...Aku risau kalau kau
berterusan macam ni. Kau tahu kan akibatnya nanti.” Junaidah sekadar
mengingatkan. Bimbang sungguh dia dengan keadaan Karlita Sari. Padanya ada
sesuatu yang dirancang oleh teman sebiliknya itu. Apakah dia akan
mengotakan apa yang mereka bualkan siang tadi? Mana mungkin Karlita Sari
seberani itu. Junaidah cuba bersangka baik.

Karlita Sari terdiam. Dia tahu itu semua. Namun kemahuannya yang lagi satu
lebih tinggi menandingi rutin hariannya. Malam ini dia harus mengotakan
permintaan hatinya yang satu itu. Tidak boleh tidak. Cukuplah tiga tahun
dia terpenjara di sini. Kali ini dia nekad. Hatinya tidak lagi di sini.
Otaknya ligat berfikir menyusun strategi mencari setiap peluang yang ada.

“Aku ada pelanggan kat luar tu. Ini pun aku lari sekejap bila nampak
Madam Wong herdik kau tadi.” Ujar Junaidah. Bimbang juga dia jika
berlama-lama di situ. Banyak mata-mata Madam Wong yang memerhati. Dia
tidak mahu mencari nahas dengan mereka. Ini mata pencariannya. Setiap
saat adalah duit padanya.

“Ye la.. Pergi lah sambung balik kerja kau June. Jangan risau. Aku boleh
jaga diri aku. Cuma aku tak rasa malam ni aku boleh kerja.”

“Karlita ... Aku betul-betul harap kau tak maksudkan apa-apa dengan perkara
yang kita bualkan siang tadi, kan?” Junaidah memandang tajam Karlita Sari
di hadapan menanti jawapan balas. Hatinya seolah-olah meragui dengan
setiap perbuatan gadis di hadapannya itu. Dia cukup risau. Karlita Sari
satu-satu teman rapat yang dia ada. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk
terjadi pada temannya itu meskipun tahu akan penyeksaan batin sedang
berlaku dalam diri temannya itu. Tapi apakan dayanya untuk membantu.

Karlita Sari hanya tersenyum lesu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience