Rate

BAB 2

Drama Completed 389

Malam nanti dia perlu menyiapkan diri untuk berjaga. Tugasnya sebagai
pegawai perhubungan pelanggan atau lebih sinonim dengan panggilan GRO
oleh netizen itu memerlukan tenaga pada waktu malam. Orang di luar
memang memandang jijik dengan kerja seperti mereka. Namun apa yang
masyarakat di luar sana boleh membantu mereka selain daripada mengutuk
dan mengeji? Ah, persetankan itu semua!

Pada Junaidah, itu sahaja kerja yang mampu dilakukan dengan kelulusannya
yang hanya setakat habis darjah enam. Kerja apa yang mampu dilakukannya
dalam kota metropolitan ini dengan hanya sekadar berbekalkan kelulusan
yang dia ada sekarang. Sebagai ibu tunggal, dia perlukan duit untuk
menampung perbelanjaan Haikal,satu-satunya anak lelaki yang kini dalam
jagaan ibunya yang uzur di kampung. Apa lagi pilihan yang dia ada.

Berbeza dengan Karlita Sari, gadis itu boleh dikategorikan gadis yang
malang. Sesungguhnya bukan kehendak gadis itu untuk masuk ke dalam dunia
yang tiada hala tuju ini. Junaidah akui. Karlita Sari memang gadis yang
baik. Cuma silapnya dia berada pada waktu dan tempat yang salah ketika
itu. Namun apa dayanya, sekali dah terjerumus ke lembah ini, selamanya
akan terperangkap di dalam tempat durjana ini.

“June...”

“Hurmmm...”

“Kita lari, jom....” Perlahan Karlita Sari bersuara.

Mata Junaidah yang tadinya terkatup malas kini terbuka luas tatkala
mendengar ajakan teman sebiliknya itu. Mulutnya terlopong mendengar
kata-katayang terkeluar dari mulut comel itu. Walaupun seakan berbisik
namun ayat itu begitu jelas sekali pada pendengarannya. Terasa hilang
terus kantuknya. Junaidah menelan liur.

“RADEN... Kau yakin dia yang kau nampak semalam?”

Pertanyaan Riezman dibiarkan sepi. Mata Rangga Harlito masih liar mencari
bayang seseorang yang mungkin terselit di antara celahan mereka yang
terkinja-kinja menari mengikut alunan muzik disco dance yang
diputarkan di kelab itu.

Walaupun matanya tidak nampak dengan jelas, namun nalurinya begitu yakin
dengan dengan apa yang dilihatnya semalam adalah insan yang dicari
selama ini. Tapi apa yang dibuat oleh gadis itu di dalam tempat seperti
ini? Semakin hatinya menidakkan jawapan yang tercerna difikirannya
semakin kuat pula kepalanya memikirkan pelbagai andaian yang negatif
walaupun dia cuba untuk menidakkannya. Ini malam kedua dia cuba mengesan
figura yang dilihatnya setelah semalam usahanya gagal.

“Jom kita duduk dulu kat sana, Raden. Pening pulak aku ikut kau yang
tanpa haluan ni. ” Rungut Riezman.

Rangga Harlito akur. Dia hanya membontoti Riezman ke satu ruang yang agak
tersorok. Tidak dinafikan, dia juga agak rimas dengan suasana di dalam
kelab itu. Dengan bunyi muzik yang dipasang kuat yang dirasakan mampu
untuk memecahkan gegendang telinganya. Ditambah pula dengan anak muda
tidak kenal lelaki mahupun perempuan yang rancak menari seiring dengan
muzik yang dimainkan. Itu belum termasuk lagi dengan golongan elit yang
leka melanggan gadis-gadis yang mungkin GRO kelas atasan. Dengan yang
mabuknya, yang sedang khayal dengan pengaruh pelbagai pil dan pelbagai
ragam lagi pengunjung di situ.

Sesekali kesal bermain diminda. Malam ni malam merdeka. Jika di luar
sana rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan menjelang detik 12 malam untuk
melaungkan perkataan keramat ‘merdeka’, namun tidak pada dunia di sini.
Lain benar. Tiada sebarang sambutan dan mungkin tiada langsung difikiran
pengunjung kelab ini untuk meraikan erti sebuah kemerdekaan.

Apa yang pasti, mereka lebih gemar meraikan kemerdekaan dengan cara
mereka sendiri. Mengagungkan budaya barat itu, sudah pasti. Arak,
tarian, maksiat. Betul-betul tidak terjangkau oleh minda sedarnya. Bukan
calang-calang orang yang masuk di dalam kelab ini. Dilihat daripada
penampilan seorang demi seorang, Rangga Harlito yakin, mungkin di kalangan
pengunjung di sini turut terdiri daripada golongan VVIP. Sayangnya,
kuasa penjajah masih kuat membelenggu diri dan minda, mengikat anak
bangsa meskipun negara hampir 60 tahun mencapai kemerdekaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience