Rate

BAB 4

Drama Completed 389

TIDAK syak lagi. Memang itulah gadis yang dicari selama ini. Bisik
hati Rangga Harlito . Dari tadi dia cubauntuk curi-curi dengar setiap
perbualan gadis-gadis di luar itu tanpa pengetahuan mereka. Meskipun
sesekali suara itu tenggelam timbul dengan bunyi muzik yang sedang
rancak bermain di luar, dia tetap berusaha untuk menangkap butir bicara
mereka.

Karlita Sari dalam kesusahan. Rangga Harlito pasti. Dari air muka yang
ditunjukkan gadis itu jelas terpancar resah di wajah. Meskipun cuba
disorokkan dengan calitan solekan yang sedikit tebal di wajah yang ayu
itu. Kenapa dan mengapa Karlita Sari berada di tempat ini bukan lagi
menjadi persoalan. Apa yang pasti Rangga Harlito perlu membantu untuk
gadis itu keluar dari tempat ini.

Rangga Harlito pasti, dari perbualan mereka tadi, gadis itu dijaga
seseorang. Dia keluar dari balik dinding itu. Laju langkahnya mengekori.
Kali ini dia tidak mahu melepaskannya lagi. Dapat dilihat melingas mata
Karlita Sari memandang sekeliling. Seolah-oleh berhati-hati dengan setiap
langkahnya. Perlahan-lahan gadis itu menyelinap keluar ke satu sudut.
Dia berjalan pantas merapati gadis itu.

Lantas lengan Karlita Sari diragut pantas dan tubuh kecil itu dipeluk dari
belakang. Mulutnya ditekup. Terpaksa dilakukan seperti itu. Rangga Harlito
cukup bimbang sekiranya gadis itu menjerit. Pasti akan memusnahkan
rancangannya untuk membawa keluar gadis itu dari tempat ini.

Tepat sekali jangkaannya. Karlita Sari meronta. Mujur dia memeluk erat dan
menekup mulut gadis itu. Jika tidak pasti rancangannya gagal.

“Karlita ..! Karlita ...Saya ni, Raden..Rangga Harlito ..!” Sempat Raden berbisik
tegas. Meskipun dalam keadaan yang sukar. Dia pasti, gadis itu
mendengarnya. Karlita Sari berhenti meronta dan berada dalam keadaan
terkawal sebaik sahaja melihat wajah jejaka itu, wajah yang cukup
dikenalinya. Wajah yang selama ini amat dirinduinya. Wajah yang masih
setia bertakhta dalam hatinya, dulu, kini dan selamanya.

Karlita Sari lantas memeluk kedap jejaka di hadapannya. Wajahnya disembam
ke dada jejaka itu. Kolam air matanya yang selama ini ditahan akhirnya
melimpah keluar. Tiga tahun dia menunggu kedatangan jejaka itu. Dan
selama tiga tahun itu jugalah dia terkurung di dalam sangkar besi
manusia durjana. Meskipun dia kesal bertemu dengan jejaka itu dalam
keadaannya seperti sekarang, namun tiada yang lebih mengembirakan selain
bersua kembali dengan insan yang paling dirindui itu.

Karlita Sari mengangkat wajah. Matanya sembab. Wajahnya masih basah dengan
air mata yang masih bersisa. Kornea matanya yang masih berkaca memandang
Rangga Harlito di hadapannya dengan satu pandangan yang sukar
dimengertikan. Air mata masih laju menitis di pelipisnya. Sedih,
gembira, bercampur baur.

“Raden....Merdekakan Karlita ....” bisiknya perlahan menahan sendu.

Rangga Harlito mengangguk laju. Sempat dia mengesat air mata yang mencurah
jatuh ke pipi gadis itu. Dia mengeluarkan telefon bimbit mendail nombor
Riezman. Mujur berangkat. Setelah yakin arahan yang diberi kepada
Riezman difahami, dia lantas membuka jaket hitam labuh ber’hood’ yang
dipakainya dan disarung ke tubuh Karlita Sari yang agak terdedah sedikit.
Ini bagi mengelak gadis itu dikesan. Dia tidak tahu sejauh mana
keberkesanan melindungi Karlita Sari dengan cara itu.

Rangga Harlito nekad. Gadis itu akan dimerdekakan dari neraka dunia ini.
Dia harus pantas berlari membawa gadis ini jauh dari tempat ini.
Meskipun dia tahu,diri mereka sedang dikejar rapat oleh orang-orang yang
menjaga Karlita Sari dari belakang.

Karlita Sari tidak peduli lagi dengan apa yang berlaku. Tidak sesekali
untuk dia berpaling biarpun salur telinganya dapat menangkap suara
sahabat yang dikasihi memanggil sayu namanya. Maafkan Karlita , June.
Inilah kemerdekaan yang Karlita nantikan selama tiga tahun. Maafkan Karlita ...

Sempat Karlita Sari menoleh sekilas jejaka yang seolah-olah menjadi
malaikat penyelamatnya tika itu. Terima kasih Ya Allah kerana memberi
kemerdekaan yang cukup indah buatku. Bisik hatinya. Air mata menitis
laju selaju hayunan langkah mereka berdua. Jemarinya bertaut erat
menggenggam jemari jejaka itu. Terima kasih, Rangga Harlito !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience