1 TUAN SOMBONG

Romance Completed 408935

Lilly berjalan perlahan menuju ke wad adik lelakinya yang berusia 8 tahun. Aafi ialah adik bongsu lelaki daripada 5 orang adik beradik.

Keempat yang lain adalah kakaknya manakala dia seorang sahaja lelaki. Lilly yang berusia 27 tahun adalah anak yang ke 2 daripada 5 orang yang lainnya.

Pantas Lilly berhenti melangkah apabila telefon di beg tangannya bergegar, nampak saja nama 'Hero' di skrin panggilan terus Lilly menerima.

"ye yah, kenapa call Lilly"

'ni bila nak sampai ni? Aafi dari tadi tunggu. Katanya Lilly janji nak bawakan dia makanan kegemaran dia semalam' balas ayah

"Amboi kuat betul ingatan Aafi dalam bab bab makanan ni eh"

"Lilly dalam hospital dah ni yah, dah sampai depan pintu dah pun" balas Lilly sopan lalu dia pulas tombol pintu bilik wad yang bernombor 034 itu

Ayah dan Aafi serentak menoleh, jelas di bibir Aafi tersenyum lebar apabila ada satu bungkusan plastik di tangan Lilly. Dia tau yang Lilly tidak akan mungkir janji.

Bungkusan makanan diberi kepada Aafi sebelum Lilly dekati ayah di tepi jendela.

"Ibu mana? Tak jenguk Aafi ke harini?" Soal Lilly apabila batang hidung ibunya tidak kelihatan di situ. Biasanya ibulah orang yang selalu ada di wad ini untuk menjaga Aafi

"Ibu niaga harini, takboleh nak tutup warung. Si Lisa tu nak duit lagi, katanya untuk beli buku sekolah" balas ayah sambil mengeleng kepala kecil.

"Ayah ni pun kenapa nak percaya sangat dengan si Lisa tu? Ayah pun tau kan Lisa tu dah banyak kali minta duit alasannya untuk sekolah"

"Last last kantoi lepak dekat pawagam dengan kawan-kawan dia"

"Lilly sendiri pun tak pernah merasa masuk pawagam lagi tau" bebel Lilly manakala ayah membuat muka bosan.

Antara anak perempuan Baseer, Lilly yang paling nampak sifat keibuan. Pandai memasak, rajin kemas rumah, sukakan budak-budak, membebel panjang lebar dan suka nasihatkan adik adiknya yang lain kecuali kakak sulungnya iaitu Ayunina

Ayunina sangat berlainan, tak suka bergaul dengan adik beradiknya yang lain kecuali dengan Ifah adik perempuan yang ketiga mereka.

Malah paling susah nak keluarkan duit untuk ibu dan ayah, kalau bagi pun hanya Rm100-200 padahal gaji sebulannya mencecah Rm5000 ke atas. Itu pun dia masih bujang, tiada tanggungan yang perlu dia jaga.

"Kalau Lilly tau Lisa tu tipu, memang Lilly jahit jahit mulut dia tu. Suka sangat menipu" balas Lilly lagi, siapa saja tak benggang. Ibu dan ayah berusaha nak cari duit lebih untuk tanggung Lisa yang masih bersekolah menengah di tingkatan empat tapi boleh pula dia guna wang itu untuk lepak bersama rakannya yang lain.

"Anak ayah ni kan kuat sangat membebel, dah macam kembar ibu pula" balas ayah hingga Lilly tersenyum kecil di buatnya.

"Ayah pun jangan senyap je kalau Lisa menipu. Tegur sikit" kata Lilly lagi, dia tau sifat ayah tidak tegas dalam sesuatu perkara malah dibiarkan pula Lisa begitu langsung tidak di marahnya.

"Biasalah remaja kan, ayah faham Lisa tu nak juga merasa keluar spend time sama-sama dengan kawan-kawan dia yang lain. Kan trend remaja kan macam tu" balas ayah tenang manakala Lilly mengeleng kepala.

"Tengoklah tu ayah ni kan, Lisa tu takboleh bagi bersosial sangat yah. Dia tu masih anak dara, tak manislah sampai nak dekat maghrib baru reti balik"

"Lepastu buat-buat lupa nak balik awal, macamlah dia tak tau jalan pulang rumah. Orang call dia suruh balik pun, degil sangat kononnya dia baru sampai dekat tempat kawan dia" bebel Lilly lagi manakala Aafi di katil selamba makan. Yang penting baginya ialah makan sampai kenyang dulu.

"Ha mula lah tu pot pet pot pet dia, dah dah jangan bebel penat ayat nak dengar" potong ayah apabila Lilly seakan mahu membebel lagi

-

"Encik Baseer takdatang kerja lagi Tuan, katanya anak dia sakit jadi terpaksa cuti sekejap" kata pekerja lelaki yang berusia itu kepada Ben Zackry iaitu Pemilik Pengusaha ZEE Land

"Orang tua tu kan, menyusahkan aku betul. Sikit-sikit cuti, dia ingat dia boss ke kat tempat kerja ni" balas Ben sambil mengurut kepalanya lembut, sudahlah dia pening sekarang.

Tambahan lagi Baseer cuti, siapa lagi yang boleh gantikan kerjanya waktu dia susah sekarang kalau bukan Baseer

"Aku pecat jugalah si Baseer tua bongkok ni, haish" carut Ben sebelum dia tendang kerusi kayu di depannya hingga pekerja yang berdiri di sebelahnya turut terkejut.

"Sabar Tuan" kata pekerja itu namun ianya hanya menaikkan marah Ben saja

"Keluar" arah Ben manakala lelaki itu menunduk hormat sebelum dia keluar daripada pejabat luas itu

Lama Ben memejamkan mata, bila tersedar pintu pejabatnya di ketuk terus dia bangun membuka mata

"Masuk" arahnya manakala yang masuk itu Baseer, Baseer berdiri sopan di depan Ben

"Jam kat rumah kau rosak ke?" Soal Ben terlebih dahulu sambil menyilangkan tangan di depan Baseer yang mengeleng kepala untuk soalan Ben tadi

"So apa masalah kau, sengaja datang kerja lewat waktu macam ni? Lewat 20 minit aku okay lagi. Tapi ni dah tengah hari tau tak, matahari dah naik baru kau sampai"

"Apa kau ingat kau boss ke kat sini? Aku yang boss pun datang pejabat awal jam 7.30 pagi" bebel Ben

"Maafkan saya Tuan Ben, saya ada masalah keluarga sikit dua tiga hari ni. Memang takboleh dielakkan. Maafkan saya lagi sekali Tuan" balas Baseer manakala Ben kelihatan mengeluh berat di depan orang tua itu

"Tuan perlukan apa-apa bantuan?" Soal Baseer lalu Ben mengangguk sambil memicit kepalanya sendiri

"Tuan nak saya picitkan kepala Tuan ke?" Tawar Baseer namun Ben menjeling tajam

"Makin pening aku kalau kau yang picitkan. Tu uruskan dokumen untuk tambahan pembinaan bilik hostel yang akan dibina 2 bulan akan datang" balas Ben sambil menuding jari ke arah fail yang berselerak di atas meja tetamu di sebelah.

"Asingkan dokumen kewangan dan permohonan yang tak penting penting tu letak tepi dulu" pesan Ben lalu Baseer mengangguk kecil.

"Buat kat sini tu jangan pandai-pandai nak buat dekat office kau"

"Kau ni mana boleh percaya, last-last ponteng kerja" kata Ben hingga orang tua itu tersengih kecil.

Haritu dia keluar tanpa kebenaran pun hanya kerana Aafi tiada yang jaga di hospital, kalau minta izin dengan Ben pun sah sah Ben tak benarkan.

Baseer duduk di ruang tamu office untuk menyiapkan kerjanya sementara itu Ben telan pil sakit kepala sebelum dia membaringkan kepalanya di atas meja.

Baseer ke tepi sebentar meninggalkan kerjanya di atas meja itu sementara untuk menjawab panggilan telefon daripada Lilly

"Ada apa call ayah ni?"

'ayah tak makan lagi turun kerja tadi kan, Lilly hantar makanan dekat tempat kerja ayah sekarang tau'

"Ala takpela ayah tak lapar, ayah dah makan sikit tadi dengan Aafi"

'sikit mana cukup yah, nanti ayah gastrik lagi sapa nak angkat ayah yang berat tu kalau pengsan nanti' bebel Lilly

"Ish yela yea tunggu jap ayah tanya boss ayah" balas ayah tanpa menutup telefon

"Tuan boleh saya keluar jap? Nak ambil makanan daripada anak saya" minta Baseer manakala Ben membuka mata kanannya sahaja sambil mengeleng kepala tanda tidak boleh

"Tapi Tuan--"

"Suruh anak kau hantar dekat office aku terus"

"Kau ni takboleh di bagi muka, nanti kau lari dari kerja tu pula" balas Ben manakala Baseer mengangguk iya

Baseer kembali meletakkan telefon di telinganya

"Kamu hantar makanan dekat office boss ayah terus boleh?"

'boleh boleh, kat mana officenya?'

"Nanti masuk kaunter pertanyaan, tanya dengan pekerja yang bertugas dulu. Nanti dorang bagitau arah ke office boss ayah"

'okay Lilly faham, bagi Lilly 15 minit untuk sampai. Lilly tau perut ayah tengah berbunyi tu' balas Lilly sambil ketawa kecil, begitu juga Encik Baseer hingga Ben di meja office menjeling jeling.

Baseer kembali membuat kerjanya sementara menunggu Lilly datang, setelah 15 minit yang dijanjikan. Akhirnya ada yang mengetuk pintu office Ben

"Masuk" arah Ben dengan nada tinggi.

Perlahan lahan Lilly masuk dan mencari kelibat ayahnya manakala Ben terus duduk tegak melihat Lilly sebelum dia berdehem kuat. Dari jauh ayah memberi isyarat supaya Lilly menyapa tuannya terlebih dahulu

Lilly berdiri sopan di depan Ben sementara itu Ben melihatnya dari atas ke bawah

'pakaian longgar taknampak langsung peha betis dan belahan dada. Macam mana Baseer didik anak dia' getus Ben sambil memasang muka dingin. Lain cerita pula adik perempuannya, pakaian terdedah sana sini dah macam tak cukup kain pula tapi apa-apa pun kecantikan adiknya takboleh mengalahkan sesiapa pun.

"Selamat petang Tuan, saya nak jumpa ayah kejap. Nak bagi bekal ni je" kata Lilly sambil menunjuk bekas makanan di tangannya

"Banyak ayah dalam dunia ni, sapa ayah kau" balas Ben hingga Lilly tersenyum bengang manakala ayah di tepi menyuruhnya bertenang.

"Ayah saya Encik Baseer, saya bagi dulu ye terima kasih" kata Lilly lalu dia pergi dekati ayah dengan selamba ketika Ben tak habis nak balas lagi.

Lilly duduk di sofa yang diduduki oleh ayahnya, penutup bekal makanan dibuka hingga bau makanan yang dimasaknya sampai boleh dibau oleh Ben namun Ben tetap pentingkan dirinya untuk tidur sebentar

"Sapa yang masak ni?"

"Lillylah, takkan kakak Ayu pula yang masak" balas Lilly menyindir, mereka adik beradik perempuan hanya Lilly dan adik ketiganya saja yang pandai masak termasuk ibu juga.

"Pandai ye perli kakak macam tu"

"Takde, Lilly saja je. Jangan bagitau kakak tau" balas Lilly seperti berbisik manakala ayah sudah ketawa kecil

"Eh sudu takde ke Lilly?"

"Adalah tadi Lilly ada masukkan" kata Lilly sambil mencari sudu plastik yang dia letak di dalam plastik bungkusan itu

"Arh ada lubang lah plastik ni yah, Lilly rasa sudu tu dah terjatuh" balas Lilly sambil memonyok mulut, kesian pula kalau dibiarkan ayahnya itu menggunakan tangan saja

"Ayah makan guna tangan je takpe kan?"

"Ayah okay je tp pukul 3 nanti baru ayah makan sbb ayah kena siapkan kerja ni dulu. Boss ayah tak bagi keluar" balas ayah manakala Lilly pantas menjeling Ben di hujung tatkala itu Ben sedang tidur lena

"Boss jenis apa macam tu? Nak tengok pekerja mati kebuluran ke apa" sindir Lilly manakala ayah terlopong mulut melihat keberanian Lilly hingga Ben yang tidur tadi terjaga mendengar orang menyebutnya

"Lilly jangan cakap macam tu, nanti boss ayah dengar. Tak pasal-pasal kena pecat ayah dibuatnya" kata ayah perlahan supaya tidak di dengari oleh ben

"Biar dia dengar, ada ke patut hukum pekerja macam tu" balas Lilly sambil menjeling ke arah Ben saat Ben menatapnya

"Kalau nak sangat, kau keluarlah. Banyak bunyi pula duduk kat office aku" kata Ben hingga Baseer tersentak dengan situasi tegang antara Ben dan anaknya sendiri

Dari jauh Ben dan Lilly berlawan mata, sampaikan tak berkelip mata Lilly menatap tajam ke arah Ben manakala Ben baru 1 minit dia sudah berkelip mata.

"Bla lah, tunggu apa lagi lama-lama dekat office orang. Tak malu ke" kata Ben sombong manakala ayah turut memujuk Lilly untuk pulang

"Ayah makan tau nanti, kalau ayah gastrik ke apa. Orang pertama yang orang akan cari boss sombong ayah tu" kata Lilly lalu dia jeling Ben lagi sekali namun Ben buat tak endah

"Ish ye ye , kamu baliklah ayah nak kerja ni" kata ayah menghalau hingga Lilly di sebelah terkebil kebil memandang ayahnya itu.

"Yela yela orang balik jelalah kalau ayah dah halau macam tu"

"Nak salam yah" kata Lilly sambil meminta tangan ayahnya sebelum disalam seperti biasa

"Bye yah, hati-hati balik nanti. Apa apa jadi call tau jangan lupa tu" pesan Lilly manakala ayah mengangguk angguk sambil menolak tubuh Lilly ke pintu depan

-

Ben mengeluh kecil melihat kereta yang dia kenal berada di parking rumah keluarganya.

"Masih tak putus asa lagi perempuan tak waras tu" gumam Ben lalu dia masuk ke dalam rumah seperti biasa. Cara paling senang, dia kena buat-buat penat ketika ibunya berbincang tentang hal perkahwinannya dengan Erika

Erika gadis yang dari dulu tak putus asa untuk memiliki Ben walaupun dia sendiri tau yang Ben amat bencikan dia. Kerana Erika lah , Ben putus persahabatan dengan rakannya sendiri iaitu Jeff.

Sewaktu Jeff meluahkan perasaannya terhadap Erika, Erika memberi alasan bahawa dia akan berkahwin dengan Ben.

Semenjak itu Jeff menghilang tanpa mengucapkan selamat tinggal pada Ben, lebih teruk lagi dia kata Ben kawan yang tidak bertimbang rasa kerana menyangka Ben menyukai gadis yang dia cinta

"Ben sini jap" panggil ibu Ben iaitu Puan Hanis disebelah ibu pula ada Erika yang tersenyum manis kepada Ben

Sempat Ben mendengus kuat saat dia menghampiri ibunya di ruang tamu biar Erika tau betapa marahnya dia. Apa tidak marahnya, hampir tiap hari nak datang rumah ambil hati ibunya.

"Ada apa"

"Cakap cepat, orang penat ni" rungut Ben sambil menjeling Erika namun Erika masih tenang tersenyum

"Tentang hubungan Erika dengan Ben--"

"Ben dah ada calon pilihan sendiri bu, hujung bulan ni Ben bawa dia jumpa ibu" potong Ben hingga ibunya tak sempat nak habiskan ayatnya

"Ben! Habis Erika ni macam mana"

"Erika ni sapa bu? Pernah ke Ben kata yang Ben sukakan dia?"

"Ben tapi ibu berkenan nak jadikan Erika ni menantu. Ben pun janji kan akan buat apa saja yang ibu nak" balas Ibu sambil mengenggam tangan Erika

"Dalam keadaan adik tengah sakit dekat hospital sekarang, ibu masih sibuk dengan perempuan ni"

"Erika kau bla jela, semak tau tak siang malam datang rumah ibu aku. Kau ingat aku akan terpedaya ke"

"Ben Zackry!" Jerit ibu tinggi apabila Ben berani berkata begitu di depan depan Erika lagi.

"Kalau ibu berkenan sangat dengan Erika ni, ibu jelah kawin! Ben sikitpun tak berkenan" jerit Ben tinggi lalu dia pergi meninggalkan ibu dan Erika di situ.

"Maafkan ibu ye Erika, nanti Ibu cuba pujuk Ben lagi" kata ibu sambil membelai rambut Erika lembut.

"Takpela bu, Erika okay je tunggu berapa lama pun. Lagipun mustahil lah Ben tu ada hati dengan perempuan kan?" Balas Erika sambil tersenyum tenang.

Dari awal dia kenal Ben, Ben tak pernah bercinta dengan sesiapa pun. Lelaki itu terlampau mementingkan kesempurnaan diri malah tak suka dikawal dan dikongkong dengan perempuan.

'kenapa susah sangat nak dapatkan awak Ben' getus Erika sambil mengenggam tangan ibu Ben

"Erika balik dulu ye bu"

"Hmm maaf ye atas pihak Ben"

"Erika hati-hati kat jalan tu"

"Okay ibu"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience