2 SEPTICAEMIA

Romance Completed 408935

"arhh sakit" rintih pesakit budak lelaki yang berusia kira-kira 8 tahun itu, sempat Ben mengeluh kecil sebelum dia datang untuk membantu budak itu bangun

"Boleh bangun tak?" Tanya Ben manakala budak lelaki itu mengeleng tidak

"Bangun" kata Ben kasar lalu dia bimbing  budak lelaki itu untuk bangun, daun-daun kering yang melekat pada baju budak itu dibuang oleh Ben sebelum dia tatap wajah budak lelaki itu

"Lain kali kalau jatuh, cuba bangun sendiri. Jangan tunggu orang datang membantu tanpa berusaha" pesan Ben manakala budak lelaki itu mengangguk faham

"Dah masuk dalam, takpayah lah main dekat taman waktu panas panas macam ni" kata Ben lagi sambil mengipas wajahnya dengan tangan sendiri.

"Terima kasih uncle.." kata budak lelaki itu saat Ben sudah berpaling darinya.

"Ah? Uncle kau kata aku.." pantas Ben menoleh semula lalu dia dekati budak lelaki itu. Wajah dia dekatkan dengan wajah budak lelaki itu manakala budak lelaki itu mengundur ke belakang sedikit.

"Kau tengok muka aku ni"

"Masih hensem dan paling penting masih muda" kata Ben sambil menuding jari ke arah wajahnya sendiri malah budak lelaki itu tergelak nakal dibuatnya

"Kau boleh gelak lagi, bukannya nak minta maaf ke apa" kata Ben lagi lalu dia turut duduk di sebelah budak lelaki itu di atas kerusi kayu panjang yang disediakan di taman hospital itu.

"Kalau abang jumpa kakak saya, abang kawinlah dengan dia" kata budak lelaki itu tiba-tiba hingga Ben tergelak besar dibuatnya.

"Oh haha kau ni ingat perkara main-main ke perkahwinan tu" balas Ben sambil mengaru hidungnya yang tidak gatal

"Asal? Kau adik Erika ke? Erika upah kau ke suruh aku kawin dengan dia"

"Taklah kakak saya mana ada yang nama Erika"

"Habistu kau sapa?"

"Saya Aafi"

"Ah takpe aku taknak tau pun" balas Ben selamba hingga budak lelaki itu mengeleng kepala dengan responnya.

"Kau pesakit dekat hospital ni kan? Sakit apa kau?"

"Jangkitan kuman dalam darah"

"Wow berjangkit ke kalau aku dekat kau?" Tanya Ben lalu dia menjauh sebanyak 1 m  daripada budak lelaki itu.

"Taklah bang, namapun dalam darah taknaklah boleh keluar pula" balas Aafi manakala Ben mengangguk angguk sebelum dia dekati Aafi semula

"Teruk ke sakit kau tu?"

"Taklah teruk mana bang, tapi kena buat pembedahan secepat mungkin sebab takut merebak di aliran darah yang boleh menyebabkan septicaemia" balas Aafi manakala Ben buat muka teruja apabila Aafi boleh menyebut perkataan septicaemia itu dengan mudah dan lancar

"Asal kau tak buat je pembedahan tu? Kan lagi elok buat cepat-cepat"

"Ayah ibu tak cukup duit. Kakak pun tengah usaha nak cari duit lebih untuk Aafi sekarang" balas Aafi sambil tersenyum kelat, rasa macam dia terlalu menyusahkan keluarganya pula.

"Aafi kesiankan kakak, kakak terlalu baik layan Aafi sampaikan dia tak dapat nak merasa duit gaji dia sendiri demi nak bayar kos biaya perubatan Aafi" luah Aafi

"Sebab tu Aafi suruh abang kawin dengan kakak Aafi sebab abang baik. Sekurangnya abang boleh jaga dan bahagiakan kakak macam pasangan yang lain"

"Mana kau tau aku baik?" Balas Ben yang tergamam mendengar luahan Aafi itu.

"Aafi nampak abang tolong tolakkan kereta lelaki tua kat depan tu tadi lepastu masa Aafi jatuh, abang orang pertama yang tak pura-pura pandang Aafi jatuh sebaliknya abang datang tolong Aafi"

"Ala aku ni kalau membantu, aku minta upah. Tak semua benda free tau" balas Ben manakala Aafi membuat muka menyampah, padahal dia nampak lagi yang Ben hulurkan sedikit wang kepada lelaki tua tadi untuk kos keretanya yang rosak.

"Nanti kalau Aafi dah dapat jalankan pembedahan, abang kawinlah kakak Aafi. Dia cantik, manis, putih, rendah rendah sikit orangnya. Dia kakak kedua Aafi dalam adik beradik, dan dialah kakak yang paling baik dengan Aafi" kata Aafi lagi sambil tersenyum manis

"Macamlah aku kenal kalau kau cakap macam tu"

"Mana tau suatu hari nanti abang akan jumpa kakak Aafi. Aafi pun doakan yang abang ni akan jadi abang ipar Aafi suatu masa nanti"

"Tunggu hari akan menjadi kenyataan"

"Apa nama kakak kau?" Tanya Ben

"Lilly Hassanah" balas Aafi sambil tersenyum lebar menyebut nama penuh kakaknya itu

'nama pun dah cantik, agak-agak macam mana rupa dia..'

'Lilly sama macam nama perfume yang dia selalu guna' getus Ben sambil tersenyum kelat.

Minyak wangi lili sering mengingatkannya tentang gadis kecil yang istimewa yang pernah hadir di zaman kecilnya dahulu namun telah pergi begitu saja.

'rindunya dengan dia..tapi dia kat mana sekarang, dia ingat aku atau tidak. Mustahil dia akan ingat orang jahat macam aku..' getus Ben, hingga ke hari ini rasa bersalahnya pada gadis itu masih terkesan.

Dia gagal menanyakan nama gadis istimewa itu kalau tidak dia sudah jumpa gadis itu sama seperti dia yang sudah membesar sekarang. Sayangnya, masa itu tidak boleh di putar kembali.

"Kenapa abang dah setuju ke nak kawin dengan kakak Aafi?"

"Eh kau ni, aku rak cakap apa pun. Memandai je eh"

"Takpe Aafi bagi abang masa sebulan" balas Aafi hingga Ben di sebelah membuat muka selamba

"Masih tak faham lagi budak ni.."

"Aku ni, memilih sikit orangnya lagi-lagi bab jodoh. Aku tak rasalah kakak kau tu sesuai dengan citarasa aku"

"Yeke? Abang dah pernah nampak ke kakak Aafi?" Soal Aafi lalu Ben mengeleng tidak

"Tak tengok, tak tau lagi tau. Entah-entah abang yang tergilakan kakak Aafi nanti"

"Mustahillah, kau tu budak lagi. Jangan terlalu berharap dengan sesuatu yang tidak pasti"

"Ala abang ni, cakap je mustahil entah-entah abang tersuka juga dengan kakak Aafi nanti"

"Eh kau ni, kecil-kecil tak nak mengalah dengan aku yang tua ni"

"Abang lah tak nak mengalah tu"
Balas Aafi yang juga tak mahu mengalah.

-

"Ibu tak datang jenguk adik ke?" Tanya Rissa apabila kelibat ibu dan ayahnya tidak kelihatan, selama dia di hospital hanya Ben yang datang menjenguknya

Ben mengeleng kepala manakala Rissa mengeluh kecil tanda dia kecewa

"Ibu ayah masih marahkan adik.." kata Rissa perlahan lalu dia tersenyum tenang di depan Ben, Ben pula baru nak duduk di sofa bersebelahan dengan adiknya.

Seminggu sebelum ini, Rissa kemalangan sewaktu dia cuba nak lari daripada rumah hanya kerana ibu dan ayah tak merestui hubungannya dengan lelaki yang dia cinta.

Bila Rissa sudah sakit di hospital, ibu ayah langsung tak datang menjenguk kerana masih marahkan perbuatan Rissa itu malah bila dapat tau Rissa excident. Ibu kata itu kifarah untuk Rissa kerana sudah membuat mereka kecewa

Lain pula bagi Ben, bagi dia ibu ayahnya terlampau pentingkan kedudukan dan darjat supaya orang luar memandang tinggi kepada mereka

"Abang tak tahanlah duduk rumah tu sekarang, Erika tiap hari datang rumah"

"Paling rimas lagi dia curi curi masuk bilik abang"

"Abang tak faham lah kenapa ibu suka sangat dengan Erika tu" luah Ben sambil mengurut kepalanya dengan lembut

"Rissa taksukalah kalau abang kawin dengan Erika tu, Rissa rasa dia macam orang tak betul je. Rissa boleh rasa yang dia tak suka pun dengan abang, mesti ada niat lain yang buat dia nakkan abang sangat-sangat" balas Rissa

"Suka atau tak, abang tetap takkan terima Erika jadi isteri abang. Lagi-lagi dia perempuan yang pecah-belahkan hubungan abang dengan Jeff dulu. Dah la tak minta maaf lepastu buat-buat macam takde salah langsung" balas Ben sambil membuka bungkusan makanan yang dia beli untuk Rissa.

"Hmm nak buat macam mana kan, ibu pun dah sayang sangat dengan Erika tu. Macam Erika tu pula anak perempuan dia. Rissa dekat hospital sakit terlantar ni langsung tak dijenguk" balas Rissa hampa.

Salah dia ke bila dia berniat kawin dengan lelaki yang dia cinta saja. Sedangkan hal itu melibatkan kebahagiaannya suatu masa nanti.

"Abang belikan apa untuk Rissa harini?"

"Daging masak merah, Rissa suka ke?"

"Suka suka, kalau abang masakan lagilah Rissa suka" sakat Rissa sambil menepuk tangan

"Taknaklah nanti terbakar pula dapur" balas Ben sambil tergelak kecil di depan adiknya yang berumur 21 tahun.

"Rissa rasa, Rissa akan ikut kemahuan ibu untuk belajar dekat luar negara" kata Rissa tiba-tiba setelah dia selesai menghabiskan makanannya. Ben yang sibuk mengemas baju-baju Rissa terus berhenti dari bekerja

"Kalau tak mampu, jangan paksa. Jangan biarkan diri penat layan kehendak orang-orang bodoh dalam dunia ni" balas Ben manakala Rissa tersenyum manis sahaja

"Taklah bang, kali ni Rissa sendiri yang nak" balas Rissa tenang namun Ben sikitpun tidak percaya. Dia tau adiknya Rissa tak pandai dalam belajar, mustahil Rissa boleh teruskan dengan permintaan keluarganya itu

"Rissa dengar cakap abang boleh tak?"

"Kalau takboleh jangan dipaksa, cari bakat. Cungkil, dan buktikan depan ibu ayah bukannya dengan cara macam ni" tegur Ben lagi namun Rissa kelihatan seperti mengeluh.

"Kalau cara itu yang boleh tarik perhatian ibu dengan ayah, Rissa tetap akan ikut" balas Rissa yang masih menegakkan keputusan kerana dia tau minatnya dalam lakonan mustahil dapat di tunjukkan di seluruh dunia ini.

"Ikut Rissa lah, abang taknak bantah apa-apa keputusan yang Rissa buat tapi kalau Rissa dah mula rasa kesal dengan pilihan Rissa. Jangan tanya abang kenapa semua ni jadi pada Rissa, abang taknak dengar dah. Cukuplah abang dah bagi nasihat secukupnya pada Rissa tapi Rissa degil taknak dengar" balas Ben sebelum dia keluar daripada bilik wad Rissa

Berkali kaki Rissa menyeru nama Ben namun Ben buat tak endah sebaliknya dia tutup pintu bilik wad Rissa dengan kuat.

"Haih" Ben mengeluh berat sambil mengertak gigi di depan pintu bilik Rissa. Rasa geram, marah dan benci terus membuak pada keluarganya sendiri. Kenapa ibu ayah susah sangat nak fahami mereka

Ben mengangkat kepala saat dia terhidu minyak wangi yang dia sangat kenal dulu.

'perfume lili' getus Ben lalu dia kejar gadis yang dia sangat yakin wanginya datang daripada gadis itu tadi.

Dengan lembut Ben memegang bahu gadis itu dari belakang hingga membuatkan gadis itu menoleh belakang

Ben terkerut dahi.

'asal anak Baseer pula ni' getusnya pelik lalu dia tarik tangannya semula daripada sentuh bahu gadis itu

"Excuse me? Awak ni kenapa sentuh saya?" Soal Lilly sambil menyapu bahagian bajunya yang disentuh oleh Ben tadi

"Sorry aku salah orang" balas Ben sambil cuba cuba menghidu bau Lilly. Namun taksalah lagi, minyak wangi itu datang daripada gadis itu

'mungkin banyak orang guna perfume lili, mustahil perempuan ni orang yang aku cari' getus Ben lalu dia selamba pergi tanpa berkata apa-apa daripada situ hingga Lilly terkebil kebil melihat lelaki itu dari jauh.

"Kenapa dengan dia, gila dah ke" gumam Lilly sendiri lalu dia masuk ke bilik wad adiknya Aafi. Peliklah tiba-tiba sentuh  pastu bla macam tu je.

Aafi di dalam sedang tidur nyenyak setelah makan petang tadi.

"Jap!" Kata Lilly tiba-tiba lalu dia peluk dirinya sendiri

"Ke dia nak ambik kesempatan? Atau dia letak minyak dagu dekat badan aku tadi"

"Ahh seramnya, balik ni kena mandi wajib. Solat taubat, solat sunat, solat dhuha, solat per tiga malam supaya tak gangguan syaitan daripada dia"

"Lelaki gatal tu! Memang menyeramkan!"

-

Ben berfikir lama, sejak balik dari hospital seminggu yang lepas. Dia asyik teringatkan tentang bau minyak wangi lili dan anak perempuan Baseer

"Apa nama anak Baseer tu eh..?" 

"Haish patutnya aku tanya" rungut Ben sendiri lalu dia keluar daripada bilik setelah lama berkurung tanpa makan dan minum. Jam 1 pagi sekarang, barulah dia turun makan.

Niatnya buat begitu sebab tak mahu makan malam bersama dengan Erika. Erika hampir tiap hari, bukan hampir lagi. Memang tiap hari dia akan datang, dan masak makan malam untuk keluarganya seolah mahu mengambil hati Ben namun Ben langsung tak tertarik

"Ben Zackry" nama panjang Ben disebut penuh oleh ayah tegas apabila Ben keluar daripada bilik dalam keadaan terjingkit-jingkit supaya ibu ayah tidak terjaga

"Hm? Apa?" Balas Ben acuh tak acuh sambil memasang muka bosan

"Adik macam mana dekat hospital. Dah jenguk belum?"

"Kalau ayah nak tau, ayah pergilah jenguk. Jangan jadi ibu bapa yang tidak berperanan ketika anak sendiri sakit terlantar dekat hospital tu" sindir Ben sambil tersenyum sinis

"Kurang ajar.." kata ayah benggang, Ben yang tadi berniat untuk makan di bawah terus tak jadi nak makan sebaliknya dia keluar daripada rumah pada awal pagi ini.

"Ben Zackry kau nak pergi mana! Aku tak habis cakap lagi!"

"Kurang ajar punya anak!"

"Kalau aku tau perangai kau macam ni, dari kecik lagi aku buang kau tak tau!" Jerit ayah tinggi namun Ben sikitpun tak peduli malah dia sempat menjeling ayahnya sendiri ketika motornya sudah mahu keluar daripada perkarangan rumah itu.

Ben memandu dengan laju, rasa geramnya semua dilepaskan di atas jalan raya ketika itu

"Arhhhhhhh!!!!!"

"Takguna!!"

"Semuanya takguna!!!" Jerit lelaki itu sekuatnya, lama dia begitu akhirnya Ben buat keputusan untuk tidur di pejabatnya sementara pagi akan menjelma dia akan terus bekerja.

Walaupun dia boleh pulang untuk tidur di rumah sewanya tapi disebabkan jauh daripada sini jadi dia akan tidur di pejabat saja.

Sampai saja di depan pejabat, Ben berkerut dahi melihat pintu pejabatnya terbuka malah tidak berkunci. Perlahan-lahan Ben masuk ke pejabat, matanya membesar melihat Baseer cuba membuka peti wangnya di sebelah

"Baseer! Kau buat apa ni!" Dengan kuat Ben menarik baju orang tua itu sebelum di tolak ke lantai

"Tu--ann--"

"Aku percayakan kau Baseer sebab kau pekerja yang paling lama kat sini tapi sekarang boleh pula kau cuba-cuba untuk curi duit pejabat ni"

"Tuan--"

"Saya terdesak Tuan.."

"Terdesak takkanlah sampai nak curi duit pejabat Baseer, Ya Tuhan peninglah aku dengan kau ni"

"Kau nak aku heret kau pergi balai polis ke?" Soal Ben lalu Baseer laju melutut ketakutan di depan Ben

"Tuan tolong saya tuan..tolong saya.."

"Anak saya.. Tuan.." kata Baseer tergagap gagap sambil menangis teresak esak di depan Ben hingga Ben tergamam. Masih ada orang yang berbuat jahat demi  anaknya yang utama.

"Tolonglah anak saya..lepas Tuan dah tolong saya..saya sendiri yang akan serah diri Tuan..tolong Tuan bagi saya peluang.."

"Kenapa dengan anak kau?" Tanya Ben baik-baik

"septicaemia Tuan.. tolonglah saya.. selamatkan anak saya isk isk"

'septicaemia?'

'kejap'

'Aafi'

"Jap..kau bapa Aafi ke?" Tanya Ben manakala Baseer tergamam apabila Ben boleh tau nama anak bongsunya lelaki

"Ye Tuan saya ayah Aafi" balas Baseer tanpa bertanya bagaimana Ben boleh tau nama anaknya. Bagi dia sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk bertanya banyak.

Ben membesar mata lalu dia menekup mulut seakan tidak percaya

'jadi antara anak Baseer, ada kakak Aafi yang bernama Lilly Hassanah..' getus Ben. Patutlah dia seolah macam pernah dengar nama itu. Rupanya Lilly anak kepada Baseer dan kakak kedua kepada Aafi.

"Bangun, kita pergi hospital sekarang" arah Ben lalu dia berjalan pantas terlebih dahulu manakala Baseer mengejarnya di belakang. Tak pasal-pasal dia pula yang risau melebihi Baseer ayah kepada Aafi sendiri.

Sampai saja di hospital Ben bergegas berjumpa dengan doktor yang menjaga Ben.

"Berapa kos perubatan pembedahan tu?"

"Tuan nak bayarkan ke?"

"Ye lah aku bayar, kalau tak. Takde nya aku nak tanya macam ni" balas Ben dingin sambil melihat Aafi yang sedang baring terlantar di atas katil. Wajah Aafi pucat putih malah dalam keadaan tak sedarkan diri.

"Tuan sabar tuan" pujuk Baseer disebelah

"Kalau macam tu ikut kami ke pejabat Tuan. Kita bincang dulu"

"Aduhai nak bincang apa lagi. Cakap jela berapa, aku bayar lepastu buat pembedahan tu secepat mungkin. Kau nak tengok budak tu mati ke?" Balas Ben kasar kepada doktor itu

"Tuan tolong ye, kita kena berbincang dulu.." kata doktor itu yan tetap bersabar dengan baran Ben

"Haih yela yela, mati budak tu. Aku bakar hospital ni" ugut Ben namun doktor itu sekadar mengangguk kecil sambil memberi jalan ke arah pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience