4 LAMARAN

Romance Completed 408935

"Ben, Ben dari mana je ha? Dari pagi semalam Ben keluar and then 4 petang macam ni baru reti nak balik"

"Habis ibu ingat Ben ni tak kerja ke?" Balas Ben sambil menjeling selamba manakala ayah di sebelah ibu turut geram

"Kau kerja apa? Bagitau aku" balas ayah di sebelah, setahu ayah. Ben tak pernah setuju untuk berkerja di syarikat miliknya. Biarpun ayah dah tawarkan kad bank tanpa had dan kehidupan yang mewah. Dia masih saja tak mahu setuju.

"Perlu ke ayah tau? Kalau Ben kerja lain sekali pun bukannya dapat jejaskan nama ayah sebagai pemilik syarikat yang kononnya baik hati dan amanah" perli Ben hingga ayah mengertak gigi menahan geram pada anak lelakinya itu

"Ben kenapa makin biadap ni? Ibu takpernah ajar Ben macam ni tau"

"Memang ibu tak pernah ajar, tapi dengan cara ibu nak dapatkan nama dari Ben dan Rissa buat Ben tersedar yang ibu cuma gunakan kami bukannya sebab untuk kepentingan Ben dan Rissa sebagai seorang anak"

"Ibu ayah memaksa tau tak"

"Rissa dekat hospital tu, ibu ayah ada ke jenguk? Takde kan? Sebab ibu ayah malu bila orang akan tau yang Rissa tu excident sebab lari daripada rumah dengan lelaki lain"

"Tapi ibu ayah beria nak Rissa tu sambung belajar dekat luar negara sedangkan ibu ayah tak peduli pun pasal Rissa"

"Ben tak faham ibu, ibu ni cuma kecewa dengan Rissa sebab sanggup buat macam tu dengan ibu. Ibu mana je tak sedih, Ben.."

"Memang patut adik kamu macam tu, itulah kifarah dia"

"Ye lah semua benda kifarah! Sampai suatu masa Rissa dan Ben meninggal atau syarikat ayah bankrap. Ibu kena cakap benda tu pun kifarah! Semua yang jadi kat rumah ni atas sebab kifarah! Tu kan ibu nak maksud kan!"

"Ben Zackry jangan nak kurang ajar!!" Dengan kuat lima jari arah menampar pipi Ben hingga Ben tergamam memegang pipinya yang pedih

"Ayah ibu tak pernah didik Ben, ibu ayah silap. Sebenarnya yang banyak didik Ben adalah nenek, bukannya ibu dan ayah. Ben bagi ibu ayah cumalah bahan untuk di bangga banggakan di depan orang luar sana" kata Ben kecewa

"Dan perempuan luar macam Erika ni tak patut ada dalam rumah ni" kata Ben sambil menuding jari ke arah Erika yang selamba masuk ke rumah ibunya waktu mereka bertengkar ketika itu

"Sampai bila-bila pun, Ben takkan bersetuju untuk ambil dia sebagai isteri"

"Ben kenapa benci sangat awak dengan saya? Apa salah saya?" Celah Erika sambil menangis kecil

"Kau tanyalah diri kau sendiri, kau rosakkan persahabatan aku lepastu nak kat aku. Buat-buat lupa dengan salah sendiri, kau fikir aku ni akan terpedaya ke dengan muka kau tu" balas Ben hingga Erika menangis teresak esak mendengar kata-kata Ben itu

"Sampai hati awak Ben.."

"Untuk pengetahuan ibu ayah dan kau Erika. 2 minggu nanti, Ben akan masuk meminang perempuan yang Ben cinta sepenuh hidup Ben" kata Ben hingga Erika berhenti menangis

Ben mendekati ayah, mulutnya pula berada berdekatan dengan telinga ayah

"Kalau ayah halang, Ben akan sebarkan yang ayah gunakan duit syarikat untuk beli kereta baru ayah tu" bisik Ben perlahan supaya Erika tidak mendengarnya tatkala itu ayah pula sudah berubah wajah

"Ben tak kesian pun kalau suatu masa ibu dan ayah dipandang rendah malah Ben doakan sangat benda tu jadi kenyataan sebab masatu mungkin ibu dan ayah akan lebih bagi perhatian dengan Ben dan Rissa" kata Ben sambil tersenyum tenang 

"Jadi bila sampai waktu Ben meminang perempuan tu, Ben nak ibu layan keluarga dorang baik-baik jangan nak menyombong depan bakal mertua Ben"

"Kalau tak, ibu ayah taulah padahnya nanti" sambung Ben sebelum dia naik ke bilik meninggalkan ibu dan ayah yang masih terbungkam itu

"Ibu..Erika macam mana?"

"Erika balik, lupakan Ben. Ibu dah ada calon menantu" balas ibu runsing lalu ibu masuk ke bilik meninggalkan ayah dan Erika. Taklama itu ayah pula yang menyusul ibu ke bilik

"Ish macam-macam betul halangan!" Jerit Erika benggang sebelum dia menghentak kaki keluar daripada rumah besar itu

-

"Baseer, aku datang kejap lagi"

"Dengan semua rombongan" kata Ben tegas di telefon hingga Baseer tidak berkata apa

'datanglah, kami sekeluarga tunggu Tuan di sini' balas Baseer mahu tak mahu. Setelah 2 minggu dia hanya dapat membayar Rm1000 saja kepada Ben, itu pun duit simpanannya sahaja.

"Okay jangan cuba nak lari ye" pesan Ben sambil tersenyum kecil, nampak saja ibu dan ayah sudah siap sedia dengan pantas Ben meletakkan telefon supaya ibu ayahnya tak dengar perbualan dia tadi 

"Barang hantaran semua dah masuk kereta ke?"

"Dah bu, jom gerak sekarang"

"Ohh ya btw ayah ibu, jangan malukan Ben. Dan jangan nak tunjuk belagak depan mertua Ben, biarpun rumah dorang buruk atau hidangan makanan dorang tak menarik jangan buat muka sikit pun" pesan Ben manakala ayah dan ibu sekadar akur dan ikut kehendak Ben.

Dah macam ibu dan ayah tu anak dan Ben itu orang tua yang suka hati memberi arahan

"Dah masuk" arah Ben, di belakang kereta mereka pula di ekori dengan saudara saudara lelakinya yang turut membantu mengangkat barang rombongan.

-

"Ayah..sapa yang nak kawin ni?" Tanya Ayu manakala Lilly di dapur yang sedang menyiapkan hidangan itu mencuri curi dengar

"Ala nanti korang taulah sapa" balas ayah manakala Ayu dan adik perempuannya yang lain tersenyum suka. Masing-masing ingat, boyfriend mereka buat suprise yang kononnya mereka akan masuk meminang sebentar lagi

"Di kira Lilly out lah ni, dia kan takde boyfriend" usik Ifah anak ketiga antara mereka semua. Dengar saja diperli, laju Lilly menjeling Ifah

"Kau jangan sampai aku bebel kau dari petang ni sampai ke esok pagi, tak pasal-pasal bengkak telinga kau pergi kelas nanti" ugut Lilly manakala Ifah membuat isyarat zip dimulutnya tanda yang dia akan senyap daripada menyakat

"Tak kiralah siapa pun orangnya, tapi di atas permintaan ayah. Ayah sendiri yang nak jodohkan salah satu anak perempuan ayah dengan lelaki yang akan datang nanti"

"Kalau ayah jodohkan Lilly dengan lelaki pilihan ayah, Lilly sanggup tak?" Tanya ayah tiba-tiba hingga Lilly yang sedang mengacau air itu terhenti bergerak.

'apa maksud ayah..? Kenapa cuma aku yang dipersoal' getus Lilly berat, hatinya mula rasa tak sedap bila soalan itu keluar daripada mulut ayahnya sendiri.

Lilly ke ruang tamu manakala adik beradiknya yang lain ke belakang sedikit untuk memberi ruang kepada Lilly duduk di sebelah ayah.  

"Sapa pun lelaki tu, Lilly sanggup kalau itu pilihan dari ayah"

"Pilihan keluarga takpernah salah yah, andai kata orang tu Lilly. Lilly takkan membantah, Lilly akan ikut semua kehendak ayah" balas Lilly lembut hingga ayah berubah sedih

"Tapi boleh Lilly tau sesuatu?" Soal Lilly manakala ayah mengangguk boleh

"Lilly ke orang yang ayah nak jodohkan dengan lelaki yang akan datang nanti?" Tanya Lilly hingga ibu turut berhenti menyapu rumah melihat keadaan di sana menjadi senyap.

Ayu, Ifah dan Lisa saling berpandangan seolah tak percaya dengan soalan yang akan keluar daripada mulut Lilly. Mustahillah kalau Lilly orangnya, sedangkan Lilly tidak bercinta dengan siapa-siapa pun

"Ayah, Lilly dah cakap kan. Lilly takkan membantah, its mean Lilly takkan marah kalau Lilly orangnya" kata Lilly sambil memegang tangan ayah. Ayah terlalu seolah ragu-ragu untuk jawap soalan Lilly tadi.

"Bagitau jela budak-budak tu hal sebenar bang, kejap lagi lelaki tu nak datang. Buat apa rahsiakan lagi" celah ibu manakala ayah menarik nafas dulu sebelum membuka mulut

"Ye Lilly orangnya" balas ayah hingga adik beradiknya yang lain tersentak manakala Lilly tidak terkejut langsung sebab dia sedar, ayahnya selalu pandang dia dengan pandangan serba salah sejak di hospital 2 minggu lepas.

"Lilly tak benci ayah ke?"

"Taklah buat apa nak benci, bukan apa pun. Semua pilihan ayah tu yang terbaik untuk Lilly"

"Tapi kenapa ayah jodohkan Lilly dengan lelaki tu? Mesti ada sebab kan?" Tanya Lilly hingga ibu berubah gelisah manakala ayah seperti fikirkan sesuatu begitu juga adik beradiknya yang lain turut tertunggu alasan yang akan keluar daripada mulut ayah.

"Sebab ayah takut Lilly bujang sampai ke tua. Yela Lilly selalu mengadu dengan ayah yang takde lelaki suka dengan Lilly. Sebab tu ayah carikan pasangan untuk Lilly supaya Lilly tak sunyi"

"Tengok adik yang baru 17 tahun tu pun ada boyfriend, sebab tu ayah risau kalau Lilly membujang sampai ke tua" kata ayah manakala Lisa tersenyum gatal di sebelah lalu Ayu mencubitnya perlahan.

"Alahai ayah ni boleh pula macam tu"

"Tapi betul ke sebab tu? Bukan ada sebab lain ke?" Tanya Lilly lagi tiba-tiba loceng rumah mereka berbunyi tanda ada orang yang sampai

"Dah sampailah bakal suami Lilly, Lilly naik atas tukar baju cantik-cantik jom" kata ibu sambil bergegas menarik pergelangan tangan Lilly untuk naik ke bilik

"Ala ibu janganlah kelam kabut.."

"Kena nanti lambat pula"

"Ayu simpan penyapu tu kat dapur, ayah nak buka pintu jap" arah ayah pula manakala Lisa dan Ifah ikut berdiri di belakang ayah seperti bidadari.

Keadaan mereka menjadi kelam kabut tiba-tiba.

"Kau pahal buat muka comel comel ni?" Bisik Lisa di telinga Ifah

"Mana tau bakal suami akak tu ada adik lelaki dia yang hensem. So aku kenalah ready awal-awal" bisik Ifah manakala Lisa juga turut membuat muka elok-elok, tak mahu kalah sikitpun dengan Ifah kakaknya.

Pintu rumah dibuka, orang pertama yang Baseer nampak adalah Ben. Di kedua belah Ben pula ada ibu bapanya dan dibelakang pula ada saudara maranya yang membawa barang rombongan

Ifah dan Lisa membesar mata melihat Ben

"Hensemnya bakal suami kakak" gumam Lisa perlahan hingga Ifah mendengarnya manakala Ifah mengangguk kepala tanda dia pun setuju dengan pujian yang dilemparkan oleh Lisa itu.

"Selamat petang bapa mertua" sapa Ben kepada Baseer sambil tersenyum manis begitu juga ibu bapanya di sebelah

"Silakan masuk" jemput Baseer sambil memaksa dirinya untuk tersenyum suka. Pintu rumah di buka seluasnya manakala Ben dan ibu bapanya masuk bersama diikuti dengan saudara lelakinya yang membawa barang hantaran itu

"Ya Tuhan semua saudara saudara bakal suami akak hensem-hensem" kata Ifah hingga dia hampir lemas melihat lelaki yang terakhir masuk itu. Sempat lelaki itu mengenyit mata kepada Ifah

Ibu kembali turun duduk di sofa ruang tamu.

Ben duduk berdepan dengan Baseer dan bakal ibu mertuanya, ibu Lilly sekadar tersenyum kelat. Dia tau kenapa Baseer tiba-tiba nak kawinkan Lilly dengan lelaki itu

"Kenalkan sebelah ni ibu saya, Puan Hanis dan ayah saya Tuan Sulaiman Hakem. Yang lain-lain tu pula saudara mara saya yang lelaki" kenalkan Ben kepada ibu dan ayah Lilly

"Saya Baseer dan isteri saya Salima, di sebelah ni pula anak dara saya Ayu, Ifah dan Lisa" kenalkan Baseer kepada keluarga Ben. Ben pula berkerut dahi, jadi mana satu Lilly?

'kenapa anak Baseer yang haritu dekat office takde kat sini, mana Lilly pula' getus Ben yang mula tak sedap hati

'jadi adik beradik perempuan Lilly ada 5 lah? Termasuk anak Baseer yang sombong tu' kata hati Ben lagi lalu mata dia naik memandang seorang gadis yang baru turun di tangga.

"Boleh kami tau? Mana satu anak perempuan Encik Baseer yang bernama Lilly Hassanah? Anak saya kata itulah bakal isteri dia" soal ibu Ben manakala Ben di sebelah tergamam melihat gadis di tangga itu.

"Ah tu Lilly, anak perempuan saya yang kedua" kata Baseer sambil tersenyum manis kepada Lilly yang masih tercegat di tangga.

Lilly yang elok memakai baju kurung itu saling berpandangan dengan Ben di ruang tamu sedangkan dia masih di anak tangga terakhir.

'Takkan dia pula Ya Allah. entah-entah dia buat-buat ayah sampai ayah tiba-tiba nak kawinkan aku dengan dia' gumam Lilly perlahan

'patutlah aku tak sedap hati..' getusnya pula sambil tersenyum tenang manakala Ben pula pura-pura tidak terkejut sedangkan dialah yang paling terkejut apabila Baseer menyatakan gadis itu adalah Lilly

'aduh asal dia pula'

'langsung tak sama dengan Lilly yang Aafi puji selama ni. Atau Aafi tipu aku..'getus Ben sambil tersenyum tenang kepada Lilly semula. Lilly hampiri mereka di ruang tamu

"Duduklah kat sebelah bakal suami kamu" kata ibu apabila Lilly mahu duduk di sofa yang berlainan. Lilly memandang tempat kosong di sebelah Ben, tatkala itu jantungnya turut berdegup kencang dah macam nak keluar pun ada.

"Duduklah kak" kata Ifah pula sambil berkata perkataan 'goodluck' dengan nada berbisik

'ish budak ni sempat lagi' gumam Lilly perlahan lalu dia duduk di sebelah Ben dengan terpaksa

"Manis rupanya calon menantu ibu.." kata ibu Ben sambil tersenyum manis, nampak saja muka Lilly tiba-tiba sejuk hatinya sampai dia lupa yang dia hanya mahukan Erika sebagai menantunya

Ibu Ben dekati Lilly. Perlahan lahan tangan Lilly di pegang sebelum cincin perak permata di tengahnya itu di sarungkan ke jari Lilly.

'kalau ini rupa menantu ibu, sejuk sikit hati ibu ni. Mesti cucu ibu nanti, cantik hensem orangnya. Lagi-lagi bercampur rupa Ben dan bakal isteri dia nanti' getus ibu suka sebelum ibu kembali duduk di tempatnya semula

"Terima kasih makcik, makcik pun cantik. Awet muda lagi" puji Lilly hingga ibu Ben kembang kempis mendengar pujian Lilly

Cincin di jari di belek oleh Lilly sebelum bibirnya terukir satu senyuman kecil sementara Ben di sebelah curi-curi melihatnya.

"Panggil ibu je" kata ibu manakala Lilly mengangguk suka

"So boleh kita mula berbincang? Tarikh sesuai untuk anak kita berdua?" Kata Tuan Sulaiman sambil tersenyum pura-pura.

Ben mendekatkan mulutnya di telinga Lilly saat ibu ayahnya sibuk berbincang

"Hai sayanggg.." Bisik Ben nakal lalu dia tersenyum manis saat Ayu dan Lisa memandang dia berbisik dengan Lilly tadi.

"kenapa ayah boleh pilih awak sebagai menantu dia" soal Lilly dengan berbisik. Bagi Lilly, langsung tiada apa yang istimewa pada Ben tapi kenapa ayah boleh terbuka hati untuk pilih Ben sebagai menantunya.

"Mungkin sebab kita memang jodoh" bisik Ben semula sambil tersenyum jahat, ketika itu hidungnya tajam menangkap bau minyak wangi yang dipakai oleh Lilly.

"Jodohlah sangat" balas Lilly menyampah

'minyak wangi lili, nama pun Lilly'

'mustahil dia perempuan tu..' getus hati Ben yang mula tertanya-tanya, bila dia dekat dengan Lilly pasti ada satu perkara pelik yang dia dapat sangka

'tak mustahil perempuan tu Lilly..' bantah Ben dalam hati lalu dia pandang wajah Lilly dari tepi, lihat saja wajah gadis itu. Tiba-tiba jantungnya berdebar kencang.

Lilly menoleh memandang Ben, ketika itu matanya dan mata Ben saling bertembung lama.

"Awak..?"

"Awak..!?" Kejut Lilly hingga Ben tersedar dari lamunan

"Ah kenapa?"

"Ayah tanya tu" kata Lilly sambil mengeleng kepala

"Erm erm, belum kawin lagi dah tenung bakal bini tu lama lama. Sabar sikit Ben, ingat Ben tu belum sah lagi" tegur Puan Hanis hingga Lilly yang meneguk air itu tersedak kecil

"Mana ada bu.."

"Ayah tanya apa tadi?"

"Ni ayah tanya, tarikh perkahwinan Ben nak bila?"

"Ayah dah cadangkan 3/3/2018, 19/3/2018 atau 7/4/2018. Semua tarikh tu yang ayah bincang dengan Encik Baseer tadi. Mana satu Ben nak? Atau Ben nak cadangkan tarikh lain?" Soal ayah manakala Ben seolah berfikir sesuatu

"1/2/2018" balas Ben hingga Lilly disebelah terkejut

"Awal betul, taknak bertunang dulu je ke?"

"Benda baik buat apa nak dilambatkan lagi,  kita bertunang 2 minggu jela. Lepas 2 minggu tu terus kawin. Apa susahnya" balas Ben sambil tersenyum jahat kepada Lilly manakala Lilly pula tersenyum kelat

"Macam mana Encik Baseer Puan Salima setuju?" Tanya Ben kepada kedua orang tua Lilly

"Ibu setuju je, lagi awal lagi bagus tu" balas Ibu sambil memberi isyarat anggukkan kepala kepada Lilly hingga Lilly terpaksa menurut kehendak ibunya

"So bakal isteri saya, awak setuju?" Tanya Ben kepada Lilly namun gadis itu  mendiamkan diri sebentar, kalau dia tolak mesti ibu akan kecewa

Perlahan Lilly menarik nafas lalu dia hembus semula

"Okay saya setuju.."

Lilly mendekatkan mulutnya di telinga Ben

"Awak memang nak kena ke ah! Nak buat awal-awal. Saya tak sedia tau" bisik Lilly dengan penuh geram

Ben kembali mendekatkan mulutnya di telinga Lilly pula

"Suka hati aku lah, kau pun dah setuju nak buat macam mana lagi sayang.."

"Cie tak guna punya lelaki. Pandai betul, saja nak balas dendam ke apa" gumam Lilly perlahan sambil mengenggam seluarnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience