3 KUCING VS ANJING

Romance Completed 408935

"abang..Aafi macam mana bang?" Soal Ibu dengan gelisah yang baru datang awal pagi itu. Tiba-tiba dia dapat panggilan dari hospital yang menyatakan Aafi akan menjalankan pembedahan sebentar lagi

"Mana abang dapat duit bang?" Soal ibu lagi namun Baseer diam kebingungan sambil bersandar di dinding hospital menunggu Aafi dari luar. 

"Abang tengah serabut ni, awak diam kejap boleh tak? Yang penting Aafi tu dah dapat jalankan pembedahan itu yang penting" balas Baseer yang masih berlembut suara lagi, tak lama itu Lilly dan Ayu datang masa yang serentak

Nampak saja wajah anak daranya terus Baseer berubah wajah serba salah terutamanya pada Lilly

"Ayah..Aafi macam mana yah?"

"Tapi macam mana Aafi boleh jalankan pembedahan? Ayah bayar guna duit sapa?"

"Yah jawap Lilly yah, mana ayah dapat duit untuk pembedahan Aafi?"

"Ayah!"

"Jawablah sesuatu yah! Lilly taknak ayah guna duit yang tak halal"

"Lilly bagi ayah tenangkan fikiran jap Lilly. Ayah tengah serabut ni" balas ayah hingga Lilly terpaksa akur dan diam melihat ayah yang kelihatan seperti berfikirkan sesuatu

"Sebenarnya ada orang yang baik hati tolong ayah bayarkan kos perubatan adik" kata ayah setelah lama ayah diam daritadi.

"Mulanya ayah nak tolak tapi dia kata dia nak tolong juga"

"Jadi ayah benarkan orang tu bantu kita"

"Sampai masa, Ayah akan bayar semua jasa baik orang tu"

"Lilly jangan risaulah, ayah takkan buat benda yang haram"

Lilly menghela lega lalu dia peluk tubuh ayahnya hingga rasa serba salah terus membuak pada diri ayah sekarang

"Lega Lilly dengar, ayah jangan buat Lilly takut tau. Lilly taknak ayah terjebak dengan pinjaman along semua tu"

"Lilly akan tolong ayah carikan duit lebih, ayah jangan risau" kata Lilly manakala ayah mengangguk perlahan sebelum ayah leraikan pelukan Lilly sendiri

"Yang penting adik selamat, itu yang Lilly kena pentingkan dulu. Lagipun ayah masih kuat, ayah boleh cari duit lebih untuk bayar semua tu. Lilly jangan susahkan diri ye?"

"Takpela yah, Lilly memang ikhlas nak tolong ayah" balas Lilly sambil tersenyum manis manakala Baseer tersenyum serba salah hingga ibu di depan turut hairan dengan perangai suaminya itu

'aku bagi kau masa 2 minggu untuk bayar duit pejabat tu semula, kalau kau tak dapat nak bayar'

'Tuan takkan 2 minggu je? Mana saya nak dapat duit secepat itu Tuan..'

'takpe kau boleh bayar dengan benda lain kalau kau takdapat bayar dengan duit' balas Ben sambil tersenyum sinis

'aku nak kau buat satu benda yang sangat mudah'

'bagi aku anak perempuan kau yang kedua, dan segala hutang kau akan lunas'

'Tuan..Tuan ingat saya ni jual anak ke?' Kata Baseer hampa, mustahil dia sanggup serahkan Lilly semudah itu. Padahal dia sudah berjanji, akan membiarkan Lilly memilih pasangannya sendiri

'aku tak suruh pun kau jual anak kau, sebab lepas kau takboleh nak bayar hutang tu. Aku sendiri yang akan datang rumah kau, hantar rombongan untuk anak perempuan kau. Boleh dikira, aku yang nak anak kau secara baik bukannya berniat jahat untuk kau jual anak kau kepada aku' balas Ben hingga Baseer teragak agak membuat keputusan

'jangan risau Baseer, rahsia kau aku akan jaga. Aku takkan bagitau bakal isteri aku yang kau gunakan dia untuk pertukaran hutang kita berdua'

'anggap je aku memang nak sangat dengan anak kau'

'itu je..'

'bagi saya masa untuk buat keputusan Tuan..anak saya adalah keluarga saya, takde ayah seorang pun yang sanggup jual anak dia dengan orang lain demi untuk lunaskan hutangnya kecuali mereka yang tiada hati dan perasaan'

'susah sangat ke Baseer. Kau fikir, kau boleh bayar ke semua RM30k tu?"

'tapi kalau kau tak bagi anak kau tu, aku akan report dengan polis yang kau pecah amanah. Masa tu anak kau, isteri kau akan kecewa. Pilihlah mana satu keputusan yang bijak'

'dan jangan cuba nak lari, kalau tak aku patah-patahkan kaki kau tu'

Kata-kata Ben tadi terus terngiang di fikiran Baseer. Akalnya jadi bercelaru memikirkan cara untuk bayar semua hutang Ben, mustahil dia sanggup kawinkan Ben dengan Lilly.

Lilly akan kecewa dengan Baseer nanti. Lagi-lagi Lilly adalah anak perempuan yang dia sayang, tapi kenapa Lilly juga yang jadi pilihan hati Ben sedangkan Ben sendiri kata yang dia tak tau mana satu Lilly walaupun Lilly ada datang ke officenya tempoh hari.

Mustahil dia dapat bayar semua hutang Rm20k itu dalam masa 2 minggu saja, Ben seolah olah sengaja memberi masa yang begitu singkat kepada Baseer

'ayah minta maaf Lilly'

'semuanya demi adik, ayah terdesak sangat buat masa sekarang'

'ayah minta maaf sangat-sangat' getus Baseer sambil merenung wajah anak perempuannya itu

"Ayah kenapa renung Lilly macam tu?" Soal Lilly sambil tersenyum manis hingga senyuman Lilly membuatkan Baseer mengalir airmata tanpa dia sendiri sedar

"Ayah kenapa menangis? Adik akan okaylah yah. Ayah janganlah sedih macam ni nanti Lilly sedih juga"

"Takde apalah, ayah cuma risau je. Takde apalah" balas Ayah sambil tersenyum nipis manakala isterinya di sebelah memandang Baseer dengan pelik seolah dia tau yang Baseer ada masalah sekarang

"Abang saya nak berbincang sikit" kata ibu yang mula bersuara setelah lama keadaan mereka menjadi senyap

"Ayu Lilly ayah dengan ibu ke bawah dulu ye. Tunggu sampai doktor dah keluar, kalau ada apa-apa informkan dengan ayah cepat" kata ayah manakala Ayu dan Lilly mengangguk iya

Ayah dan ibu jalan beriringan bersama menuju ke bawah yang hanya tinggal di situ hanyalah Ayu dan Lilly pada jam 3.25 pagi

"Li"

"Erm?"

"Kau rasa adik selamat tak?" Tanya Ayu tiba-tiba

"Ish kau ni cakap apa? Mestilah selamat. Selagi adik dapat jalankan pembedahan, dia masih ada harapan untuk hidup. Ayu jangan tanya soalan macam tu boleh tak, jadi doa nanti kang baru tau menyesal" tegur Lilly sambil mengeleng kepala

"Aku tanya je pun"

"Tanyalah soalan yang baik-baik sikit lain kali" balas Lilly manakala Ayu membuat muka menyampah, susah nak bawa berborak Lilly ni semua benda dia anggap serius. Tersilap kata boleh dibebel sampai ke esok pagi jadinya

"Macam mana kerja kau? Okay tak?" Tanya Ayu lagi bagi menghilangkan rasa mengantuk

"Okaylah sikit tapi ada lah orang yang tak suka aku dekat office tu, hati manusia kan. Kita takboleh nak kawal rasa benci dorang terhadap kita"

"Asal dorang tak suka kau?" Tanya Ayu lagi

"Ada satu laki kat office aku tu nama dia Jeff. Perempuan kat office aku ada yang suka dengan Jeff tu, lepastu bila Jeff jumpa aku untuk hal kerja mesti dia lain macam pandang aku. Macamlah aku ni nak sangat dengan Jeff tu, kalau bukan kerja dah lama aku tak jumpa Jeff tu" balas Lilly dengan penuh menyampah

"Seriuslah? Boleh tahan kau eh ada juga peminat kat tempat kerja tu"

"Takdelah, aku rasa mana ada orang suka kat aku" balas Lilly sambil mengeluh kecil. Kesibukan dia mencari wang membuatkan dia tersekat untuk mencari lelaki yang dia cintai dan hidup bersama

"Bukannya takde. Kau tu yang jual mahal sangat, kau cantik apa" puji Ayu manakala Lilly membuat muka terkejut, ini kali pertama dia dapat berborak rancak dengan Ayu dan kali pertama juga Ayu memujinya

"Ahh hahaha akhirnya Tuhan dengar doa aku, dan yahh sekarang kau dah mengaku kecantikan semula jadi aku" balas Lilly belagak sambil ketawa jahat manakala Ayu buat-buat muntah di depannya

"Jangan nak belagak lah, aku lagi cantik tau" balas Ayu yang turut tak mahu kalah

"Ye kau cantik, dah puas menang" balas Lilly mengalah, susah nak dinafikan Ayu memang cantik sampaikan banyak lelaki yang akan datang menjemputnya di depan rumah

"Tau takpe" balas Ayu sambil menyilangkan tangan di depan Lilly dengan berwajah bangga

-

"Aafi!" Jerit Lilly hingga dia hampir-hampir nak menangis melihat Aafi kembali sihat seperti dulu

"Kakak!" Dengan erat Lilly peluk tubuh adiknya, belakang Aafi diusap lembut

"Aafi tau tak, kakak risau sangat pasal Aafi tau" kata Lilly manakala Aafi tersenyum manis. Ayu, Ifah, Lisa dan ibu pula baru masuk ke dalam bilik wad Aafi

"Hidup lagi kau syukurlah" kata Lisa hingga Lilly menjeling tajam ke arahnya

"Okay sorry, Lisa biadap" balas Lisa sambil mengetap bibir

"Aafi okaylah kak, nasib ada orang baik hati yang tolong" balas Aafi hingga Lilly berkerut dahi

"Sapa yang tolong?" Tanya Lilly hingga ayah dan ibu berubah wajah

"Jodoh kakak" balas Aafi tenang hingga Lilly tersentak begitu juga Ayah dan ibu

"Aafi cakap apa ni?" Celah ayah apabila Aafi seakan mahu memberitahu siapa yang menolong selesaikan segala kos perubatannya itu

"Merepeklah adik kakak ni, tiba-tiba je cakap pasal jodoh" gelak Lilly kecil sambil mencubit pipi adiknya lembut

"Akak tak boleh lama ni, akak ada kerja"

"Petang nanti akak datang jenguk ye?"

"Okay kak, hati-hati kerja jangan tengok laki lain ingat akak tu dah ada jodoh sendiri" pesan Aafi manakala Lilly mengiyakan saja. Mungkin Aafi penat, kerana itulah dia cakap benda yang mengarut.

"Ibu ayah, Lilly gerak dulu ye"

"Ye hati-hati dekat jalan tu Lilly" pesan ibu manakala Lilly mengangguk faham sebelum dia keluar daripada bilik wad itu

Lilly berhenti sebentar apabila telefonnya didalam beg tangan bergetar menandakan apa panggilan yang masuk

'Jeff Sekerja' nama Jeff terpapar di skrin telefon Lilly lalu Lilly menerimanya dengan tenang

'Lilly?'

"Ye saya, kenapa ye Jeff?"

'awak free? Teman saya breakfast boleh?'

"Tapi Jeff, saya dah lambat masuk kerja ni. Takut boss marah pula" balas Lilly sambil melihat jam di tangannya sudah menunjukkan jam 8.36 pagi.

'pasal tu awak jangan risau, lagipun saya dah minta izin dengan boss tadi' balas Jeff hingga Lilly teragak agak untuk tolak. Nanti apa pula cakap kawan sekerjanya kalau mereka nampak Jeff dan dia keluar berdua

'so, dekat mana saya boleh jemput awak?'

"Erm kalau macam tu, ambik saya dekat depan Seven Eleven dekat Jalan Raja Muda"

'ohh yang dekat dengan belakang hospital tu kan?'

"Ah ye dekat situlah, saya tunggu awak dekat situ ye"

'ye boleh boleh dalam 5 minit lagi saya akan sampai'

Lilly meletak telefon terlebih dahulu lalu dia putar ke belakang apabila dia dapat rasai ada seseorang yang berdiri di belakangnya sekarang

"Awak kenapa ni? Dekat-dekat saya?" Tanya Lilly lalu dia menjauh daripada Ben. Teringat pula dia dia kejadian minggu lepas, nasib tiada apa yang berlaku kalau tak memang dicari Ben hingga ke lubang cacing.

"Mana ada aku dekat kau"

"Perasan" gumam Ben perlahan lalu dia menjeling Lilly selamba

"Habistu sekarang ni apa? Berdiri kat belakang saya lepastu hidung awak tu nampak sangat awak tengah hidu bau saya kan?"

"Gatal betul awak ni kan! Nak saya telefon polis ke!"

"Eh eh sedap mulut betul kau mengata aku kan"
"Kau ingat aku ni ingin sangat ke dengan kau"

"Hak pui, banyak lagi perempuan lain yang lebih cantik daripada kau tau" kata Ben lalu dia ludah ke tepi manakala Lilly membuat muka menyampah

"Saya tak fitnah okay, saya nampak dengan mata saya ni sendiri. Lelaki memang sama je kan semua?" Perli Lilly hingga Ben membesar mata

"Jangan nak samakan aku eh, kau tak kenal pun aku siapa"

"Tak kisah lagipun saya tak ingin nak kenal awak tu"

"Kau fikir aku nak sangat ke kenal kau? Perasan"

"Haritu pun awak macam ni tau, sentuh bahu saya pula tu. Awak buat apa ah?! Sapu minyak dagu ke supaya saya tergilakan awak tu" kata Lilly hingga Ben membesar mata

"Ih perempuan tak tau malu, sapa juga nak buat-buat kau. Aku sendiri pun tak inginlah kau dekat dengan aku" balas Ben bersahaja lalu dia pandang Lilly dari atas ke bawah semula

"Apa tengok-tengok! Ada hutang ke ah!" Jerit Lilly tinggi lalu dia peluk tubuhnya sendiri supaya Ben tak apa-apakan dia. Bibir Ben terangkat sedikit tanda dia menyampah dengan Lilly.

"Aku pun nak kawin dah, so takde masa pun nak tengok atau nak tersuka kau. Kalau ada hutang pun, kau boleh bayar ke minah overthinking?" Balas Ben dalam nada sindir hingga Lilly terlopong mulut

"Ohh ya? Awak ingat saya berharap sangat ke yang awak akan sukakan saya? Langsung tak okay dan tak ingin langsung" balas Lilly menyampah sambil menyilangkan tangan

"Awak lah tu yang overthinking sangat!"

"Kau lah, tuduh aku buat-buat kau. Ihh tak inginlah" balas Ben sambil membuat riak wajah geli dan menyampah

"Boss kejam, sombong pula tu" balas Lilly lagi dalam nada memerli. Sikitpun dia tak mahu mengalah atau berhenti memerli Ben. Kalau Ben boleh, kenapa dia tak boleh buat pula kan.

"Sedap mulut kau je kan? Kau ingat aku kisah ke? Kau nak kata aku apa pun. Aku tak pedulilah perempuan"

"Excuse me, saya ada nama okay jangan suka-suka mulut nak panggil saya perempuan"

"So kalau bukan perempuan kau nak aku panggil kau jantan ke?" Balas Ben sambil tersenyum sinis kepada Lilly yang sudah hilang kata itu

"Eyy!!! Suka hati je kan! Nama saya--"

"Dah aku taknak tau pun, simpan jela niat kau tu" potong Ben apabila Lilly mahu kenalkan dirinya kepadanya tadi.

"Ish laki tak guna!" Kata Lilly bengang, selamba badak je Ben tinggalkan dia sendiri. Lilly meneruskan langkahnya semula

'haish kenapa bau minyak wangi dia selalu buat aku tertarik untuk tau siapa dia' getus Ben di hati. Setiap kali dia ikut gadis yang memakai minyak wangi lili itu mesti anak perempuan Baseer yang dia akan jumpa

'tapi aku perlu tau apa? Yang paling penting, aku akan berkahwin dengan Lilly adik atau kakaknya mungkin tapi aku tak pasti mana satu'

'nama perempuan tadi pun aku tak tau. Kalau tau pun, bukannya penting'

"Dahlah buat apa nak fikir, bukannya dia Lilly pun" gumam Ben sebelum dia beredar daripada situ bersama motor kesayangannya.

"Yang aku tau Lilly tu baik sopan macam yang Aafi bagitau"

"Tak macam yang tadi tu, biadap. Rasa nak cili je mulut perempuan tu. Tak pun sepak terus masuk loji kumbahan" geram Ben sendiri lalu dia sumbat roti ke dalam mulutnya ketika memandu.

-

"Jap, itu kan Jeff?" Tiba-tiba Ben berhenti di tepi jalan, dari jauh dia nampak kereta Jeff berhenti di depan Seven Eleven dan di sebelahnya pula ada seorang perempuan yang dia jemput

Jeff membuka pintu kereta untuk gadis itu, riak wajah Jeff jelas menampakkan dia suka pada gadis itu.

Cuma wajah gadis itu terlindung dengan tubuh Jeff sampaikan Ben tak dapat melihat siapa gadis yang beruntung mendapatkan hati Jeff kawan baiknya itu.

"Amboi Jeff dah ada girlfriend dah sekarang" gumam Ben sambil mengeleng kepala, walaupun Jeff tidak ngam dengan dia sekarang. Dia tetap ingat Jeff sebagai sahabat

Malah dia lebih senang melihat Jeff ada perempuan lain, lebih elok kalau perempuan tu bukan Erika. Erika langsung tak sesuai dengan Jeff, sedangkan Jeff itu lelaki yang baik-baik

"Aku pun nak kawin dah Jeff, teringin aku nak jemput kau tapi mustahillah kau nak datang nanti" kata Ben sambil tersenyum kelat melihat kereta Jeff beransur pergi dari situ

Nak tengok muka Ben pun , Jeff tak mahu inikan pula pergi majlis perkahwinannya nanti.

Lebih elok jangan di jemput, nanti Ben sendiri terasa hati bila Jeff tak datang majlis perkahwinannya nanti. Ben kembali meneruskan niatnya untuk pulang ke rumah sewa, sementara dia dan ayah tak ngam sekarang. Rumah itulah tempat dia menenangkan fikiran dan segala masalah

"Cik Lilly yang manis jemput masuk" kata Jeff yang mengalu-alukan Lilly masuk ke dalam kereta lalu dia tolong bukakan pintu kereta itu untuk Lilly

"Ada je eh akal awak harini Jeff"

"Of course lah demi kawan semua benda saya boleh buat" balas Jeff sambil tersenyum manis. Setelah Lilly masuk, pintu kereta di tutup rapat sebelum dia duduk di tempat memandu pula

"So kita nak breakfast kat mana ni?"

"Ermm mana-mana jela janji--"

"Janji makanan sedap dan murah" potong Jeff lalu Lilly tersenyum kecil. Sampaikan Jeff boleh hafal ayat yang selalu dia sebut

"Saya ni sampai dah hafal semua dialog cara awak bercakap tau Lilly"

"Haha thank you saya hargai sebab ada juga orang nak hafal semua dialog saya"

"Bukan dialog je, semua tentang awak pun saya dah hafal.." balas Jeff hingga keadaan mereka berubah janggal

"Gurau jela, awak ni serius sangat"

"Taklah, saya cuma nak ingatkan awak awal awal yang saya tak letakkan harapan tinggi pada lelaki sekarang. Hati saya kosong, betul-betul kosong. Saya harap awak faham maksud saya.."

"Lilly saya sekadar bergurau lagipun kita kan kawan? Kawan mana boleh tersuka right?"

"Benda tak mustahil perkara macam tu terjadi dalam hubungan kita. Saya taknak hubungan kita jadi renggang dan kekok. Saya harap kita dapat berhubung sebagai teman sekerja"

"Teman sekerja?" Kata Jeff hampa. Sedangkan dia anggap Lilly lebih dari itu. Kalau tidakpun sekurangnya anggaplah Jeff sahabat bukannya sekadar teman sekerja

"Yela kita kan satu kerja"

"Ohh ahhaha lupa, betullah cakap awak tu" balas Jeff lalu dia ketawa hambar sendiri manakala Lilly di sebelah sekadar diam tidak memberikan apa-apa respon langsung.

'aku ingatkan kita kawan..' getus Jeff kecewa namun di luar dia tetap tersenyum tenang seperti tiada apa yang menguris hatinya ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience