BAB 4

Romantic Comedy Series 250

“ADIK tak salah! Perempuan tu punya boyfriend yang cari pasal! Kepala adik dah pecah sampai macam ni pun, abi sampai hati tak nak percaya! Abi memang tak sayang adik!” raung Thufail sambil memeluk umminya.

“Ini bukan soal tak sayang! Apa yang adik dah buat sampai kena buang kerja? Adik ponteng kerja selama ni pergi lepak dekat mana? Lepastu nak ubah topik pulak? Malam-malam keluar melepak ke mana?!” Ustaz Noah sudah hilang sabar.

Geram pulak tengok anak kedua dia yang tengah peluk isterinya seerat yang boleh. Ammara, isteri kesayangan dia boleh pulak ketawa sambil mengusap kepala anak itu.

“Adik tak salah! Dah diorang tak nak adik, adik resign jelah! Buang apa nak stay dekat company toksik tu? Adik tak suka! Abi tak pernah dengar cakap adik! Abi tak sayang adik, ummi!” rengek Thufail dengan manja.

Ustaz Noah picit kepala. Penyangkut baju yang dia pegang langsung tidak buat anak itu takut dengannya. Dia hanya berlari ke arah ibunya sebelum mulakan drama. Itulah anak kedua mereka, Thufail Haq. Anak manja yang sepatutnya menjadi si bongsu.

“Abang, sudahlah tu. Kesian adik. Tengok kepala anak ummi. Sakit tak?” lembut bicara Ammara sambil membelek kepala anaknya.

“Sakit, ummi. Ummi je sayang adik.” Thufail peluk wanita itu seerat mungkin.

Sudah terlepas rindunya. Hampir sebulan tidak berjumpa, dia hampir mati menanggung rindu kepada bidadari kesayangannya itu. Nurul Ammara, ibu kesayangan yang sangat cintai.

“Lepasni jangan keluar lewat dah. Ni kepala dah terkoyak sampai macam ni, esok macam mana? Jadi tak nak interview ikut Umar?” soal Ammara sambil mengusap kedua pipi anaknya.

“Jadi kot. Kejap je kan? Adik dah penat asyik kena buang kerja. Nak jadi cikgu pulak lah. Kan ummi nak sangat tengok adik jadi cikgu kan?” ujar Thufail sambil tersenyum comel.

“Abi kat sini lagi tau!” bentak Ustaz Noah sambil duduk disisi isterinya.

Nafasnya dihela perlahan. Hendak marah, anaknya itu memang nakal dari kecil. Tak tahulah ikut persngai siapa.

“Abi bukan suka-suka nak marah. Abi risau. Umar bagitau macam-macam jadi masa kitorang tak ada dekat sini. Bapak mana tak risau anak sendiri?” luah Ustaz Noah.

“Sayang jugak abi kat adik,” sengih Thufail.

Ustaz Noah tergelak. Dia letak penyangkut baju di atas meja. Perlahan sahaja menarik anak itu ke dalam pelukan. Sekejap saja masa berlalu, sudah besar anak-anak lelakinya. Rasa macam semalam dia baru berkahwin dengan Ammara.

“Rindunya abi kat kamu. Anak soleh abi ni,” Ustaz Noah kucup ubun kepala Thufail yang berbalut.

Thufail senyum. Dia memeluk erat lelaki itu. Rindunya. Bau wangi nya minyak kasturi yang sslalu menjadi ketenangan saat dia dilanda kekusutan.

“Adik ok? Kenapa boleh jadi macam ni? Kafe mana kamu pergi kalini?”

“Kafe selalu tu. Tiba-tiba ada orang mabuk ketuk kepala adik. Nasib baik hidup lagi, kalau tak, tak jumpa abi ummi harini.”

“Ish, mulut.”

Ammara usap kepala anaknya. Alhamdulilah, tidak apa-apa anaknya. Sudahlah baru sahaja sampai Malaysia, dapat pulak berita Thufail macam ni. Ibubapa mana yang tak risau? Anak kedua mereka memang sedikit extra. Abangnya, Umar lebih tenang dari dia.

“Mana Umar?” tanya Thufail.

“Keluar kejap. Keluarga bakal mertua dia mintak tolong bawakan diorang beli barang kenduri.” jawab Ammara.

“Oh.” pendek saja dia menjawab.

Mereka saling berpandangan. Melihat Thufail yang duduk dilantai bawah sambil termenung. Seperti dalam dilemma.

“Abi dengan ummi mintak maaf. Kalau kami tahu, mesti kami…”

“Umar sayang dia kan? Jodoh diorang. Adik tak kisah!” Thufail memotong percakapan kedua orang tuanya.

“Tapi adik, sepatutnya abi dengan ummi…”

Thufail berpusing menghadap kedua orang tuanya. Tangan mereka berdua digenggam erat.

“Kita takkan boleh lawan takdir Allah. Siapa kita nak melawan? Adik dah belajar redha. Kita dah janji tak nak bahas benda ni kalau Umar ada kan?” ujar Thufail sambil tersenyum hambar.

“Sayang anak ummi.” ucap Ammara.

“Love you too, ummi.” Thufail kucup jemari wanita itu.

“Abi? Tak sayang?” tanya Ustaz Noah.

“Of course lah sayang!” Thufail kucup jemari bapanya.

Seakan melihat cerminan diri sendiri. Dia akui, Thufail Haq memegang serupa dengannya. Dari segi wajah, lekuk bibir, malah hidung juga sama. Sewaktu dirinya masih muda. Impian Ammara mahukan anak lelaki sepertinya sudah tercapai. Nakal pun boleh tahan.

“Abi tengok apa?”

“Abi rasa macam tengah tengok diri sendiri.” Ustaz Noah tergelak perlahan.

Matanya tidak lepas memandang Thufail yang sedang merebahkan kepada di atas riba Ammara.

“Impian ummi kamu, nak sangat anak lelaki macam abi dah tercapai. Now, kita tunggu Fateema besar. Mesti macam ummi kamu. Sekarang pun cantik bukan main,”

“Dia ok je kalau abi tak paksa dia cakap Arab malam-malam!”

Meletus tawa mereka. Rutin harian sewaktu mereka kecil. Siapa sangka? Setelah hampir dua puluh tahun menjadi anak bongsu, tiba-tiba wanita itu melahirkan seorang puteri dalam keluarga mereka. Ibarat bulan jatuh ke riba. Hendak berputus asa tapi Allah bagi mereka rezeki yang mereka langsung tidak jangka.

“Umar dah nak kahwin, adik bila?” tanya Ammara.

“Ummi dah tak sabar nak halau adik keluar ke?” usik Thufail.

Laju sahaja lengannya dicubit perlahan. Wanita itu sudah mencuka.

“Ummi risaukan adik. Takkan nak biarkan Umar habiskan harta abi kamu yang berlambak tu? Ingat tak ayat siapa?” mereka ketawa lagi.

“Lama eh opah bercuti kalini? Rindu nak kacau dia. Bila eh nak jumpa opah? Adik rindu dia!” ujar Thufail cuba menukar topik.

“Dia cakap pergi India carikan adik jodoh.”

“Takkan handsome macam ni, dapat orang kulit gelap?”

“Hey, warna kulit takkan jamin apa-apa ok? Kenapa nak pandang rupa sedangkan hati yang tulus tu lagi penting?”

“Oh sebab tulah ummi pilih abi? Kenapa tak pilih papa Fahim?”

“Thufail Haq!”

Dua beranak itu ketawa lagi. Seronok dapat menyakat Ustaz Noah yang sudah merajuk. Nampaknya dah bertahun pun, masih jugak dengan cemburu dia.

“Mana ada orang dapat gantikan abang dalam hidup sayang,” ucap Ammara seraya mencubit pipi suaminya.

“Sayang pun takkan terganti,”balas Ustaz Noah.

“Manis sangat abi dengan ummi, tak nak kahwin lah macam ni!” ucap Thufail dengan tiba-tiba.

“Eh budak bertuah ni, ke situ pulak?” Mereka tergelak kecil.

**

DATIN MARYAM menolak daun pintu yang tertutup rapat. Senyuman diberikan kepada lelaki yang masih tekun bekerja walau sudah larut malam.

“Belum tidur, yang?” soal lelaki itu.

“Belum. Baru sudah pujuk anak kesayangan you,” balas Datin Maryam seraya duduk di sofa.

“I tahu, you marah dengan tindakan terburu-buru I. You sendiri nampak kan apa akan jadi kalau dia teruskan hubungan dengan Syed? Tadi dah koyak kepala anak orang, lepasni? Membunuh pulak?” sindirnya.

“Janganlah doa sampai ke situ. Hawa tu budak baik cuma itulah tersalah pilih pasangan. Abang tak ada cara lain ke?”

“Cara apa? Budak degil tu kena bagi kahwin je, baru tak ikut kepala dia je.”

“That’s what I mean, sayang.”

Pen jenama mahal diletak perlahan. Datuk Hilal duduk bersandar pada kerusi. Betul jugak kan? Mindanya masih terikat dengan memori tadi. Anak muda yang nampak tidak gentar dengannya. Mungkin dia calon terbaik?

“Budak tadi tu. You kenal?”

Datin Maryam senyum manis sebelum angguk kepala.

“Anak Ustaz Noah, imam masjid dekat taman depan rumah kita tu.” beritahunya sambil bangun mendekat.

“Anak Ustaz Noah? Patutlah muka familiar. Macam mana you kenal?” Datuk Hilal tarik isterinya ke atas riba.

“Siang tadi ada pergi masjid, terjumpa budak tu dengan Ustaz Umar. Adik dia katanya. I dengar dari mulut jemaah dekat situ. So, why not…”

Jemari wanita itu bermain dengan dagu si suami. Datuk Hilal ketawa. Sudah masak dengan agenda isteri tersayang. Pinggang wanita itu dia rangkul dengan lembut.

“Nak berbesan dengan imam masjid pulak? Hmm?” sebelah kening Datuk Hilal terangkat.

“It’s not about imam,Hilal. Kan bagus kalau anak perempuan kita dapat keluarga yang baik-baik? I mean, background diorang dari keluarga yang baik-baik. Mestilah anak lelaki dia pun sama kan? Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi? So, what do you think?”

“Nice idea. Tapi you tahukan anak you macam mana? And that boy. Dia bukan jenis mudah terpengaruh macam tu. Dari cara dia kita dah tahu, dia tak selembut Ustaz Noah.”

“Abang, you sendiri tak faham lagi ke?” Datin Maryam betulkan duduk.

“Kalau nak mengurat anak, kena mengurat mak bapak dia dulu. Apa kata, kita cuba selidik dulu budak tu? Or… you can just meet Ustaz Noah and tell him what we want?”

“Bijaknya sayang.” Datuk Hilal kucup pipi isterinya.

Datin Maryam ketawa manja. Dia memeluk lelaki itu dengan erat. Siapa tahu, anak perempuan mereka akan berjaya masuk ke dalam keluarga yang baik-baik? Dapatlah si Hawa Qistina tu jadi anak solehah sikit. Ini tidak, bukan setakat solehah tapi solehot!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience