Series
250
CAFE mewah itu nampak meriah dengan sambutan harijadi yang diadakan. Thufail yang duduk disudut belakang meja, hanya diam. Sesekali dia meneguk jus oren di dalam gelas. Pandangannya dibuang ke luar kedai. Suasana riuh disana tidak menganggu lamunan dia dari tadi.
Kad jemputan kahwin milik abangnya dipandang. Sepuluh keping. Matanya merenung nama pengantin perempuan di atas kad berwarna putih keemasan itu.
Umar & Khadeeja.
Gadis itu lagi. Kenapalah dia mesti terikat dengan orang sama dengan abang sendiri? Macam manalah dia nak hadap Umar nanti? Kepalanya diraup kasar. Masih berbaki beberapa minggu sebelum majlis itu tiba. Dia pulak dah kena buang kerja sebab selalu MC.
Ini kalau abi tahu, mampus. Bukan setakat bebel, satu taman dia kena kejar.
“Haq! Kau buat apa kat sini? Jum pergi depan!” Ajak Firdaus.
“Malas lah aku. Kau pergilah sorang!”balasnya sambil menepis tangan lelaki itu dari memeluknya.
“Kecoh lah kau. Abang Umar yang nak kahwin tapi kau yang serabut kenapa? Oh aku lupa. Abang kau tak tahu kan kau suka perempuan tu?” Firdaus ketawa mengejek.
“Kau lagi satu. Jangan nak annoying macam bapak kau eh!” Thufail tolak kepala lelaki itu.
Firdaus ketawa. Ya, bapa mereka sahabat baik sejak kecil. Pendek kata, dah berkawan dari dalam perut. Samalah diorang pun. Cuma beza tahun je. Dia muda setahun dari Thufail.
“Kau muda lagi, bro. Boleh cari calon yang lagi baik dari ustazah tu. Kau handsome, ada duit, apa lagi? Nenek kau pun kaya kot!”
“Habistu kau nak jadi tokwan aku?”
“Kalau kau sudi, apa salahnya?”
Mereka berdua ketawa sambil menampar antara satu sama lain. Thufail hanya tersenyum sambil memeluk sahabatnya.
“Kau bayangkan eh. Bila abang Umar kahwin, diorang tinggal dengan kami tau. Kau tak rasa apa aku kena hadap hari-hari?” ujarnya.
“Apa yang bengap sangat kau ni? Kahwin lah. Cari calon lain. Aku tahulah kau pernah crush dekat bakal kakak ipar kau tu, tapi…” Firdaus betulkan duduk.
“Kau kena fikirkan cara untuk berhenti buat semua orang fikir macam tu. Kahwin, bro. Cari calon lain.” Firdaus memberi cadangan.
“Ada calon tak kat sini?” mereka saling berpandangan kemudian ketawa seperti orang gila.
Thufail hanya tersenyum mendengar cerita Firdaus. Sedang dia mendengar, matanya melihat seseorang. Gadis tadi siang. Sedang melangkah masuk dengan penuh elegan dengan jeans baggy bersama hoodie trasher warna hitam. Tudung bawal bulat yang melilit di kepala buatkan dia nampak comel.
“Kau pandang siapa?” Firdaus memandang ke arah sama.
Aik. Biar betul?
“Serius? Berani eh kau usya dia?”
“Ada masalah ke kalau mata aku nak usya perempuan?”
“No lah, bro. Aku kenal kau macam mana. Kau bukan perangai soleh macam Umar, kau ni setan sikit.”
“Kau kurang ajar kan?”
Firdaus gelak kuat.
“Tu anak owner kafe ni. Datin Maryam. Kau suka? Pergilah try, tapi kena hadap Syed dulu lah!” beritahu Firdaus.
“Syed? Mama poyo tu?”
“A’ah. Tu girlfriend dia.”
“Bukan dia couple dengan Marry ke?”
Firdaus jongket bahu. Thufail mencebik. Dia pandang jam dipergelangan tangan. Sudah jam satu pagi. Besok dia perlu bangun awal untuk menghadiri temuduga ditempat Umar.
“Dah lewat. Aku gerak lu,”
“Aku ikut!”
Mereka bersama-sama melangkah keluar dari kafe. Baru sahaja kaki Thufail memijak lantai utama, kepalanya sudah dihentak kuat dari arah belakang. Semua disana sudah panik. Darah sudah mengalir dari celahan rambut lelaki itu.
“Haq!!!”
***
“SAYA mintak maaf. Boyfriend saya tak sengaja. Dia mabuk tu. Sebab tu saya datang untuk tenangkan dia tadi. Saya boleh bayar berapa je,” ujar Hawa dari tadi.
Mujur ada klinik swasta yang dibuka jam begini. Sempatlah dia membawa lelaki itu untuk mendapatkan rawatan. Thufail hanya bangun dari pembaringan. Tangannya memegang kepala yang terasa perit.
“Saya mintak maaf. Boyfriend saya tak sengaja. Dia…”
“Diam sekejap boleh? Makin tambah sakit kepala aku dibuatnya. Nasib baik aku tak mati tau? Kalau aku mati? Hari-hari kau pergi kubur aku cakap benda yang sama ke?” balas Thufail, kasar.
Firdaus disebelah sudah gelisah. Apa dia nak bagitau bapa Thufail nanti? Habislah semua kena nanti.
“Saya mintak maaf je kan? Susah sangat ke awak nak terima?” Hawa sedikit geram.
“Aku tak cakap pun aku tak terima. Suara kau bingit, diam sekejap boleh?” balasnya lagi.
“Daus, jum balik. Dah lambat ni. Nanti abi bising,” ujarnya.
Thufail bangun perlahan. Mujur cuma kena jahit tiga jarum. Kalau lebih? Rasa dah arwah dia. Kenapalah dia boleh cuai? Sepatutnya tak pernah ada kes orang mabuk dekat kafe tu.
Mereka berdua berjalan keluar dari klinik drngan perlahan. Setibanya dipakir, Thufail memanjat naik ke atas motosikal miliknya. Firdaus di belakang sudah menurut.
“Awak! Kejap! Nah!” Hawa berlari mendapatkan lelaki itu.
Dua orang lelaki yang memakai jaket kulit hitam saling berpandangan. Duit kertas seribu ditangan dia hulur tanpa banyak soal.
“Buat apa?” Tanya Thufail.
“Kos rawatan awak. Saya bayar balik.” tegas Hawa.
“Tak payah, kau simpan duit kau ni. Ingat aku hamak sangat ke duit orang kaya macam kau orang?”
Sakit pulak hati. Dahlah kepala tengah sakit, tiba-tiba kena hulur duit dah macam dalam drama. Ingat dia miskin sangat ke?
“Lepasni awak kena datang bukak jahitan kan? Ambiklah duit ni, buat belanja.”
“Kau ingat aku miskin ke?”
Firdaus tergelak. Sudah faham dengan maksud ayat Thufail. Dia menggeleng melihat Hawa yang masih berkeras menghulur wang kertas.
“Aku tak perlukan duit kau. Aku ada duit aku,” ujarnya.
“Tapi saya masih rasa serba salah.” jawab Hawa dengan laju.
“Kalau macam tu, report polis. Ini kira baik aku lepas je tau? Kalau aku report? Kau tak rasa boyfriend kau dalam masalah?”
“Habsitu kenapa tak report?”
Hawa geram. Nak buat baik pun susah.
“Kau cabar aku ke?” Thufail sudah turun dari motosikal.
Dia berdiri dihadapan gadis itu.
“Hawa Qistina!” laungan kasar dari arah belakang buatkan perbualan mereka terhenti.
Tidak sempat Hawa menjawab. Penampar kuat hinggap ke pipi. Semua orang terpana Thufail diam tanpa kata. Seorang lelaki berusia 50an sedang merenung tajam ke arah mereka. Dan gadis itu? Hanya diam memegang pipi sendiri.
“Budak masalah. Apa lagi Hawa nak buat untuk malukan papa? Tak cukup ke nak pertahankan jantan tak guna tu?!” jerkah Datuk Hilal.
“Abang. Jangan macam ni. Bukan salah Hawa,” Datin Maryam menarik lengan suaminya.
“Tak salah apanya? Tak sudah-sudah nak terlibat dengan masalah budak keparat tu! Harini dah hampir nak bunuh orang, lepasni? Tembak anak orang pulak?!” Datuk Hilal sudah mengangkat tangan buat kali kedua.
Laju saja Thufail menarik Hawa supaya sembunyi dibelakangnya. Dia hanya tidak suka dengan tindakan lelaki itu sekarang.
“Kamu siapa? Oh, budak tu. Kamu ok?” soal Datuk Hilal.
Thufail geleng kepala.
“Jangan tanya saya. Tanya anak pakcik yang baru je pakcik tampar tanpa usul periksa.” Thufail berdiri sedikit hampir dengan lelaki itu.
“Anak saya memang suka terlibat dengan masalah yang jantan tu buat. Kamu expect saya nak duduk diam? Memang patut pun dia makan penampar!”
“Tapi tidak dengan malukan dia depan orang ramai.”
Datuk Hilal diam sejenak. Kepalanya mendongak memandang anak muda berani itu. Kepala yang berbalut, ketinggian yang sangat berbeza jauh dari dia. Raut wajah tenang dan kulitnya yang putih kemerahan. Berani, sedikit pun tidak takut dengannya.
Matanya merenung Hawa yang sedang menangis di belakang Thufail. Siapa dia? Lelaki asing yang membela anaknya ini?
“Kamu…”
“Saya ok. Tak ada apa yang serius pun. Kulit kepala koyak sikit je. Yang lain ok, tak ada kecederaan serius. Kalau ada masalah pun, mungkin pakcik boleh settle cara baik dengan anak pakcik. Jangan libatkan saya. Jangan risau, saya takkan report polis. Kita deal sini je. Itu je kan yang pakcik nak dengar? Saya cau dulu, jum Daus!”
Thufail tidak mahu berlama. Ada yang lagi menakutkan sedang menunggu dia di rumah. Enjin motosikal itu dihidupkan pantas. Usai memakai helmet di kepala, mereka sama-sama membonceng pergi. Meninggalkan ‘masalah’ yang baru saja berlaku sekelip mata.
Kepalanya digeleng perlahan. Harap-harap itulah kali terakhir dia terlibat dengan semua tu. Serabut!
Share this novel