BAB 2

Romantic Comedy Series 250

PERUT yang masih memulas dipegang. Hawa menahan rasa sakit. Dia yang baru saja berjalan keluar dari tandas masjid sudah berdiri di tepi dinding. Macam manalah boleh tersalah makan? Sudahlah terpaksa singgah ke masjid semata-mata nak membuang air besar! Malu betul.

Sudah berapa kali agaknya? Solat jemaah Zohor pun sudah tamat. Dia yakin mamanya sudah menunggu di dalam kereta. Kalau bukan sebab perutnya, dia pasti sudah mengikut wanita itu ke dalam.

Perlahan saja kakinya berjalan keluar. Mahu cepat-cepat pergi. Kang nanti ada yang cakap cuma datang untuk ke tandas bukan ke ruangan solat. Sedang dia mencari kasut cantik miliknya, bahu terlanggar seseorang.

“Ops, sorry.” ujarnya sebelum mendongak.

Seorang lelaki tunggi, memakai kopiah besar sehingga menutupi bahagian dahi. Jubah putih bersih yang dipakai bersama kain ridak dibahu buatkan lelaki itu nampak ‘menarik’.

“Dah puas tenung?” tanya lelaki itu, kasar.

Hawa mencebik. Ceh. Baru nak usya lama-lama dah kena tegur. Kedekut. Tahulah handsome!

“Weyh! Kau pijak kasut mahal aku?!” Hawa menolak lelaki itu dengan kasar sehingga terdorong ke belakang.

Thufail menahan sabar. Perempuan mana pulak ni? Selamba je tolak orang?

Dia pandang gadis gempal itu. Sedang menunduk mengusap kasut merah bertumit tinggi yang dipakai. Stiletto.

“Kenapa kau pijak?! Aku beli mahal ni!” ujar Hawa dengan nada marah.

“Dekat rumah Allah ni, jangan nak marah-marah sangat. Yang kau letak dekat sini siapa suruh? Rak kasut ada je kan?” balas Thufail selamba.

Mana abang dia ni?

“Kau ada mata kan? Tengoklah kaki kau pijak ke mana! Kau tak apalah pakai selipar jamban je!” marahnya.

“Selipar jamban ni pun sampai masjid! Kau? Harap tumpang tandas je buat apa?” balas Thufail dengan sinis.

“Kau sedap pijak kasut mahal aku, boleh pulak kau nak ceramah dekat aku? Kau dah lama hidup ke?” Hawa cekak kolar jubah lelaki itu.

“Kau pulak? Dah puas sentuh lelaki macam ni?” Thufail tenung wajah gadis dihadapannya.

Hmm… Not bad.

Merah padam wajah Hawa menahan marah. Dilepas kolar baju lelaki itu dengan penuh rasa geram. Perlahan saja dia cuba memakai kasut merah miliknya kembali tetapi gagal. Tumit kasut itu sudah patah. Siapa pulak yang pijak ni?!

Tidak mungkin lelaki disebelah dia. Lelaki itu hanya berdiri drngan telefon ditangan sewaktu dia keluar tadi. Hanya saja dia menuduh tanpa usul periksa. Mana mungkin selipar jamban tu boleh patahkan stiletto dia.

“Pakai aku punya. Pergi balik. Daripada kau asyik terbongkok-bongkok dari tadi. Kau tak nampak ke lelaki ramai belakang kau?”
Selipar getah itu diletakkan dikaki gadis itu.

Hawa mengetap bibir.

“Kenapa? Tak sudi pakai? Suka hati kaulah. Kau rasa nak pakai, kau pakai. Tak nak, kau lempar je!” tambah Thufail sebelum berjalan masuk ke dalam masjid semula. Mahu mencari abangnya.

Hawa hentak kaki. Laju saja dia menyarung selipar bersaiz besar itu ke kaki. Stiletto merah miliknya juga dibawa bersama. Hawa berjalan selaju mungkin sebelum berjalan masuk ke dalam kereta mewah yang sedang menunggu dirinya di kawasan pakir.

“Lambatnya? Sakit lagi ke perut?”tanya Datin Maryam.

Wajah mencuka anaknya dipandang. Dah kenapa? Dengan kasut dekat tangan.

“Selipar siapa kamu rembat ni? Kasut kamu kenapa?” Datin Maryam sudah risau.

“Ada orang bagi pinjam. Stiletto Hawa patah.” rungutnya sambil melempar kasut itu ke bawah.

Datin Maryam ketawa geli hati.

“Itulah, mama suruh masuk solat. Hawa pergi tandas pulak? Macam-macamlah.”

“Jum balik, mama. Spoiled dah mood Hawa.”

Dia duduk berpeluk tubuh. Sewaktu kereta mereka berhenti disimpang jalan, matanya melihat seseorang. Lelaki tadi bersama dengan beberapa orang jemaah masjid. Sedang duduk di kedai makan di tepi jalan. Nampak mesra dengan lesung pipit disebelah kanan pipi.

“Handsome kan? Anak imam masjid sini tu. Dua beradik. Selalu mama nampak tiap kali singgah masjid sini,” beritahu Datin Maryam tanpa dipinta.

Hawa leka memerhati. Untung sahaja cermin kereta itu gelap, kalau tidak pasti dia akan menghadap bicara ‘pedas’ lelaki itu lagi. Boleh pulak senyum-senyum? Tadi bukan main serius.

“Sejuk hati nampak diorang. Kacak betul. Bapak diorang ada mix. Sekali pandang pun tak jemu kan? Hawa tak nak? Mama boleh pinangkan?” usik mamanya.

“Pandang tak jemu apanya? Annoying adalah!”balasnya kemudian pura-pura tidur.

Selipar getah dikaki di lepas. Terus duduk bersila atas kerusi. Malas dah nak fikir. Baik dia buang je balik nanti!

***

“MINGGU depan kan majlisnya? Tak lambat dah,” Wan Derus bertanya.

“Ya, insha Allah. Jemput semua datang nanti ya.” jawab Umar.

Majlis perkahwinan yang tidak lama lagi hendak berlangsung. Tempoh masa yang buatkan dirinya rasa berdebar.

“Kau bila?” soalnya.

Thufail sengih. Dia hanya membetulkan kopiah di kepala.

“Tunggu adik besar dulu la. Dia pun kecik lagi tu,”balasnya.

“Fateema baru lima tahun kan? Alah, boleh lah tu, cari calon buat majlis sekali!” Wan Derus memberi cadangan.

“Calon apanya? Ustaz Umar kita dah kebas dia punya calon!” mereka ketawa serentak.

Thufail hanya tersenyum kelat. Dia tahu apa maksud mereka. Tangan mengusap bahu abangnya sewaktu melihat air muka lelaki itu berubah. Bukan salah Umar, salah dia. Dah tak ada jodoh, apa dia boleh buat?

“Jodoh diorang, siapalah saya nak lawan takdir Allah?” Thufail senyum lagi.

“Eh, budak tadi tak nak? Yang kau bagi pinjam selipar tu?” tersedak Thufail yang sedang meneguk kopi.

Bila masa pulak diorang nampak?!

“Anak Datuk Hilal tu. Bapaknya pun baik, isteri dia pun rajin ke masjid. Anak bongsu dia kan? Lawa tu!” Bukan main lelaki tua itu memuji.

“Datuk Hilal?” Thufail kerutkan dahi. Siapa pulak?

“Dia salah seorang jemaah yang selalu bagi sedekah dekat masjid kita. Orang baik. Nanti kalau dia datang, abang kenalkan dia.” Umar senyum penuh makna.

“Susah sangat kahwinkan diorang. Thufail pun kerap buat masalah sampai imam pening kepala kan? Eloklah tu! Bagi je anak Datuk Hilal tu! Sama-sama bermasalah!” lelaki itu ketawa mengejek.

“Pakcik nak saya tuang air kopi atas kepala pakcik ke?” Thufail senyum kelat.

“Allah, melawak pun tak boleh aih. Pasaipa adik ustaz ni? Baran semacam. Imam tak macam ni pun!” sampuk seorang jemaah lagi.

“Taklah, adik saya ok je. Cuma janganlah bergurau kasar macam tu. Thufail anak baik, dia tak pernah buat masalah. Abi pun tak pernah cakap apa-apa. Siapa yang buat cerita ni?” soal Umar dengan lembut.

Mereka semua saling berpandangan. Takut dengan renungan tajam Thufail. Anak kedua imam yang sedikit lain. Tidak selembut abangnya. Ya, mereka akui. Salah target nak mengutuk.

“Saya harap semua orang boleh duduk dalam kelompok baik-baik dan bercakap hal yang baik. Tak eloklah baru sudah solat semua, lepastu mengata orang lain pulak. Orang tu pulak ada dekat sini. Tak baik buat orang rasa sakit hati. Ye, pakcik Derus?” tegur Umar dengan lembut.

“Maaf, ustaz. Thufail, pakcik mintak maaf.”

Lelaki itu sekadar mengangguk kepala. Dia tahu baran adiknya bagaimana. Kalau mereka kenal Thufail, dia bukanlah budak jahat. Nakal dia je Allah je tahu. Geli hati pulak kalau ingat macam mana abi dengan umi nak jaga Thufail seorang.

Kena bagi kahwin ni baru ada keinsafan. Omelnya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience