Series
250
“SHOPPING lagi? Stop wasting your time, dear. Daripada asyik habiskan duit, lebih baik duduk rumah fokus study jer.” bebelan dari Datin Maryam kedengaran lembut menegur.
Pintu kereta yang ditutup dari arah luar dipandang sejenak. Hawa menoleh, seperti biasa. Hanya tersengih comel sehingga menampakkan barisan giginya yang putih bersih.
“Bosanlah asyik duduk rumah. Ni keluar sebab papa tak ada. Kalau dia ada? Jangan haraplah Hawa dapat keluar macam ni,” rungutnya sambil memeluk lengan wanita itu.
“Papa pergi kejap je tu. Lusa dah balik. Hawa sendiri tahu kan, kenapa papa kawal Hawa sampai macam ni? Untuk kebaikan Hawa jugak!”
“Tahu, tapi sampai…”
“Sampai Hawa kantoi couple dengan Syed?”
Hawa sengih lagi. Syed Zikri, kekasih hati yang sudah hampir setahun menjadi lelaki pujaan hatinya. Dia tahu, bapanya tidak suka dengan lelaki itu. Apa dia boleh buat? Dah hati berkenan, takkan nak menolak?
“Hawa sayang dia, mama. Papa kenalah faham yang perasaan ni…dia datang sendiri. Mama dengan papa pun bercinta macam ni jugak kan?” tebak Hawa.
“Kitorang lain. Kitorang kahwin family yang jodohkan. Bahagia elok je sampai sekarang.” Datin Maryam senyum manis.
“Sebab tu papa kadang macam terpaksa dengan mama. Tak romantik langsung!” rungutnya.
“Mana Hawa tahu? Hawa tak pernah nampak side romantik dia macam mana,” Datin Maryam geleng perlahan.
Lengan anak gadisnya diusap lembut. Ada saja onar anaknya setiap hari. Harini masih ok. Tunggulah bila suaminya balik, ada saja perkara tak diingini bakal berlaku. Nak cakap kasar, tak jugak. Mungkin dia yang terlalu memanjakan Hawa.
“Mama dah cakap dengan papa ke?” soalnya.
“Yang Hawa nak kahwin dengan Syed?” soal Datin Maryam.
Gadis itu angguk kepala.
“Belum lagi, tak sempat. Nanti papa balik mama tolong bagitau.” ujarnya.
“Kalau papa menolak?”
“Mesti dia ada sebabnya.”
“Sebab bencikan keturunan Syed?”
“Bukan sayang,”
“Dahtu?”
Hawa mencuka. Tidak suka dengan sejarah lama keluarganya dan Syed. Peristiwa lama yang tidak sepatutnya menjadi sebab utama hubungan mereka terhalang.
“Kalau Hawa dengan Syed faham, korang mesti takkan jalin apa-apa hubungan sekarang. Korang kan sepupu?” Datin Maryam masih berlembut.
“Tapi bukan haram pun. Kitorang saling cinta, mama. Salah ke untuk bersama?” nada suara Hawa mengendur.
Datin Maryam senyum hambar. Yang dia risaukan bukan perasaan anaknya tetapi Datuk Hilal. Trauma suaminya belum pulih sepenuhnya jadi kerana itulah dia selalu mengawal anak gadis mereka dengan ketat.
“Doalah, kalau berjodoh korang mesti bersama.” ujarnya.
“Kalau tak berjodoh?” Hawa mencuka.
“Mesti Allah dah sediakan seseorang yang lagi baik untuk anak mama ni. Who knows Allah dah siapkan seorang lelaki bertanggungjawab yang akan jaga Hawa lebih daripada dia jaga diri dia sendiri? Mama selalu doakan yang ada lelaki baik untuk Hawa tau.” Datin Maryam usap pipi tembam anaknya.
“Syed dah cukup baik, mama.” balas Hawa yang masih berdegil dengan keputusan sendiri.
“Kalau dah cukup baik kenapa dia biarkan Hawa dalam ketidakpastian? Seronok ke buat orang menunggu?”
Hawa terdiam. Ada benar kata-kata wanita ini. Syed yang sudah lama mengenal dirinya, malah hubungan mereka sudah mahu ke tahap serius. Tapi… kepastian itu dimana? Benarkah hati lelaki itu untuknya? Atau dia sebenarnya hanya sekadar teman mesra untuk Syed lepaskan kesunyian dalam diri?
“Couple tak semestinya saling cinta. Ada yang terikat sebab keadaan memaksa. Kamu yakin, kamu kekasih dia? Atau… anak mama sebenarnya terikat dengan ikatan yang tak ada kata putus dari dulu?” tebak Datin Maryam lagi.
Hawa senyap. Tidak mampu membalas kata-kata dari wanita itu lagi. Pandangannya dibuang ke luar tingkap. Rintik-rintik hujan sudah turun membasahi bumi. Sampai bila dia harus menunggu?
***
PINTU bilik yang sedikit terbuka ditolak perlahan. Umar pandang bilik tidur yang nampak bersepah itu. Bibirnya mengukir senyum melihat si adik yang sedang nyenyak tidur. Sudah tengahari. Azan Zohor sudah berkumbang kuat dari speaker masjid berdekatan. Adiknya? Masih nyenyak tidur tanpa memakai baju dan hanya berseluar pendek.
“Thufail. Bangun,” badan tegap adiknya digoncang perlahan.
Diam. Langsung tidak ada tindakbalas.
“Adik. Adik… bangun lah. Sampai bila kau nak tidur ni? Dah azan tu, jum bangun pergi masjid?” ujarnya sambil menggoncang badan si adik dengan lebih kuat.
“Kejap lah. Mengantuk ni,” jawab Thufail tanpa membuka mata.
“Bangun lah. Nanti kalau abi tahu, habis kau.”
“Dia takkan tahu kalau kau tak report rutin harian aku dekat dia,”
Umat ketawa perlahan. Masak benar perangai Thufail dengannya.
“Bangun lah. Kata nak ikut abang pergi masjid?” Umar masih lembut mengajak adiknya.
“Kejap lah. Lagi lima minit.” Thufail sudah mengubah posisi tidur.
“Kau balik pukul berapa semalam?” soalnya.
Lelaki itu angkat tangan setinggi yang boleh. Lima pagi. Patutlah abi mengamuk semalam.
“Kenapa diam?” Thufail sudah membuka sebelah mata.
“Takde. Cuma tak tahu nak jawab apa.” ujarnya.
Thufail ketawa. Dia membuka mata sebelum memandang abangnya yang sudah kemas dengan jubah di badan. Serban putih di kepala, janggut sedikit dan kulit putih mulus. Ya, persis bapanya.
“Kenapa pandang abang macam tu?” Umar pegang muka sendiri.
“Muka kau sebijik abi kan? Tapi aku handsome lagi lah!” balasnya dengan bangga.
Umar tergelak. Kepalanya digeleng perlahan sebelum menarik Thufail bangun dari pembaringan. Kalau nak cakap yang dia serupa dengan abi mereka, lihatlah Thufail terlebih dahulu. Wajah kacukan bapa mereka ternyata diwarisi kepadanya.
“Adik abang lagi handsome. Jum, pergi masjid! Kang dia balik, abang kena…kau pun sama!”
“Jangan risau. Abi tak ada, dia keluar dating dengan ummi.”
“Yakin je kau eh? Habsitu kenapa kau tak pergi kerja harini?”
“Aku kena buang semalam.”
“Hah?!”
Thufail senyum senget sebelum bangun dari katil. Tuala dilantai dia capai sebelum menuju ke dalam bilik air. Umar garu kepala. Dia bangun sebelum berjalan ke arah luar. Surat putih yang dia terima awal pagi tadi masih belum dibuka. Patut ke dia bagi pada Thufail?
“Surat apa?” Sergah suara itu dari arah belakang.
“Kau ni, tekejut abang!” Umar urut dada sendiri.
“Surat saman. Pagi tadi posmen hantar.” surat itu bertukar tangan.
“Alah, sikit je ni. Cakap kat abi, nanti aku bayar sendiri semua saman aku. Tak cukup duit, aku mintak kat Paksu!”
“Kau…!”
Thufail sudah ketawa. Lelaki itu selamba berjalan masuk kembali ke dalam bilik dengan tuala yang dililit ke pinggang. Sebenarnya bukan soal saman yang dia risaukan, tapi…
Sepucuk surat yang belum lagi terusik dipandang. Ada sepucuk lagi surat yang belum bertukar tangan. Umar garu tengkuk sendiri. Macam mana dia nak bagitahu adiknya?
Share this novel