"Aik sejak bila kau pergi beli ubat ,kau kata sakit boleh pulak kau pergi beli ubat ".kata Sofea dengan bingung . "Eh bukan aku ,Nas pelajar pindahan baru tu beli dekat aku ,sebelum ni aku dah jumpa dia ,aku pun tak tahu kenapa dia tolong aku ". Kataku .
"Aku rasa kan mamat tu mesti suka kat kau kan ".kata Sofea sambil tersenyum . "Eh kau ni merepek pula hahaha".kataku sambil tertawa. "Mungkin dia suka kat kau ".kata Sofea . "Andai Sofea tahu aku sebenarnya dah kahwin dengan Arfan ".aku bergumam dalam hati .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setelah selesai kelas aku dan Sofea berjalan pergi ke kafe untuk berborak santai di sana ."kau okey ke tak ,sakit lagi ke ?" Tanya Sofea . "Tak de ape lah aku rasa sakit je tadi je kuat sangat ,sekarang okay je ". Jawabku .
"Weh aku bosan lah sekarang ni dah habis kelas ,jom shopping nak tak ,kita beli baju baru nak tak?". Tanya Sofea .Aku melihat kawan aku yang cantik ni memujuk aku untuk pergi shopping lalu aku mengangguk .
"Okay la jom ". Kataku
Di mall.
"Wow banyak boleh cuci mata dekat sini ,baju cantik lah ". Kata Sofea sambil teruja. "Elelele kau ni kan semua baju cantik hahaha". Kataku . "Aisya ,kau pun kena la beli baju cantik cantik ,aku nak tengok bestie aku ni comel tau ,boleh aku kenalkan kat seseorang boleh kau jumpa hehehe". Kata Sofea . Aku menunduk malu tetapi betul juga Sofea berkata ,aku hanya memakai pakaian simple begitulah Arfan tidak menyukai aku kerana pakaian ku yang sangat ringkas.
"Ha kau dah kenyang ke beli baju banyak hahaha".kataku sambil bergurau . "Sekarang ni dah kenyang,tapi perut aku dah berbunyi jom pergi makan Aisya". Kata Sofea . "Ade ade je kau ni ,ha jom ".kataku.
Aku dan Sofea santai di restaurant dalam mall dan aku melihat seorang familiar .Iya Si Arfan berganding tangan dengan girlfriend nya ,aku ingin menangis tetapi aku tahan kerana tidak mahu menunjukkan perasaan ku di depan Sofea.
"Weh kau tengok tu Arfan dengan girlfriend dia ,euww asyik berkepit je perempuan tu belum lagi halal ,kalau halal lagi lah macam anak kucing yang melekat dekat tuan dia ,euww". Kata Sofea. Aku hanya diam dan memperhatikan mereka .
"Assalamualaikum". Aku dan Sofea menoleh dan melihat Nas berdiri sambil tersenyum .
"Waalaikumusalam ". Aku menjawab . "Eh kau pindahan baru tu kan ,ha mari lah duduk dekat sini boleh kita kenal kenal". Kata Sofea sambil tersenyum kearahku ,aku bingung apa yang Sofea mahu buat.
"Well my name is Adam but aku lebih comfortable orang panggil Nas sebab aku dah biasa dari kecik orang panggil aku". Aku teliti melihat wajah Nas yang handsome namun Sofea menyentuhku membuatkan aku sedar dari lamunan. "Well senang bertemu kau ,mungkin kita boleh berkawan ,betul kan Aisya". Kata Sofea.
Sofea dan Nas berbual namun aku melihat Arfan memandang ke arahku dengan tatapan yang tajam . "Alamak aku rasa mesti dia marah aku keluar dengan lelaki tapi ada Sofea ,lagi pun takkan lah dia nak care pasal aku ,dia pun ada girlfriend". Aku bergumam dalam hati .
Namun Arfan dan girlfriendnya Syasa bangun dan pergi dari restaurant . "Auch". Aku melihat mereka bermesra ,aku ingin menangis ."Aisya kau okay ke tak dari tadi lagi kau diam tak bercakap ". Tanya Sofea . Nas dan Sofea melihat aku dengan tatapan risau . "Maaf ,cuma rasa badan tak sihat sikit tapi takpe Aisya ok". Kataku tersenyum.
Setelah Sofea dan Nas pergi meninggalkan aku ,aku menunggu di tempat perhentian bas untuk pulang . Apabila aku menaiki bas ,aku merenung di luar jendela sambil tersenyum walaupun banyak masalah dan hidupku yang tak seberapa ini .
Sampai di rumah Arfan .
"Assalamualaimum Aisya balik ". Kataku . Aku melihat Arfan duduk di atas kerusi sambil memegang ipad dan fokus dengan kerja nya . Sebelum aku menaiki tangga Arfan menegurku .
"So sekarang kau pergi melalak dengan jantan lain pulak ye, siapa jantan tu bagitahu aku ".Arfan berkata dengan dingin . "Dia kawan saya ,saya keluar dengan Sofea dan terserempak dengan dia ,awak pun nampak kan saya dengan Sofea tadi ,kenapa awak nak marah ,saya bukan buat benda buruk ". Kataku dengan berani .
"Aku patut tahu kau buat apa so kau jawab apa yang aku tanya Siapa dia ?" Tanya Arfan ."kan saya dah cakap dia kawan saya kenapa awak tak nak percaya". Kataku dengan yakin . "Kau tak payah nak tipu aku ,kau tak payah nak melalak dengan jantan ,kau tahu apa padah kau nanti ".kata Arfan . "Kenapa awak nak marah saya ,awak keluar dengan girlfriend kesayangan awak boleh pulak ,saya pulak takde hak ke nak keluar dengan kawan kawan saya ,awak tak tahu perasaan sakit nya saya ,awak hanya tahu marah sebab awak benci saya ,puas hati awak kan ".Tanpa aku sedari air mataku telah jatuh mengalir di pipi ,aku memberanikan diri untuk berkata . Aku terus pergi ke bilik aku tanpa menghiraukan kata kata Arfan .
"Aku tak suka kau ,kenapa aku perlu kahwin dengan kau hah!". Kata Arfan terdengar di bawah . Aku menangis sekuat hati kerana sakit mendengar perkataan nya .
Pov Arfan .
"Aku tak suka kau ,kenapa aku perlu kahwin dengan kau hah!". Kata aku .
Namun aku merasa sedikit bersalah kepada Aisya kerana berkata buruk kerana sedang marah . Tanpa aba aba aku pergi mengambil kunci kereta dan pergi dari rumah aku .
Sampai di bar .
Aku melihat kawan aku sedang bermesra dengan perempuan lain ,aku hanya duduk mendiamkan diri dan menjernihkan fikiran aku dari masalah tadi .
"Hey ". Haris menegur aku . "Hey bro"jawab ku . "Kau okay ke tak bro". Aku hanya diam dan tidak mahu menjawab . "Haris". Aku memanggil. " Ye bro ada apa". "Aku nak tanya cerita dia macam ni ada seorang perempuan dan lelaki tu bernikah secara paksaan tetapi lelaki tu sebenarnya ada girlfriend dan perempuan yang kahwin tu keluar dengan lelaki lain walaupun hanya kawan dan lelaki tu marah sebab perempuan tu happy apabila bersama orang lain normal ke ?". Tanya aku .
"Ha ape yang kau merepek ni aku tak paham ,tapi bagi pendapat aku lah bro ,aku rasa lelaki tu dah ada rasa suka dekat perempuan tu walaupun lelaki tu ada girlfriend , okay macam ni lah , kenapa lelaki tu cemburu dengan perempuan tu kalau keluar dengan lelaki lain kata kahwin secara paksaan but perasaan cemburu dah ada terhadap satu sama lain .Aku dah boleh rasa lelaki tu dah ada perasaan dekat dia ,pendapat aku lah ". Jawab Haris.
"Siapa yang nikah ni bro?".tanya Haris.
"Tak lah pekerja aku hari ni ,pikiran dia serabut sekarang sebab dah bergaduh dengan isteri sendiri hahaha". Kataku sambil menggaru kepala .
Tak mungkin aku dah ada perasaan dengan Si Aisya ,aku hanya tak suka tengok dia bersama lelaki lain . Aku tidak menyukai dia ,dia hanya lah seorang yang nerd dan sifat keanakan membuatkan aku membencinya .
Alamak Arfan dah suka ke tu hehehehe
Share this novel