"Kau dah kenapa termenung macam tu".
Aku terkejut dari lamunanku . "Tak ada lah". Kataku.
Setelah Arfan menunjukkan bilik dia ,aku melihat hanya ada satu katil size bed king dan satu sofa di dalam biliknya . "Alamak habislah aku macam mana aku nak tidur dalam ni ,takkan aku nak berkongsi katil dengan Arfan ,mesti Arfan tak suka". Kata aku dalam hati.
"Kau dah kenapa tenung macam tu ,kau ingat aku nak berkongsi katil dengan kau ,memang tak lah".kata Arfan
"I guess i'm going to sleep on sofa".kata aku . "Ok go then". Kata Arfan dengan riak muka dingin. Yea memang hari yang panjang bagi aku .
Aku melihat Arfan tidur dengan lena di atas katil membuatkan hati aku merasa tenang akan kehadirannya . Yes but fact Arfan dan aku dah kahwin sekarang tetapi terdapat perasaan kecewa kerana Arfan membenciku.
"Drt,drt".bunyi telefon Arfan . Aku segera berpura pura tidur pulas di atas sofa .
"Hi syg ". Ha sayang ?kataku dalam hati . Oh lupa dia ada girlfriend . Terasa sesuatu yang tajam tertusuk di dada aku kerana mengingatkan mereka masih lagi in relationship. "Esok ,i jumpa u tau nanti i jemput u kat tempat kita biasa jumpa,ok bye syg i love you so much and take care". Arfan menutup call dan dia kembali tidur.
Tak ku rasa air mata aku sudah banjir kerana sakit . "Dahlah Aisya nangis". ,kataku sendiri .Kenapa aku kena macam ni just why? Tanpa ku sedari aku sudah terlelap dari menangis yang panjang dan memalukan tu .
Aku bangun dari tidur ku lalu mempersiakan diri aku untuk ke kelas dan aku menyiapkan sarapan pagi untuk Arfan dan Ayah.
"Hallo selamat pagi Aisya". Kata Ayah .
"Hi ayah selamat pagi ".jawabku
"Ha di mana Arfan ?". "Dia tengah mandi kut kejap saya panggil dia ".
"Arfan". Aku melihat bilik Arfan kosong dan aku ingin pergi ke dapur semula tanpa sengaja aku tertempuh sesuatu yang keras.
Aduhh" alamak sakitnya . Tanpa sengaja aku melihat badan Arfan tanpa pakaian ,dan dia memakai handuk sahaja membuatkan pipi aku merona merah kerana dari tadi aku melihat badan yang menarik.
Apabila aku sedar ,aku terus melihat ke tempat lain . "Kenapa awak tak pakai baju ya Allah ". Kataku . "Suka hati aku lah nak pakai baju ke tak ,ni bilik aku and satu lagi kau pahal tengok badan aku ,minat ke?". Kata Arfan .
"Tak ada lah ".kataku . "Ayah panggil awak turun makan ,saya dah siapkan sarapan".
Arfan mengangguk .
Aku dan Ayah Arfan sedang makan dan melihat Arfan turun dan terus duduk di meja untuk makan .
"Ayah ,Arfan saya pergi dulu ye kelas Assalamualaikum ". Kataku. "Eh bukan ke tempat kelas kamu satu haluan dengan Syarikat Ayah?". Tanya Ayah . "Ya ayah ". Jawabku . "Lepastu baik Arfan hantarkan kamu dah satu haluan kan ,nanti kamu esok berdua duduk rumah sendiri takkan lah pergi sorang sorang?,Ha Arfan kamu pergi hantar dia ". Kata Ayah ."Eh takpe la Ayah saya boleh je pergi sendiri ,jangan risau lah".
Kataku . "Bukan ke kereta kamu sekarang tengah repair ke?". Tnya Ayah . Aku mengangguk. "Ye Ayah ,tapi takpe saya boleh naik bas je ". "Ha takpe takpe Arfan tolong hantarkan,Arfan kamu dengar ke tak". Ayah bertanya. "Ye baiklah". Kat Arfan .
"Saya pergi dulu Ayah Assalamualaikum". Kataku . Aku menaiki kereta Arfan dengan senyap . Macam biasa aku dan Arfan tak akan bercakap dan mendengar bunyi Radio
berkumandang .
Tiba-tiba Arfan memberhentikan kereta . Eh aku rasa tempat kelas aku dah dekat?aku bingung . "Aku berhenti kat sini kau pergi jalan paham ,aku tak nak orang tahu yang kita ni dah kahwin ". Arfan membunyikan suara . Auch terasa sakit di dadaku ,aku ingin menangis tapi aku tahan . "Baiklah awak ,saya pergi dulu Assalamualaikum ". Jawabku dengan lemah .
"Hi Aisya ,lama tak jumpa kau ". Tegur kawan aku . "Tak lah hahaha ada masalah sikit je". "Kau okay ke tak Aisya?". Tanya Sofea. "Ha takde la aku okay je ". Jawab aku . "Kalau ada masalah bagilah tahu aku ". Kata Sofea . "Em baiklah".
"Aaa penat nya mengantuk aku Pn Adina mengajar ". Kata Sofea. Aku tertawa melihat kawan aku yang lucu ini . "Dah dah jangan nak membebel pulak jom lepak dekat kafe ,aku belanja". Kataku dengan tersenyum . "Kau memang terbaik lah beb".kata Sofea dengan penuh semangat.
"Kau macam mana dengan Arfan okay ke tak ?,aku dengar mak dia dah meninggal ,kesian dekat dia ,so sekarang about kau dengan dia jadi ke kahwin?". Kata Sofea membuatkan aku tersedak semasa minum . "Uhuk ,uhuk ". "Kau okey ke tak Aisya?". Kata Sofea. "Uhm tak de pape pun". Kata aku . "Dah dah minum cepat sorry tau weh ". Kata Sofea . Aku mengangguk .Macam mana kalau Sofea tahu sebenarnya aku dah kahwin dengan Arfan mesti dia terkejut.
Setelah aku dan Sofea lepak di kafe. Sofea telah pulang dengan tunangnya tetapi Sofea mengajak aku untuk pulang sekali namun aku menolaknya kerana tidak mahu menganggu pasangan sejoli itu .Aku berada di tempat menunggu bas untuk pulang."Alamak kenapa bas tak datang lagi ,aku dah mengantuk ". Kataku dalam hati . Tanpa ku sedari ,hujan telah turun dengan laju . "Alamak aku takde payung". Dan tiba tiba aku merasa sesuatu . "Aik kenapa tak basah?" Kataku dengan bingung . Aku melihat seorang lelaki sedang memegang payung dan menghulur payung kepadaku . Aku bingung lalu mengambil payungnya .
"Kenapa kau duduk disini seorang? , ambil payung ni nanti kau demam". Lelaki itu berkata. "Saya tengah tunggu bas tetapi bas tak datang lagi ,nanti awak nak pakai apa ?, ni payung awak ,saya tak apa,saya okay je ". Kataku . "Ambil je la ,aku tak apa yang penting kau tak basah nanti jatuh sakit". Kata lelaki itu . Lelaki itu lalu berlari untuk ke sesuatu tempat . "Nanti tunggu apa nama awak?". Aku bertanya.
"Nas". Lelaki itu jawab dan berlari . Kalau lah Arfan buat macam ni dekat aku ,aku membayangkan kataku dalam hati sambil tersenyum . Tanpa ku sedari bas datang lalu aku menaikinya untuk pulang . Hari ni memang hari yang panjang kataku menghela nafas sambil melihat pemandangan di tepi tingkap .
Hi ,sorry tau kalau jalan cerita bad :( . hope you all suka tau. Thankyou for 2.1k views ,komen if you want for part 7 yeahhh ❤️Thankyou
xxx.
Share this novel