Bab 7

Romance Series 14387

"Nas". Lelaki itu jawab dan berlari . Kalau lah Arfan buat macam ni dekat aku ,aku membayangkan kataku dalam hati sambil tersenyum . Tanpa ku sedari bas datang lalu aku menaikinya untuk pulang . Hari ni memang hari yang panjang kataku menghela nafas sambil melihat pemandangan di tepi tingkap .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di rumah

"Assalamualaikum ayah Aisya dah balik ". Kataku . Tapi tiada Ayah lalu aku menanyakan Puan Arnan iaitu pembantu rumah keluarga Arfan . "Puan Arnan mana ayah ". Tanyaku. "Oh Aisya kamu rupanya ,ingatkan siapa tadi ,Ayah kamu pergi ke office untuk pantau kerja Arfan ". Jawab Puan Arnan . Aku mengangguk paham ketika aku ingin membalik belakang Puan Arnan memanggil aku semula." Aisya ,makcik lupa nak bagitahu kamu ,malam ni kamu dah pindah pergi ke rumah Arfan nanti kamu kemaskan barang kamu ye ,Arfan yang pesan". Kata Puan Arnan.

"Deg"..

Perkataan itu membuatkan aku sedikit berasa takut dan kecewa kerana di usia muda aku sudah berkahwin dengan seorang yang ku cintai namun Arfan sangat membenciku . "Aisya,kamu dengar tak ,kenapa muka kamu pucat kamu demam ke?" Tanya Puan Arnan . "Eh tak hahaha, Aisya rasa penat ,takpe lah Puan Arnan ,saya pergi kemas dulu ye barang".
Puan Arnan menangguk .
. .
. .
. Jam menunjukkan pukul lima iaitu Arfan sedang dalam perjalanan balik ke rumah Ayah untuk mengambil aku ke rumah sendirinya. Perasaan yang berdebar membuatkan aku semakin takut kepada Arfan . Adakah dia melayani aku dengan teruk? Perkataan itu telah membuyar dalam pikiran aku .

Honk,honk". Bunyi kereta Arfan yang sedang tunggu di luar lalu aku segera membawa barangku dan meletakkan di dalam kereta.

"Ayah saya pergi dulu ye Assalamualaikum ". Kataku. "Kamu jaga diri baik baik ye Aisya dan belajar baik baik semoga kamu berjaya". Kata Ayah . "Dan Arfan kamu jaga dia baik baik jangan kamu buat benda bukan bukan ye paham ". Kata Ayah dengan tegas . "Baiklah Ayah". Kata Arfan .

Seperti biasa aku dan Arfan diam dan tidak bercakap sepatah apa pun, hanya kedengaran bunyi radio membuatkan aku merasa akward dengan Arfan . Tanpa sedar mata aku sudah berat dan lalu aku tertidur .

" Bangun pemalas,aku taknak gerak kau dua tiga kali nanti aku tinggal kau dalam kereta ,cepat bangun kita dah sampai". Kata Arfan membuatkan aku terbangun dari tidur ." Kita kat mana sekarang ni ?" Tanyaku . "Kau tengok kat luar ada apa?,rumah kan? So apa lagi cepat turun ". Kata Arfan dingin . Aku hanya diam dan mengeluarkan barangku .

Aku melihat sekililing rumah mewah ini dengan terpesona kerana dipenuhi hiasan yang klasik dan cantik terpapar di rumah Arfan . Tanpa ku sedari Arfan sedang memperhatikan aku tanpa sepatah kata membuatkan muka aku seperti tomato .
"Dah puas tengok rumah ni ". Kata Arfan .
Aku mengangguk ."Rumah awak cantik". kataku sambil tersenyum .

"So bilik kau kat sana ,kau boleh letak barang kau kat dalam tu ,kalau kau perlukan apa apa kau ketuk dulu pintu bilik aku ,jangan masuk suka hati kau paham". Kata Arfan . "And one more if kau masuk dalam bilik kat sana ,kau tahu apa yang jadi paham so ikut arahan aku ". Kata Arfan tanpa menoleh .

Aku masuk ke dalam bilik aku dan merenung
sambil bertanya kepada diri sendiri kenapa tiada orang yang mahu sayangkan aku ,kenapa orang benci kepadaku . Tanpa ku sedari air mata telah jatuh di pipi dan kantung mata aku berat setelah menangis lalu terlelap.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi ,aku bangun dari tidurku dan menyiapkan diri sebelum membuatkan sarapan untuk suami aku .
Setelah menyiapkan diri aku sedang membuatkan sarapan . Aku pergi ke bilik Arfan dan mengetuk pintu supaya dia bangun dari tidur nya . "Arfan bangun awak kerja kan pagi ni ,saya dah buat sarapan untuk awak ,bangun siapkan diri dan turun tau". Kataku . Namun Arfan tidak menjawab seperti biasa tetapi aku tahu yang dia sudah bangun ,kerana dia sangat fokus dan disiplin dengan kerja nya .

Kelihatan Arfan turun dari tangga memandangku sekilas dan tidak duduk di meja makan membuatkan aku bingung lalu bertanya kepadanya . "Arfan kenapa tak makan saya dah buatkan sarapan ". Kataku
"Aku dah lewat aku beli makanan kat kafe je ,aku pergi dulu ". Kata Arfan. "Tapi ,, makan la dulu saya dah siapkan untuk... .Belum lagi habis ku berkata Arfan memotong . "Aku dah cakap aku lewat kau tak paham ke ,kau makan je la !". Arfan berkata dengan keras membuatkan aku terkejut .

Aku menangis kerana Arfan menengkingku dengan suara yang keras . "Dah lah Aisya ,Arfan tak nak makan jangan paksa". Aku bergumam dalam hati . Aku menghabiskan sarapan dengan keseorangan lalu menyiapkan diri ku untuk ke kelas .

Sampai di kelas .
"Assalamualaikum professor maafkan saya lambat ,tadi jalan jem ". " Baik ,kamu boleh duduk di tempat kosong ". Kata professor aku mengangguk . "Kamu semua beri perhatian ,kita ada seorang pelajar pindahan baru ,sila kenalkan diri kamu". Kata professor ,aku tidak melihat kerana tiba tiba perutku sakit dan aku sekarang menahan kesakitan tanpa melihat ke depan . "Hello senang berkenalan dengan kamu semua ,nama saya Nas ,saya pindahan baru di sini ,saya harap kamu semua menerima saya dengan hati terbuka ,terima kasih". Kata seorang pelajar baru .

Tanpa aba -aba aku terus menoleh muka pelajar baru itu kerana familiar dengan suara itu . Ya,sama dengan orang yang aku lihat semalam dan betul nama dia Nas.
"Baiklah Nas kamu boleh duduk di tepi Aisya". Aku menunduk malu kerana terdapat kerusi kosong di tepi ku .

Nas sedang berjalan kearahku untuk duduk. Aku masih lagi memegang perutku yang sakit dan menunduk malu . "Hai ,Aisya senang jumpa dengan kau sekali lagi ". Katanya sambil tersenyum. "Aku menoleh sekilas mukanya dan tersenyum walaupun menahan kesakitan .

Tanpa ku sedari kelas sudah tamat dan aku masih lagi tidak bergerak dari kerusi kerana menahan sakit di dalam perutku . "Aku rasa aku tak salah makan aduhh ". Aku bergumam dalam hati . "Aisya kau okay ke tak ,aku dari tadi tengok kau macam tak senang duduk je".Sofe menegur aku . "Aku pun tak tahu lah tibe je rasa sakit macam ni ,kau boleh tak pergi beli dekat aku air mineral ,aku dahaga boleh tak?". Sofea mengangguk dan pergi membeli untuk ku .

"Nah untuk kau ". Aku menoleh melihat Nas memberi paket ubat untuk aku . "Kenapa awak bagi dekat saya ".tanyaku. "Aku tengok kau ,kau tengah tahan sakit dah dah makan ubat tu ". Kata Nas. "Terima kasih sebab tolong saya". kataku sambil tersenyum . Nas pergi meninggalkan aku seorang dan Sofea datang untuk memberikan aku Air.

"Aik sejak bila kau pergi beli ubat ,kau kata sakit boleh pulak kau pergi beli ubat ".kta Sofea dengan bingung . "Eh bukan aku ,Nas pelajar pindahan baru tu beli dekat aku ,sebelum ni aku dah jumpa dia ,aku pun tak tahu kenapa dia tolong aku ". Kataku .
"Aku rasa kan mamat tu mesti suka kat kau kan ".kata Sofea sambil tersenyum . "Eh kau ni merepek pula hahaha".kataku sambil tertawa. "Mungkin dia suka kat kau ".kata Sofea . "Andai Sofea tahu aku sebenarnya dah kahwin dengan Arfan ".aku bergumam dalam hati .

Hallo my friends sorry tau kalau perkataan tu terbelit HAHAHAHA thankyou supporting me .much love ❤️

xxx.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience