mengakhiri pembulian.

Fantasy Series 1851

dahlia melihat zara sedang mengemas buku.dahlia memasuki bilik zara dan duduk di atas katil bilik zara.

"zara tengah buat apa tu?"soal dahlia.
zara tersenyum mendengar pertanyaan dahlia.

"zara tengah ikut jadual untuk ke sekolah esok hari" jawab zara.

"sekolah tu apa zara?"soal dahlia lagi
"sekolah tu.tempat menuntut ilmu.dekat situ nanti di ajar matapelajaran seperti bahasa melayu,bahasa english,matamatik, sains dan banyak lagi matapelajaran yang lain." terang zara panjang lebar.

"ouh macam tu.boleh tak dahlia nak pergi sekolah?" pinta dahlia.

"tak bolehlah dahlia.sebab dahlia bukan manusia.hanya manusia sahaja yang boleh pergi sekolah" beritahu zara.

"alah tapi dahlia nak berada dekat dengan zara dahlia tak mahu zara kena buli lagi" luah dahlia dia sangat bimbangkan zara.

zara bangun dan duduk di sebelah dahlia.zara memeluk bahu dahlia.

"tak apa.dahlia janganlah risau ok.zara dah biasa lah hadap benda-benda ni.dahlia jaga rumah ya masa ketiadaan zara."pinta zara.

dahlia hanya mengangukkan kepalanya.

"good girl.oklah zara dah mengantuk lah jom tidur" ajak zara.

"okey"balas dahlia dan mereka pun tidur bersama pada malam itu.

pagi esoknya zara sudah bersiap sedia untuk ke sekolah.

"okeylah zara pergi sekolah dulu ya.baik2 di rumah" pesan zara.

"baik"balas dahlia.

zara pergi ke sekolah dengan senang hatinya. dahlia merasakan juga betapa senangnya hati zara dan dia juga tumpang gembira.

zara pun masuk ke kelas seperti biasa .sekumpulan pelajar perempuan memerhatikan zara dalam keadaan gembira.

"wei.korang tengok minah tu gembira sungguh"beritahu yati .

"ha ah la.semalam bukan kita dah buli dia kaw kaw punya?"sambut suara yana pula.

"aku rasa tak cukup kaw lagi ni.tak apa masa rehat nanti kita heret dia dekat belakang sekolah.nanti aku suruh pengawas yang lain jaga dekat tempat lain."beritahu ika pula yang merupakan ketua pengawas.

"ok set," jawab mereka beramai-ramai menghamburkan ketawa mereka.

waktu rehat mereka semua mengheret zara ke bangunan di belakang sekolah. zara sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku pada dirinya.mesti mereka semua mahu membulinya.degupan jantung zara terasa laju kerana merasa takut yang amat sangat.

mereka sudah tertawa melihat ketakutan yang terpancar di wajah zara.kemudian yati menarik tudung yang di pakai zara hingga menampakkan rambutnya.

sementara yang lain telah membaling telur dan air ke arahnya.

zara hanya mampu menangis ketika itu.

dahlia merasakan kompenenya berbunyi dan kompenen itu memancarkan perasaan takut dan sedih.dahlia pasti zara sedang di buli sekarang.

dahlia mencari lokasi zara berada.melalui image yang terpancar di matanya dan dia menemukan zara sedang di buli di belakang bangunan sekolah.

tanpa membung masa dahlia bergerak sepantas kilat ke sekolah zara.

kumpulan pelajar perempuan itu berasa seronok dapat membuli zara.

ketika yati ingin membaling telur lagi ke arah zara.dahlia sudah berada di depannya dan membaling telur itu tepat mengenai mukanya

semua pelajar perempuan tersebut terkejut dengan kehadiran dahlia yang secara tiba-tiba itu.

"kau siapa hah?"herdik yati marah benar apabila di baling telur.

"ouh tahu marah.macam tu lah perasaan zara masa korang semua buli dia" herdik dahlia pula.

"ahh aku peduli apa. sekarang kau pulak yang akan aku belasah" jerit yati dia ingin menyerang dahlia tetapi dahlia pantas menepis dan memusing tangan yati hingga dia terjerit di buatnya.kemudian dahlia mencampakkan yati ke tanah.

dia memandang pula kumpulan murid perempuan itu yang mulai menikus oleh kerana dia dapat merasakan kesakitan zara.dahlia pun tanpa belas kasihan membelasah mereka semua hingga zara datang untuk menghentikannya.

"dahlah dahlia jangan pukul mereka lagi" halang zara.

dahlia pun berhenti membelasah mereka semua setelah di halang zara.

"ingat ni.kalau korang berani gangu zara lagi aku akan hantar rakaman ni ke pengetua" ugut dahlia mengeluarkan sejenis alat yang merakam perbuatan mereka.zara juga ada memasang alat rakaman pada dirinya dan dahlia jadi jika sesuatu pekara buruk terjadi antara mereka.mereka akan mengetahuinya dengan melihat rakaman itu.

kumpulan gadis itu merasa kecut perut dan merayu-rayu meminta maaf kepada zara dan dahlia mereka semua berjanji tidak akan pernah menggangu zara lagi.

zara dan dahlia saling berpandangan kemudian mereka senyum sesama sendiri.akhirnya zara tidak akan di buli lagi selagi dahlia ada di sisi zara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience