Dahlia dan zara menjadi sahabat.

Fantasy Series 1851

zara membawa dahlia buat pertama kalinya ke taman permainan di situ banyak kanak-kanak dan ibu bapa yang menemani anak2 mereka bermain.

dahlia berasa seronok berjalan jalan di taman dengan zara.sebentar sahaja dia sudah mampu menyesuaikan kehidupannya di bumi.

zara membawa dahlia berjalan ke tempat senaman.tiba-tiba sekumpulan lelaki mendekati mereka berdua.

"hai cik adik.buat apa dekat sini nak abang temankan tak?" tanya seorang lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek kepada dahlia.kawan -kawannya yang lain sudah tersengih-sengih.

dahlia mendepangkan tangannya.
"jangan gangu kawan saya" kata dahlia.dahlia ketika itu menyangka mereka semua mahu mengangu zara.

terburai ketawa mereka mendengarkan kata-kata dahlia.

"eh cik adik. bila masa kitaorang nak kacau kawan awak yang buruk tu. kitaorang cuma nak kacau awak yang comel ni je" kata lelaki itu lagi sambil tertawa.
zara merasa sedih apabila dirinya di hina oleh lelaki-lelaki itu.

tiba-tiba kompenen perasaan dahlia yang bersatu dengan zara berbunyi.zara menciptakan komponen itu di letakkan di dirinya dan dahlia supaya mereka mempunyai perasaan yang sama.

Dahlia dapat merasakan perasaan zara yang sakit dan terhina apabila di ejek kumpulan lelaki itu.

tanpa terduga dahlia membelasah dan menumbuk semua lelaki2 yang telah menghina zara.semua lelaki itu tewas dan berada dalam kesakitan setelah di belasah oleh dahlia.

" dahlia.janganlah "kata zara menarik tangan dahlia dari memukul mereka lagi.

"saya tak nak diorang ejek awak." kata dahlia kemudian dahlia memandang kumpulan lelaki itu dengan pandangan yang tajam. semua lelaki itu sudah menikus tidak berani memandang dahlia.walaupun dahlia bertubuh kecil tetapi kekuatannya sangat luar biasa.

"dengar ni sekali lagi kalau kau ejek kawan aku lagi teruk aku buat dari yang ni" kata dahlia memberikan amaran.

lelaki2 itu tidak berani mahu bersuara.mereka hanya mendiamkan diri malulah sebab badan besar2 dan sado dari dahlia tetapi dapat di tumpaskan secara berjemaah pula dengan dahlia yang bertubuh kecil.

zara dan dahlia pergi dari situ.
" dahlia janganlah macam tu.teruk saya tengok diorang" kata zara.

"siapa suruh ejek2 awak memang kenalah dengan saya,mulai sekarang saya akan melindungi awak dari mereka2 yang nak sakitkan awak" kata dahlia.

" tapi janganlah"belum sempat zara ingin berkata lagi dahlia cepat-cepat menutup mulutnya.

"dengar ni.hati awak adalah hati saya juga.saya hanya mahu lihat awak gembira okey" kata dahlia kemudian memeluk bahu zara.

zara tersenyum.

" terima kasih,"ucap zara.

" sama-sama"kata dahlia ceria dan mereka pun pulang ke rumah.

zara berasa gembira mempunyai kawan yang baik seperti dahlia.

kompenen dahlia berbunyi mengambarkan perasaan gembira.dahlia tersenyum dan mereka pun berjalan bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience