Terkenal.

Fantasy Series 1851

keesokkan paginya rumah zara sudah di serbu oleh orang ramai dan wartawan yang mencari dahlia.

rupanya dahlia sudah viral di laman sosial tentang kejayaanya menyelamatkan kesemua mangsa kemalangan.

ibu bapa zara sudah pening melayan kerenah orang yang datang mencari dahlia.

"kenapa ni ibu?"soal zara yang bersama dengan dahlia.

orang ramai yang berada di situ menjerit histeria apabila ternampak dahlia. mereka menyerbu dahlia.

mereka berpusu-pusu ingin bergambar dengan dahlia.

zara cepat-cepat memeluk belakang dahlia.

"cepat dahlia. kita kena keluar dari sini"arah zara.

"baik zara" kata dahlia kemudian dahlia melompat tinggi dan melompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain dengan mendukung zara yang berada di belakangnya.
semua orang yang berada di situ tidak lepaskan peluang merakam aksi dahlia yang sangat luar biasa itu

dahlia lompat ke atas bumbung yang tinggi dan menurunkan zara dari dukungannya.

mereka duduk di atas bumbung itu.
"zara.boleh saya tahu kenapa dengan mereka semua tu?" soal dahlia.

zara tersenyum mendengar pertanyaan dari dahlia.

"sebenarnya awak dah jadi terkenal tau" beritahu zara.

"hah? terkenal? maksud awak?"soal dahlia pelik.

"dahlia.zaman ni orang suka meviralkan sesuatu isu yang menarik.hari tu kan awak ada menolong mangsa kebakaran jadi aksi awak menyelamat itu telah di rakam dan di poskan di dalam internet.jadi sekarang awak sudah terkenal la" beritahu dahlia panjang lebar.
"macam itu sahaja ke boleh jadi terkena?" soal dahlia.
zara hanya mengangukkan kepalanya.
"saya tak mahu jadi terkenal.saya ikhlas menolong orang dalam kesusahan." beritahu dahlia.

"saya tahu awak ikhlas menolong tapi dalam masa yang sama juga awak akan dapat benda ni" beritahu zara.

tiba-tiba telinga dahlia dapat menangkap sesuatu yang asing.

"kenapa dahlia?"tanya zara apabila melihat sesuatu yang tidak kena kepada dahlia.

dahlia memandang zara.

"telinga saya.ada bunyi seperti bunyi bom" beritahu dahlia.

zara terkejut mendengar kata-kata dahlia.

"kalau bunyi bom.bom itu mesti ada berdekatan dengan kita.saya sudah memasukkan satu alat pada diri awak supaya awak dapat mengesan sesuatu yang berbahaya"beritahu zara.

"jadi di manakah saya nak mencari bom itu zara?"tanya dahlia.

"mata awak.mata awak boleh mengesannya.seperti mana awak mengesan diri saya ketika saya di buli" terang zara.

"baiklah.saya akan mengesannya" kata dahlia kemudian dia mengaktifkan sistem gps dalam matanya supaya dapat mencari bom yang tersembunyi itu.

dahlia sudah dapat mengesannya.bom itu berada di dalam bonet kereta seseorang.

"zara saya dah dapat mengesannya" beritahu dahlia.

"bagus. selamatkan orang itu secepat mungkin.saya akan tunggu di sini" arah zara.

"baiklah zara. saya akan selamatkan mereka." kata dahlia kemudian dia menuruni bumbung rumah itu dan mula mencari kereta yang di dalamnya ada bom.


"pakcik. lambat lagi ke kita ke istana?"soal tengku nadzhan kepada pemandu peribadinya.

" dalam satu jam sahaja lagi tengku" beritahu pemandunya.

"baiklah" balas tengku nadzhan.

"tengku kalau tidak keberatan boleh ke tidak pakcik bertanya mengapa tengku tidak mahu perjalanan tengku di iringi oleh polis2 di raja.

tengku nadzhan tersenyum mendengarkan pertanyaan pemandunya.

"sebenarnya pakcik.saya tidak suka selalu di dampingi banyak orang lagipun menyusahkan juga kepada pemandu lain jika polis mengikuti kenderaan saya." beritahu nadzhan.

"ouh begitu baiklah pakcik faham sekarang" kata pemandu peribadinya.

tiba-tiba tengku nadzhan dan pemandunya terkejut melihat dahlia yang datang entah dari mana melompat menuju ke keretanya kemudian memecahkan pintunya dan menarik keluar dirinya serta pemandu peribadinya dari dalam kereta kemudian dahlia melompat keluar dan bom itu meledak sebaik sahaja mereka semua keluar dari dalam kereta.

Tengku nadzhan berasa begitu terkejut dengan apa yang berlaku di depan matanya.

orang ramai yang berada di situ tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kejadian yang berlaku.

selepas semuanya terselamat.dahlia ingin pergi meninggalkan mereka tetapi tengku nadzhan pantas memegang tangan dahlia.dahlia memalingkan wajahnya kepada tengku nadzhan berdegup kencang jantung tengku nadzhan melihat kecantikan wajah dahlia.

"siapa nama saudari?" tanya tengku nadzhan.

"dahlia" beritahu dahlia kemudian dahlia menarik tangannya dari pegangan tengku nadzhan dan melompat untuk segera beredar dari situ.

"terima kasih dahlia" ucap tengku nadzhan sendirian sambil tersenyum.

"tengku, tengku tidak apa-apa?" soal pemandunya bimbang sesuatu yang buruk terjadi kepada tengku nadzhan.

tengku nadzhan tersenyum kepada pemandunya.

saya okey sahaja.jomlah kita pulang ke istana" beritahu nadzhan.

"baik tengku" jawab pemandu peribadinya. dan mereka pulang dengan menaiki teksi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience