menyelamat.

Fantasy Series 1851

zara dan dahlia pergi berjalan-jalan untuk melihat kawasan sekeliling.zara kasihan juga membiarkan dahlia duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa pasti dirinya bosan.
zara melihat sepanjang mereka berjalan-jalan banyak mata-mata yang melihat mereka selalu bila zara berjalan sendirian tiada pula mata yang melihat.zara yakin pasti kecomelan wajah dahlia menarik perhatian mereka.
"bestnya dapat keluar macam ni terima kasih ya zara sebab ajak saya jalan-jalan" ucap dahlia.

"sama-sama. jomlah kita jalan lagi dekat kawasan sana tu" kata zara menunjuk pada satu kawasan.

"okey jom" balas dahlia kemudian mereka berjalan lagi menuju kawasan yang di tunjukkan zara.

tiba-tiba tanpa terduga mereka melihat kepulan asap tebal tidak jauh dari tempat mereka berada.

"dahlia rasanya ada kebakaran jom kita ke sana" beritahu zara.

"baik zara.naik la belakang saya" arah dahlia.dahlia mendukung zara dan dengan kekuatan luar biasanya mereka sampai di situ sepantas kilat.

ketika di sana mereka melihat api yang semakin marak dan terlihat beberapa orang terperangkap dalam kebakaran itu.

"dahlia.kasihan saya melihat mereka.tolong selamatkan mereka dahlia" pinta zara air matanya mengalir melihat ada anak-anak kecil meminta pertolongan tetapi orang-orang di sana tidak dapat berbuat apa-apa kerana api yang semakin membesar.

"baik zara.saya akan tolong mereka"kata dahlia dan tanpa membuang masa dahlia memanjat bangunan itu dan menyelamatkan satu persatu orang-orang yang berada di situ.

mangsa -mangsa kebakaran itu pergi kepada dahlia apabila melihat dia sudah berjaya menyelamatkan dua orang budak .

zara yang berada di bawah tidak berhenti-henti berdoa moga dahlia dan mangsa2 kebakaran itu terselamat.

orang ramai mula mengeluarkan telefon pintar masing-masing dan merakam aksi menyelamat dahlia.mereka berasa kagum dengan dahlia yang sangat berani merempuh api yang sangat marak.

setelah beberapa jam.akhirnya ke semua mangsa kebakaran itu dapat di selamatkan oleh dahlia.

ketika wartawan datang untuk menemu ramah dahlia.zara cepat-cepat mengajak dahlia pergi dari situ.

"Terima kasih ya dahlia sebab selamatkan mereka semua" ucap zara.

dahlia tersenyum mendengar ucapan zara.

"sama-sama zara.untuk awak saya sanggup lakukan apa sahaja"balas dahlia mereka pun kembali berjalan-jalan seperti biasa setelah menyelamatkan mangsa-mangsa kebakaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience