B1 MUNCUL

Romance Completed 69204

Adirah menekup mulutnya saat dia sedang menguap. Hampir 4 jam dia duduk di pejabat tanpa keluar rehat dan minum sebentar.

"Adirah dahlah, kau dah penat sangat tu. Jom ah keluar makan kejap" ajak Andrian sambil merenung jari Adirah yang tidak henti menaip naip di komputer. Lepas kena bagi warning oleh pengurus tadi terus dia jadi seperti itu.

"Haih" Adirah lepaskan keluhan di depan Andrian. Dia pun mahu berhenti kalau boleh tapi pengurus tadi minta kerja itu siap hari ini. Kalau tidak rehat pun belum tentu kerja itu akan siap.

"Okay sorry" Andrian mengetap bibir. Kalau dah mengeluh tu mesti kejap lagi Adirah mengamuk.

"Kopi, teh, milo, susu?!"

"Milo!" Jawab Adirah laju sambil menjeling Andrian di sebelah. Paksa sangat orang order sesuatu dengan dia! Tak boleh ke biarkan dia sendiri kejap.

"Haish kau ni!" Jerit Adirah kecil lalu dia halakan sikunya ke muka Andrian tapi tidak kena sekadar mahu takutkan lelaki itu saja.

Andrian merupakan teman sekerjanya namun lebih kenal sebagai kawan biasa Adirah sejak universiti lagi tapi mula rapat sebagai rakan baik bila mereka ditempatkan satu syarikat yang sama. Sudah hampir 2 tahun setengah dia kerja di situ, setelah dia ditinggalkan seseorang yang dia cinta

"Okay bos!" Andrian terus beredar sebaik sahaja Adirah sudah menjawab soalannya tadi. Siap bersiul-siul saat lalu di sebelah meja Fatin. Fatin iaitu gadis yang menjadi rebutan di tempat kerja.

'dring!' Adirah mencapai telefon di sebelah mouse komputer. Nama Shasha terpapar di skrin telefon Adirah. Shasha iaitu sahabat perempuannya yang gila-gila dari zaman universiti dulu sehingga kini.

Panggilan itu disambut tanpa meletakkan telefon di telinga. Dia kuatkan volume telefon sementara tangan masih bekerja keras untuk menyiapkan tugasan yang diberikan tadi.

'Dirah?'

"Em apa?"

'free ke?'

"Eh taklah mahal" sindir Adirah laju. Tahu sudah dia tidak online di telefon tadi, sudah sah sah lah dia sibuk. Kalau Shasha ada disitu, mahu disiku oleh Adirah nanti biar bengkak mukanya.

"Kau nak apa lagi? Aku tengah sibuk ni" ujar Adirah dengan nada geram. Mesti ada saja si Shasha ni nak pesan.

Tapi itu lebih baik daripada adik perempuan dan lelakinya yang menelefon. Dia lebih rela kalau Shasha yang telefon.

'hihi yeke?'

"Kau nak apa? Cepat sikit sebelum aku letak fon ni"

'malam aku tumpang rumah kau boleh?'

"Eh eh kau ni, keluarga aku adalah"

'alah weh, aku nak lari dekat mana ni?'

"Asal? Bergaduh dengan mak kau lagi ke?" Soal Adirah dengan nada yang sinis. Sudah biasa sangat kalau Shasha minta tumpang rumah dia mesti sebab dia bergaduh dengan ahli keluarganya ketika itu.

'taklah, abang aku pula kali ni' balas dengan dengan menyampah.

"Em okay, tidurlah rumah aku. Ayah aku kerja shif malam harini. Tapi mak dengan adik aku yang lain ada tau" balas Adirah namun matanya masih fokus di depan komputer. Telinga mendengar, tangan bekerja. Itulah rutinnya.

"Tapi aku balik lambat sikitlah. Nanti jemput aku kat tempat kerja" pinta Adirah

'seriuslah? Weh thank you. Kau memang kawan dunia akhirat aku weh' balas Shasha dengan penuh gembira.

'jangan risau, nanti aku ambik kau kat tempat biasa. Jumpa malam weh. Kau memang kawan yang berguna dalam hidup aku' puji dia tidak henti-henti namun tidak mampu mengubah reaksi muka Adirah yang masih fokus dengan kerja.

"Em okay bye" balas Adirah mahu tidak mahu. Betul-betul tengah sibuk ni sampai dia tiada masa nak berborak lama. Panggilan dimatikan oleh Shasha sendiri.

Lagi sekali Adirah mengeluh. Sakit tulang belakangnya sekarang betul-betul tidak boleh dibawa bincang lagi. Rasa nak tercabut saja rasanya.

'Kau masih tak lupakan dia? Seriuslah weh. Entah-entah si Daim tu dah bahagia hidup dengan UK tu tau. Kau janganlah nampak beria sangat. Moveon jela' tangan Adirah berhenti menaip. Ayat Raidah dua hari lepas asyik menghantui fikiran dia.

"Aku? Tak lupakan dia? Tolonglah ye" bebel Adirah sendiri kemudian dia menggeleng kepala tiba-tiba. Dia cuma cakap yang dia teringat pada Daim, tidak bermaksud dia teringat pada Daim kan?

"You come to me, then you go after almost having me"

"You said you loved me, but you left while on our happy day"

"I hope you're happy, no matter who the person is. I'm sure she's the person you love the most. I hope you're happy even if she's not me"

Adirah mengeleng kepala. Dia berhenti dari bernyanyi. Lagu itu betul-betul kena dengan kisah hidupnya.

"Arh kau ingat aku harap sangat ke kau bahagia, moga kau tak bahagia Daim!" Jerit Adirah kecil sambil menghentak meja tapi tidak terlalu kuat.

Cuma di lirik terakhir dia tidak mengharapkan Daim bahagia. Pedulilah apa yang jadi. Dia tidak mahu Daim bahagia selagi dia tidak jumpa pengganti.

-

Selesai menyarungkan pakaian ke tubuh, Daim bergerak ke tempat dia cas telefon yang dia tinggalkan saat membersihkan diri tadi.

Sebentar lagi penerbangan dia ke Malaysia. Dia perlu sampai di airport pada jam 12 tengah hari waktu London di sini. Penerbangan dari sini ke Malaysia mengambil masa selama 17 jam 15 minit dengan 2 kali perhentian.

Sekarang baru jam 10 pagi. Dia rancang nak gerak 10.30 pagi. Ada lagi masa 30 minit. Kapalnya mula terbang pula pada jam 2.20 petang lalu sampai ke Malaysia selepas 17 jam pula pada jam 2.25 petang.

Daim masukkan sim kad nombor Malaysia ke telefonnya. Niat dia nak telefon Irfan. Untuk dia ingatkan Irfan lagi sekali untuk menjemput dia di Airport Kuala Lumpur nanti.

Nombor telefon Irfan didail. Daim letakkan telefon di atas meja kemudian dia kuatkan volume sementara menunggu Irfan mengangkat telefon. Daim mengambil beg bagasi yang dia sudah siap kemas semalam kemudian dia letak di atas katil

'Hello?' Irfan bersuara kemudian dia menguap kuat.

"Kau dah bangun ke?" Soal Daim sambil menyarungkan jaket tebal ke tubuhnya. Cermin mata hitam tidak lupa di pakai.

'aku tengah tidurlah siot. Jam 5 pagi call aku ni dah kenapa?' marah Irfan namun Daim tetap santai tersenyum di situ. Itulah masalahnya, bila telefon Irfan pasti ada saja tak kena sebab perbezaan negara.

"Saja nak ingatkan kau, jangan lupa ambik aku nanti. Nanti dah sampai aku bagitau kau"

'ish ye aku ingatlah. Dahlah aku nak sambung tidur. Bye' Irfan meletak telefon serta merta. Marah sangat tidurnya diganggu.

Daim tersenyum senget. Kasut bot di pasang ke kakinya. Sebelum 30 minit, rasanya dia perlu luangkan masa sebentar di bandar London. Manalah tahu nanti dia rindu suasana di sini.

'Maafkan i, i terpaksa putuskan hubungan kita tanpa alasan. U memang tiada salah, cuma i ragu-ragu' Daim terdiam melihat dirinya di cermin. Kata-kata terakhir dia ucap pada Adirah. Lagi sekali dia tersenyum senget, pasti Adirah bencikan dia sekarang

"Selfish ke aku ni?" Daim tertanya sendiri, wajah dia ramas perlahan sebelum dia menggeleng kepala. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mudah terpedaya dengan kata orang lain sampaikan dia sanggup buat keputusan untuk tinggalkan Adirah

Namun dia tidak lupa semua kenangan manis bersama Adirah. Dari awal dia kenal hinggalah gadis itu berjaya menambat hatinya.

-

Shasha melambai tangan saat Adirah telah keluar dari bangunan tempat dia bekerja. Dia tahu Adirah sedang mencari di mana tempat dia parking.

Adirah berlari sambil membalas lambaian Shasha dari jauh. Tiba-tiba ada seorang lelaki lalu di depan dia saat dia hendak masuk ke dalam perut kereta Shasha.

Adirah menjeling tajam, biadap betul. Macamlah tiada jalan lain sampai nak lalu di tengah tengah antara Adirah dan pintu kereta Shasha itu. Lelaki itu menoleh ke belakang bila dia sedar ada seseorang sedang memerhati dia.

Lelaki itu dekati Adirah, dia berhenti di jarak satu meter dari Adirah. Adirah dengan berani meninggikan kepala.

"Memang dah takde adab ke? Lalu depan orang macam tu?" Soal Adirah kemudian dia pandang lelaki itu dari atas ke bawah.

"Maaf, saya tak nampak Cik terlalu kecil tadi" balas lelaki itu selamba hingga Adirah naik benggang di depan. Wahh wahh sudah salah sekarang siap menyindir pula.

"Excuse me?"

"Macam ni ke cara nak minta maaf?" Soal Adirah sambil tersenyum senget.

"Maafkan saya cik. Saya dah lambat, nanti kalau kita terserempak lagi. Kita bincang hal ni balik ye?" Balas lelaki itu sambil menepuk bahu Adirah sebanyak dua kali sebelum dia berlari ke depan.

Dengan penuh marah Adirah buka pintu kereta Shasha dengan kasar kemudian dia hempas pintu kereta dengan kuat. Shasha tersenyum kelat. Mulalah mood si Adirah ni tidak elok.

"Aku gerak sekarang eh" kata Shasha sebelum dia hidupkan enjin kereta dan beredar pergi dari kawasan itu.

Shasha menoleh ke sebelah, dia pandang muka Adirah yang letih.

"Penat ke?"

"Eh tak lah, seronok je" sindir Adirah sambil tersenyum lebar seperti tiada apa yang berlaku. Teruk juga dia dimarah oleh manager tadi kerana ada customer telefon pejabat tapi dia tidak terangkat kerana terlalu sibuk.

Shasha tersenyum kelat. Menyesal pula dia tanya. Dah tau setiap hari pun Adirah letih bila balik dari kerja. Orang kata kerja duduk dekat tempat aircond pun penat ke? Hakikatnya mereka tidak tahu bahawa semua pekerjaan itu penat.

Adirah mengeluh kecil di sebelah. Nak cari duit, nak hidup senang ni memang hati kena kental dan kuat. Kadangkala terpaksa tinggalkan masa cuti untuk kerja.

Walaupun tiada tanggungan dia masih saja nak kumpul duit. Ayah juga ada kerja sendiri. Sejak Adirah tamat Degree dan mula mencari pekerjaan, ibu dan ayah tidak lagi memberikan wang saku. Sebaliknya Adirah sendiri yang memberikan separuh gajinya pada ibu dan ayah untuk lunaskan semua hutang mereka

Ayah banyak berhutang demi lunaskan permintaan Adik perempuan Khalisa untuk sambung belajar di sekolah swasta. Adik lelakinya Khalish sering meminta wang untuk lepas bersama kawan kawannya namun ibu dan ayah tidak pernah marah.

Kadangkala dia terpaksa turuti permintaan Khalish sewaktu dia minta wang. Kalau tidak ibu akan memandangnya sebagai anak yang berkira.

"Sha"

"Em?"

"Jom singgah mana-mana kedai makan jap" ajak Adirah manakala Shasha disebelah sudah tersenyum lebar. Dari tadi dia tunggu ayat itu keluar daripada mulut Adirah. Kalau Adirah sudah letih macam ni, sudah sah sah dia tidak masak dan Shasha pun kebulur.

"Okay let's go!" Balas gadis itu kemudian dia buat pusingan U. Dia berhenti di sebuah restoran yang terletak di tepi jalan. Gerai biasa-biasa aje tapi selalunya makanan di situ sedap-sedap berbanding dengan kedai mewah.

Serentak kedua mereka keluar daripada perut kereta. Shasha berlari ke dalam untuk mendapatkan tempat duduk yang kosong untuk dia dan Adirah makan.

Seorang pelayan datang ke arah mereka untuk mengambil pesanan

"Sup tulang, sayur kailan goreng ikan bilis, air sirap limau dengan nasi putih" minta Adirah laju. Perut pun sudah kosong ni. Tadi dia cuma ambil sarapan dan minum milo pada waktu petang. Sebab itulah lapar.

Pelayan itu menulis permintaan Adirah ke buku notanya yang kecil di tangan

"Bagi saya mihun sup daging lembu nak pedas, air pula air teh ais" pesan Shasha pula. Memang kalau datang restoren mesti mihun sup je dia pesan, maklumlah kalau orang masak sedap sikit berbanding dirinya sendiri.

"Nak ajak Andrian tak?" Soal Shasha kemudian Adirah mengangguk iya. Nanti kalau tidak ajak, merajuk pula lelaki tu. Kata orang lupa kawanlah apalah.

Shasha keluarkan telefon. Nombor telefon Andrian didail. Selang beberapa saat Andrian menerima panggilannya.

'ah pahal?'

"Datang ah sini, lepak makan dengan kitaorang" ajak Shasha

'lepak ek? Send location weh' balas Andrian tanpa basa basi.

"Okay letaklah dulu, aku hantar location kat whatsapp" balas Shasha sebelum dia letakkan telefon. Dia kirim location kepada Andrian seperti yang dia janjikan tadi.

Shasha pandang wajah Adirah yang muram. Dari tadi tidak senyum, susah pula hati dia lihat Adirah seperti itu.

"Dirah"

"Em?" Balas Adirah dengan mata yang lapu.

"Kau okay ke?"

"Okay je, cuma penat sikit" balas Adirah kemudian dia paksa diri untuk tersenyum. Banyak ragam manusia yang dihadapi hari ini sampai dia malas nak senyum dan bercakap banyak.

"Aku ada kenal sorang laki ni. Kau nak ta-"

"Dah dah, kau jangan suruh dia dating dengan aku eh. Aku dah taknak benda yang sama terulang lagi" potong Adirah laju hingga Shasha tidak sempat bercakap. Apa tidaknya mereka beria betul nak carikan Adirah pasangan begitu juga Andrian.

Adirah cuma kata dia terfikir nak cari pengganti dan cuba untuk buka hati untuk orang baru tapi Shasha dan Andrian yang beria tolong carikan lelaki untuk Adirah temujanji berdua.

Bukan itu saja, lelaki yang mereka pilih semua tidak kena dengan citarasa Adirah.

Shasha mencebik bibir. Kalau iya pun bagilah dia bercakap dulu! 

"Kau ni memilih betulkan?"

"Mana ada, cuma dorang tak kena dengan citarasa aku. Itu je" balas Adirah sambil mengangkat bahu sebanyak dua kali. Dia buang pandangan ke luar kedai. Terfikir juga macam manalah rupa jodohnya nanti.

"Yela tu" balas Shasha sambil menyilang tangan ke dada. Masih tidak puas hati dengan Adirah ni sebab suka-suka potong masa dia sedang bercakap. Orang carikan dia pasangan ni pun untuk kebaikan dia. Dia apa tahu! Nak jual mahal je!

Andrian datang setelah beberapa minit, dia mengambil tempat di sebelah Shasha. Saat itu juga makanan kedua gadis itu sampai.

"Bang pesan bang" panggil Andrian pada salah satu pelayan lelaki di situ.

"Nasi goreng USA satu, dengan air Coca-Cola" pesan Andrian lalu dia pandang Adirah yang sedang menjamah makanan itu

"Kau tau ke Dirah?"

"Tau apa?" Soal Adirah semula. Tiba-tiba je tanya tanpa soalan yang bernas. Apa cerita si Andrian ni. Adirah sambung makan sementara menunggu Andrian membalas

"Yang Daim dah ada dekat sini" kata Andrian hingga sudu yang ada di tangan Adirah tadi terjatuh ke pinggan nasi putih. Shasha turut terkejut.

"Huh?"

"Daim baru sampai dekat sini sejam yang lalu. Aku nampak post Irfan kat status whatsapp tadi" jelas Andrian supaya Adirah tidak bertanya lagi dari siapa, bila masa dan dari mana.

Adirah terdiam di depan. Makanan sudah tidak dipandang lagi.

"Kau rasa sebab kenapa dia balik sini?" Soal Andrian yang turut tertanya kenapa Daim pulang ke sini semula. Shasha tersenyum kelat bila wajah Adirah sudah hampir roboh di depan. Andrian pun tidak pandai nak jaga mulut.

"Macam mana kalau dia terjumpa kau nanti?" Soal Andrian tiba-tiba Shasha menyiku pinggangnya dengan kuat. Andrian merintih kecil sebelum dia pandang Shasha di sebelah.

Adirah menundukkan kepalanya ke bawah. Hari yang dia tunggu-tunggu, setelah lamanya Daim menghilangkan diri sekarang dia ada berdekatan. Tapi kenapa dia pulang? Apa tujuan dia? Dan kenapa dia terbang ke London dulu.

Bila sudah terjumpa Daim, dia ingin tanya semua soalan yang terpendam selama ini. Dia mahu jawapan dan dia perlukan jawapan supaya dia tidak membenci Daim hanya kerana Daim tinggalkan dia. Pasti ada sebab.

Adirah mahu jawapan dari mulut Daim sendiri bukannya dari mulut keluarga Daim. Dia sangat tahu bahawa ibu Daim tidak menyukai dia dari awal, sebab itu bila Adirah bertanya pada ibu Daim. Ibu Daim akan memberikan jawapan yang negatif.

"Pahal kau ni?"

"Sakit tau tak?"

"Kau jaga mulut kau tu boleh tak! Ey macam longkang betul!" Jerit Shasha perlahan supaya Adirah tidak mendengar kata-katanya tadi.

Andrian mengetap bibir. Dia tidak tahu pula yang Adirah akan ambil hati bila bertanya seperti itu.

"Eh tunggu apa lagi. Jomlah makan" Shasha bersuara riang di sebelah, sudu Adirah yang jatuh tadi diletak ke tangan Adirah semula. Adirah makan tanpa suara. Kenapa dia kembali?

"Lain kali jaga mulut kau tu, haish lelaki ni kan" bisik Shasha pada Andrian di sebelah, nak juga dia bagi penampar berturut turut pada Andrian biar dia reti nak jaga mulut lepas ni.

"Ala sorrylah,aku tak sengaja lah" balas Andrian sambil memonyok bibir bawah ke depan. Shasha pun sikit-sikit nak marah, tadi dia dimarah Adirah sekarang Shasha pula

"Haish" serentak Shasha dan Andrian memandang Adirah yang mengeluh kasar itu. Tiba-tiba Adirah menghentak meja kuat, nasib saja mihun sup Shasha tidak tertumpah.

"Pahal laki tak guna tu nak datang lagi, stay jela kat London tu. Takde siapa pun nak tengok dia kat sini. Menyampah lagi adalah. Hak puih" carut Adirah yang kembali menunjukkan reaksi menyampah.

Tadi muka bukan main kecewa sekarang berubah pula moodnya selepas beberapa minit. Andrian tersenyum senget, dia dah agak mesti Adirah marah. Lepas saja sedih mesti mood gila-gilanya datang

"Kau okay ke?" Soal Shasha sambil tersenyum kelat, dia ketap bibir bila Adirah tersenyum sinis di depan. Kaki dia naikkan ke atas kerusi hingga mata Shasha membulat.

"Em apa kata karaoke malam ni?" Ajak Adirah manakala Andrian di depan sudah mengangguk laju. Jarang-jarang Adirah yang ajak pergi karaoke, selalunya dipaksa pasti dia tolak.

"Boleh boleh! berapa jam! Dekat mana! Dan lagu apa!" Kata Shasha yang turut tidak sabar sabar.

"3 jam! Karaoke plaza! Lagu rock!!!!" Balas Adirah dan Andrian serentak. Pengunjung yang makan di situ sampai berubah muka bila meja Adirah terlampau bising. Dorang tidak mengerti betapa seronoknya ada sahabat yang boleh masuk air bersama.

Adirah melihat skrin telefon. Nombor yang tidak dikenali masuk di telefon

"Jap eh" kata Adirah lalu dia bergerak ke tepi untuk menjawab panggilan telefon itu.

'Assalamualaikum' Adirah tersentak. Telefon di tangan hampir terjatuh dari pegangannya saat suara itu yang keluar.

"Wa-alaikumsalam" balas Adirah tergagap-gagap. Bibirnya bergetar hingga kedua tangannya sekali.

'kau tau Daim dah pulang kan?'

"Say-saya tak tau"

'eloklah so jangan pandai-pandai nak jumpa dia atau text dia' pesan wanita itu kemudian Adirah mengangguk angguk kepala sendiri walaupun dia tahu wanita di telefon itu tidak akan nampak.

Telefon dimatikan sendiri oleh Adirah. Kakinya bergetar hingga tidak kuat untuk berdiri dengan stabil. Dari mana dia dapat nombor telefon Adirah? Kali terakhir dia berhubung dengan wanita itu adalah 2 tahun yang lepas.

Shasha menarik lengan kemudian dia bawa Adirah duduk di meja makan semula. Shasha dan Andrian saling berpandangan. Ada apa dengan air muka Adirah itu? Kenapa dia nampak seperti tidak tenang setelah menerima panggilan itu?

"Dirah kau okay ke?"

"Entah aku rasa masalah 2 tahun tu muncul balik Sha" kata Adirah hingga bibirnya bergetar-getar ketakutan.

Andrian hairan di depan. Dia tidak seberapa nak tahu apa masalah Adirah sebab dia baru rapat dengan Adirah 2 tahun yang lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience