B2 BAYANG

Romance Completed 69591

"Hanya akuu! Dan dirimu! Yang akan merasai cinta!" Adirah menutup kedua telinganya bila sampai saja giliran Shasha yang bernyanyi. Suara gadis itu bukan saja sumbang malah nyaring sampai boleh memecahkan gegendang telinganya.

Andrian bersorak gembira, sempat dia buat satu rakaman video saat Shasha sedang bernyanyi. Mesti ada akal dia nak kenakan Shasha nanti, lepastu bergaduh sampai tidak bertegur tapi bila dipujuk dengan makanan pandai juga si Shasha maafkan dia

"Sha! Ada orang telefon ni!" Jerit Adirah lalu dia bangun bersama telefon Shasha.

"Huh? Apa dia!?"

"Telefon kau bunyi pekak oi! Ada orang telefon!" Jerit Adirah lagi sekali lalu dia hulurkan telefon pada Shasha. Shasha perlahankan volume lagi sebelum dia sambut telefon dari tangan Adirah.

Mic diberikan kepada Andrian manakala dia terus keluar daripada bilik karaoke untuk menyambut panggilan yang masuk.

"Hello?"

'kau balik boleh tak? Jangan nak buat hal'

"Eh kau sapa nak arah aku balik, suka hati akulah nak pergi mana pun. Aku bukannya budak kecil" tengking Shasha kemudian nafas yang dihembusnya semakin laju.

Apa tidak marahnya, dari tadi sibuk nak telefon. Macam dia tu budak yang baru lahir, sedangkan umur dia sudah 26 tahun. Sebaya dengan Adirah dan Andrian.

'ibu sakitlah bodoh! Kau faham tak!' jerit abangnya tinggi hingga Shasha tergamam. Sakit? Sakit apa? Padahal sebelum ini sihat saja.

"Sakit apa? Jangan nak bergurau boleh tak? Sha takde masa nak layan gurauan abang tau" ujar Shasha kasar.

Dia lari pun kerana abangnya iaitu Zahid, sikap Zahid terlampau keterlaluan bila dia sesuka hati menyuruh Shasha berhenti kerja atas alasan kerana bekas kekasihnya akan bekerja di situ sedangkan Shasha sudah bertahun-tahun kerja di situ. Kenapa tidak suruh saja perempuan itu yang berhenti kerja.

Dan apa masalahnya jika dia bekerja dengan bekas kekasih abang dia atas company yang sama? Boleh bawa mati ke? Atau abang dia yang sakit hati setiap kali jemput Shasha pulang dia akan terserempak bekas kekasihnya berasmara dengan orang baru.

'aku seriuslah Sha! Kau ingat pasal sakit ibu ni aku nak main-main ke! Kau rasa lucu ke kalau aku guna penyakit sebagai alasan!?' jerit Zahid semula hingga Shasha tersentak.

Telefon dia letak sebelum dia masuk ke dalam bilik karaoke semula. Beg tangan dan blazer diambil.

"Asal ni Sha?"

"Aku kena balik, ibu aku sakit" balas Shasha sambil menyarung blazer ke tubuhnya. Tali beg digantung di bahu.

"Sorry Dirah, aku tak jadi tumpang rumah kau. Aku kena cepat"

"Enjoylah korang, aku pergi dulu bye"

"Hati-hati memandu Shasha jangan terlalu banyak berfikir" pesan Adirah kemudian Shasha mengangguk. Adirah tahu yang Shasha sedang cemas, dari muka saja sudah tahu.

"Kalau nak fikir pun boleh juga" celah Andrian, tanpa menunggu lama terus Adirah tolak kepala Andrian dari belakang. Itu pengajarannya bila tidak pandai jaga mulut.

"Awh sorrylah" Andrian mencebik bibir sambil mengusap tengkuk leher. Adirah tolak sampai lehernya rasa nak tercabut.

"Dah jom balik, hantar aku weh" minta Adirah lalu dia libas beg silangnya ke muka Andrian dengan selamba. Dah minta tolong sekarang nak main kasar pula.

Andrian ternganga mulut bila Adirah selamba tinggalkan dia sendiri di bilik karaoke. Andrian capai beg sebelum dia berlari mengekori Adirah keluar daripada bangunan plaza itu.

Adirah mengaru kepala, Andrian cuma ada satu helmet motor saja. Habistu dia nak pakai apa sekarang?

"Weh takde lebih ke?"

"Ala bukan polis nampak pun, kalau nampak nanti kita cabutlah" balas lelaki itu dengan penuh spontan.

"Cepatlah naik, ke kau nak jalan kaki sendiri"

"Ah ye jap aku ikut!" Cepat-cepat Adirah duduk di belakang Andrian

"Kau jangan nak berani peluk aku eh, pegang je punggung motor aku tu" pesan Andrian terlebih dahulu. Kalau Adirah teman wanita dia barulah dia benarkan Adirah peluk.

Tidak pasal-pasal kalau perempuan cun nampak Adirah peluk belakang Andrian mereka akan sangka yang Andrian sudah berpunya.

"Ish tak de sapa pun nak peluk kau, buang jela angan angan kau tu jauh dari bumi. Bumi pun meluat dengar tau" sindir Adirah selamba kemudian dia pegang punggung motor sebagai keselamatan.

"Kalau aku mati jatuh nanti, aku nak kau bayar dengan nyawa kau" ugut Adirah, beg diletak di bakul motor.

"Ye ye nanti aku ganti dengan 99 sen" sindir Andrian sambil tersenyum jahat.

"Wah haha kau nak cakap aku murah ke ni!?"

"Mana ada! Memfitnah tu lebih besar dosanya dari membunuh tau! Jangan main-main" jerit Andrian supaya Adirah dapat dengar ayatnya. Iyalah kalau dah bawa motor memang sukar nak dengar kerana angin.

"Pandailah kau nak main dosa pula sekarang!" Jerit Adirah tepat-tepat di telinga Andrian yang tertutup dengan helmet itu. Kalau bagi Andrian, dia masih tidak berapa nak dengar suara Adirah.

Andrian berhenti di lampu isyarat merah.

"Weh aku rasa getah rambut aku longgar lah"

"Aik"

"Aku guna getah rambut belacan tadi hihi" Adirah tersenyum kelat. Sebentar lagi pasti putus tali di rambutnya sekarang. Andrian mengeleng geleng kepala. Macam-macam betul gelagat si Adirah ni.

Ada ke patut dia minta getah rambut lebih pada Andrian petang tadi. Dia ingat Andrian tu pakai getah rambut ke.

-

"Kau nak balik rumah aku dulu ke atau kau balik family kau?" Soal Irfan lalu dia berhentikan kereta saat tiba di lampu isyarat merah iaitu tanda berhenti.

Daim berhenti bermain telefon demi untuk membalas soalan Irfan tadi.

"Aku tumpang rumah kau dulu weh, aku rasa malas nak jumpa ibu aku" balas Daim sebelum dia keluarkan satu pucuk rokok lalu dia letak di tepi bibirnya.

"Seriuslah? Ibu kau tak tanya ke nanti? Tak pasal-pasal aku pula yang kena serang"

"Arh jangan risaulah, nanti aku bagilah alasan apa yang patut" balas Daim dengan malas. Pemetik api dinyalakan di hujung batang rokok manakala satu tangannya lagi menekan butang untuk membuka tingkap kereta.

Irfan mengeleng kepala. Perangai Daim masih tidak ubah seperti dulu. Langsung tidak boleh berpisah dengan rokoknya.

"Kau nak?" Tawar Daim lalu dia hulurkan satu batang rokok kepada Irfan. Irfan tanpa basa basi terus mengambil rokok itu

"Rokok london ke ni?"

"Haah" balas Daim lalu dia tolong petikkan api di hujung rokok Irfan setelah itu barulah Irfan letak di mulutnya. Kedua-dua tingkap kereta di bahagian depan di buka.

"Weh, kalau aku kawin nantikan. Kau rasa bakal isteri aku lawa tak?" Daim terdiam bila terdengar perbualan seseorang yang sedang berada di sisi kereta Irfan dapat didengarnya.

Daim sekadar mencuri-curi dengar tanpa menoleh ke sebelah. Nanti kang orang kata dia usha pula. Itu yang dia malas.

"Ofcourselah cantik, kau kan hensem. Tak percayalah aku kalau kau tak pilih rupa" balas seorang gadis kemudian lelaki itu ketawa kecil. Sempat juga mereka berborak sementara menunggu lampu isyarat berubah.

"Kalau kaulah, contoh okay. Dekat mata kau, aku hensem tak? Anggap je macam kita ni tak pernah kenal atau rapat" kata lelaki itu namun gadis itu diam seketika.

"Mestilah aku pilih kau. Kau tau tak, first aku kenal kau. Aku nampak kau hensem doh, tapi bila dah kenal lama ni macam hantulah pula" sindir gadis itu hingga Daim turut terketawa bila gadis itu ketawa.

"Weh weh"

"Merah, kuning, hijau, go!"

'Merah, kuning, hijau, go!' Daim tergamam. Dia seolah-olah kenal ayat dan suara itu. Sama seperti Adirah.

Daim menoleh ke sebelah. Mata dia membulat besar bila Adirah bersama dengan seorang lelaki di atas motor. Jadi apa yang dia dengar tadi adalah Adirah, kenapa dia tidak menyedari.

Daim terpegun bila getah rambut Adirah terlepas dari rambut. Rambut dia berkibar ke belakang hingga menampakkan kulit lehernya yang putih.

"Dirah.." sebut Daim perlahan, gadis itu tersenyum lebar saat memeluk tubuh lelaki itu dari belakang manakala lelaki itu ketawa terbahak-bahak sebelum motor mereka meluncur pergi daripada situ.

Daim menoleh ke arah Irfan, bahu lelaki itu ditepuk kemudian dia menuding jari ke arah motor yang Adirah naik bersama seorang lelaki itu

"Asal asal?"

"Ikut motor tu cepat!" Arah Daim, tanpa banyak soal terus Irfan mengikuti motor yang Daim maksudkan tadi.

Irfan berhentikan keretanya berdekatan dengan kawasan motor itu berhenti. Motor itu berhenti di sebuah rumah teras sederhana manakala Irfan berhentikan kereta di kawasan yang sedikit tersembunyi.

Daim keluar dari perut kereta. Mata dia terus memerhati Adirah dan lelaki itu, kenapa mereka begitu akrab? Siapa lelaki itu. Teman lelaki Adirah ke?

Jelas muka Adirah terlihat ceria bila bercakap dengan lelaki itu.

Daim mengenggam tangan kuat. Baru kena tinggal terus ada pasangan lain?

"Tak salahlah kenapa aku rasa ragu-ragu nak kawin dengan kau Dirah.." kata Daim sendiri. Saat Adirah pandang ke arah dia, cepat-cepat dia menoleh ke belakang lalu dia masuk ke dalam kereta semula

Selang 2 minit itu terus lelaki itu pergi dari situ. Mungkinkah rumah itu tempat tinggal Adirah yang baru? Setahu dia, Adirah tidak pernah tinggal di sini.

"Asal weh?" Soal Irfan bila dia hairan melihat perubahan muka Diam yang mendadak itu.

Adirah masih berdiri di depan pagar rumahnya sambil melihat ke arah kereta Irfan. Irfan mengecilkan mata namun tidak lama itu dia terbuka mulut dengan luas lalu dia pandang Daim di sebelah.

"Adirah? Itu Adirah ke!?" Soal Irfan yang turut terkejut. Dia tidak menyedari bahawa motor yang Daim suruh kejar tadi adalah Adirah. Malah dia sendiri saja sudah lupa dengan wajah Adirah.

"Dah geraklah" arah Daim namun matanya masih melekat pada Adirah. Begitu juga Adirah tapi dia tahu Adirah tidak dapat melihat dia dengan jelas kerana gadis itu rabun jauh.

Adirah berkerut dahi melihat kereta merah yang baru pergi daripada situ. Dia tersedar bahawa ada orang yang sedang perhatikan dia dari jauh tapi dia tidak yakin sama ada orang itu perhatikan dia atau tidak.

Adirah masuk ke rumah, jam di dinding sudah menunjukkan 9 malam. Sampai saja di bilik, pintu dikunci dari dalam lalu langsir dan tingkap bilik turut di tutup. Segala pakaian ditanggalkan kemudian Adirah lilit tubuhnya dengan tuala mandi yang bersih.

Adirah duduk di birai katil, dia pandang dirinya sendiri dari cermin dinding. Teruk sangat ke dia? Sampai ditinggalkan tanpa belas kasihan.

'Daim dah ada dekat sini'

'Kau rasa sebab kenapa dia balik sini'

'Macam mana kalau dia terjumpa kau nanti?' kata-kata Andrian tadi benar-benar menghantui fikiran Adirah.

'eloklah so jangan pandai-pandai nak jumpa dia atau text dia' begitu juga amaran dari wanita itu. Jantung Adirah berdebar kencang lagi sekali saat mengingatkan suara wanita itu.

Dia pusing bagaimana hendak berdepan dengan Daim dan dia tidak tahu bagaimana cara takdir pertemukan mereka berdua nanti. Kalau boleh dia tidak mahu bersua muka dengan Daim.

Yang berlalu biarlah berlalu, jika mereka terjumpa. Itu hanya akan menimbulkan rasa benci pada hati Adirah. Dia tidak dapat maafkan perbuatan Daim sehingga Daim memberikan jawapan yang kukuh dan sesuai dengan situasi.

Adirah hempas tubuhnya ke atas katil, tuala dipegang agar tidak terbuka. Adirah baring mengiring lalu dia pejam mata rapat

'maaf Dirah, i tak boleh nak teruskan perkahwinan kita'

"Takguna" carut Adirah perlahan, kalau Daim ada di sini. Dia mahu jerit pada Daim dan dia akan beritahu semua apa yang dia rasa selepas ditinggalkan oleh Daim dulu. Dia mahu Daim tahu semua itu. Kerana dia tidak mahu menderita sendiri.

-

Daim tarik nafas dalam-dalam sebelum dia terima panggilan dari ibunya. Telefon diletak di tepi telinga

'Daim kat mana ni? Tak balik lagi ke? Maya dah lama tunggu ni Daim' ujar ibu di telefon manakala Daim mengajuk ayat ibunya semula tapi tidak mengeluarkan apa-apa suara.

'Daim dengar tak ibu cakap apa ni?'

"Ye Bu Daim dengar"

"Daim dekat rumah Irfan, ngam ngam pula hujan petir kat sini tu yang Daim rehat dekat rumah Irfan. Esok pagi Daim baliklah. Jangan risau"

"Lagi satu"

"Suruh je si Maya tu balik dulu, Daim tak suruh pun dia datang"

'memanglah Daim tak suruh tapi ibu yang panggil, ingatkan Daim nak datang terus harini. Tu yang ibu call'

"Hm yela bu, ikut ibulah nak buat apa tapi jangan pula dia menangis kalau Daim taknak layan dia" balas Daim sambil menukar rancangan televisyen dengan remote.

Nak tengok bola tapi dia tidak tahu di chanel yang mana satu.

'tengok tu, Maya tu lama tunggu Daim dari Daim dekat London lagi. Buatlah hati dia gembira Daim'

'bawa dia makan ke'

"Taknaklah, buat apa nak ajak dia makan kalau Daim boleh je makan kat rumah" balas lelaki itu yang tidak henti mengelak dari rancangan ibu untuk jodohkan dia dengan Maya.

'Daim suka buat ibu kecewa kan?'

"Ah ye bu, bila Uncle Razak nak call Daim? Katanya dia nak Daim bekerja di bawah syarikat dia" Daim cepat-cepat menukar topik cerita. Kalau tidak tukar mesti ibu akan cerita yang dia kecewalah apalah.

'esoklah tu dia telefon, tunggu aje'

'Daim memang nak kerja bawah uncle Razak ke? Tak nak ke tolong syarikat ayah?'

"Bukan tak nak tolong bu, Daim malas benda yang lepas terulang lagi. Daim dah besar, takkan nak bergaduh dengan ayah pasal kerja sikit tu je kot" kata Daim kemudian dia mengeluh perlahan.

Asal dia yang tolong uruskan syarikat ayah, pasti ada saja masalah timbul. Seolah dia pula yang punca perkara itu terjadi.

'hm yela, ibu faham tapi janganlah buat Maya tertunggu. Daim janji balik esok ye nak, ibu masak makanan kegemaran Daim esok' tawar ibu berserta dengan janji. Salah satu taktik untuk tarik perhatian Daim.

"Okay bu.." balas Daim perlahan. Mengalah ajelah kalau bercakap dengan ibu ni, sebab kalau lawan pun kau takkan menang punya.

Baru saja Daim mahu meletak telefon tiba-tiba panggilan dari Uncle Razak masuk di telefonnya. Daim duduk semula di sofa ruang tamu sementara Irfan sudah masuk ke bilik tengah bergayut dengan teman wanitanya.

"Hello Uncle" sapa Daim tanpa menunggu Uncle Razak bersuara terlebih dahulu.

'ni Uncle nak bincang pasal Syarikat Uncle, Daim nak tak kerja sini?'

"Boleh je lagipun Daim malas nak cari kerja jauh-jauh, dekat-dekat pun boleh" balas Daim sambil merenung jarinya sendiri. Jari dimana ada cincin pernah disarungkan di jari itu

'syukurlah kalau Daim setuju, bolehlah berkenalan dengan orang yang lama dekat sini' ujar Uncle namun Daim tidak mengerti. Siapa orang lama?

"Siapa?"

'tiada apalah, Uncle saja je'

"Ohh"

'kalau Daim dah bersedia, esok Daim dah boleh turun kerja. Tapi kalau Daim letih lagi, bila-bila masa aje Daim boleh turun tapi inform dengan Uncle dulu ye'

"Ah ye Uncle, jangan lupa send location office, tak pasal-pasal Daim sesat pula nanti. Daim ni dah lupa selok belok dekat bandar" jelas Daim lalu Uncle iyakan saja

'Btw Daim macam mana sekarang? Sihat? Okay?' soal Uncle namun Daim diam dengan soalan itu. Daim tersenyum kecil kemudian dia mengangguk sendiri walaupun dia tahu tiada siapa akan nampak.

"Daim okay dan Daim tak menyesal dengan apa yang Daim buat" balas Daim sambil tersenyum senang. Langsung tidak muncul rasa bersalah pada Adirah malah dia lebih tidak senang hati bila Adirah sudah menjumpai penggantinya.

Bukan cemburu tapi iri. Sedangkan diri dia saja belum temui pengganti kenapa Adirah boleh lepasi dia.

-

Daim mendepa tangan bila sampai di depan pintu rumah keluarganya. Bersiap sedia untuk menerima pelukan dari ibu.

"Daim anak ibu" ibu berlari gembira. Tubuh Daim dipeluknya erat. Daim tersenyum lebar, bahu ibu ditepuk tepuk perlahan sebelum dia lepaskan pelukan.

"Hai abang Daim" sapa Maya dengan memakai apron. Mungkin saja dia baru selesai memasak di dapur. Senyuman Daim terus memudar. Apa pula perempuan itu buat di sini. Siap berabang dengan dia.

"Harini Maya ada masak sesuatu untuk abang Daim, jomlah makan sekali" tawar Maya sambil tersenyum malu. Rambut dia tolak ke tepi telinga

Daim tersenyum sindir. Dia fikir cantik ke? Atau dia ingat yang Daim akan mudah jatuh cinta

"I want to eat spaghetti" minta Daim dengan ekspresi yang tenang sedangkan Maya sudah penat lelah masakkan dia tadi. Senyuman ibu berubah kelat saat airmuka Maya berubah sedih dengan jawapan Daim.

"Daim, makanlah apa yang Maya masak. Penat tau Maya masak untuk Daim" pujuk ibu namun Daim mengeleng tidak mahu.

"Daim nak spaghetti" mintanya lagi sekali dengan lebih tegas. Dah kalau dia tidak mahu. Takkan nak paksa pula. Satu senyuman sinis diberikan kepada Maya sebelum dia hampiri ke meja makan.

Penutup saji makanan dibuka lalu dia lempar ke tepi dinding. Maya dan ibu yang melihat tindakan Daim itu terkejut di depan. Daim ambil sudu untuk rasa setiap lauk yang dimasak oleh Maya tadi.

Sup tomyam dihirup lalu dia muntah ke singki.

"Apa kau masak ni?"

"You want to kill me Maya? cook salty food like this?" Tengking Daim dengan nada yang tinggi. Maya terangkat bahu lalu dia tundukkan kepala ke bawah.

"Daim!"

"Daim bosanla bu, ibu pun tau kan yang Daim tak berminat dengan perempuan ni. Nak bawak dia ke sini lagi buat apa?" Bahas Daim yang mula bersikap biadap itu. Maya di situ terus berlari keluar sambil menangis teresak esak selepas dihina oleh Daim

"Masak pun masin ada hati nak jadi isteri Daim. Silap hari bulan nanti Daim darah tinggi sebab masakan dia" sindir dia tinggi sebab dia tahu yang Maya tidak jauh dari situ

"Daim Daniyal!" Jerit ibu kuat. Daim balas dengan jelingan lalu dia menapak untuk tinggalkan ibunya sendiri. Dia masuk ke bilik lamanya.

Pintu dikunci, tingkap bilik pula di buka untuk bagi cahaya matahari masuk ke biliknya. Daim buat muka menyampah bila nampak Maya dijemput oleh lelaki lain di depan rumah. Biliknya pula tepat-tepat menghadap depan halaman rumah.

Tingkap bilik ditutup untuk elak daripada pandangan yang menjijikkan itu. Daim bergerak ke cermin meja. Dia terdiam saat melihat dirinya sendiri di kaca cermin.

Daim termenung jauh. Di fikiran dia sekarang asyik terbayang wajah Adirah tempoh hari. Gadis itu berubah banyak, wajahnya nampak lebih dewasa berbanding dua tahun lepas. Cepat juga dia membesar.

Kalau difikir balik sekarang umur Adirah sudah 25 tahun, dia pula 26 tahun. Yang merupakan senior Adirah ketika di zaman universiti dulu. Mereka kenal pun dari zaman universiti.

Masa bertunang pun Adirah belum habis Degree. Mungkin sekarang dia sudah lepas. Siapalah tahu, Adirah bukannya gadis yang mudah mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience