B3 LUQMAN SABRI

Romance Completed 69204

Adirah bergegas menekan butang lift saat lift hampir tertutup. Dia bergegas masuk ke dalam lift setelah pintu lift itu terbuka, masuk saja ke dalam dia tekan pula butang untuk ke tingkat 2.

"Aduh" Adirah mengeluh perlahan bila makin ramai manusia yang masuk ke dalam lift. Penuh beginilah yang buat dia sesak.

Dia bergerak ke belakang sekali, daripada bersentuh sentuhan dengan orang lain dia lebih rela dipandang seolah-olah sudah ghaib di situ kerana ketinggiannya yang rendah. Ditambah pula pekerja di situ semuanya tinggi tinggi belaka.

"Selamat pagi Tuan Razak" tegur seorang lelaki pada Encik Razak. Encik Razak yang lebih dikenali sebagai pemilik syarikat itu

Adirah sekadar mencuri-curi perbualan mereka. Hampir 2 tahun bekerja di situ, dia tidak pernah berbual rancak dengan pekerja lain mahupun Encik Razak sekali. Dia hanya bercakap bila disoal sahaja.

"Sebelah ni sapa?" Soal Ziyad sambil menghulurkan tangan ke arah lelaki yang berada di sebelah Encik Ziyad itu.

Lelaki itu buat tidak endah, cepat-cepat Ziyad turunkan tangan bila sambutannya tidak dipeduli. Niat dia nak bersapa mesra tapi lelaki itu sombong

"Oh kenalkan dia anak kepada abang sulung saya. Nanti dah sampai office saya akan kenalkan dia lebih detail"

Adirah buat muka bila tangan Encik Ziyad tidak disambut oleh lelaki itu, sebab itulah dia tidak berborak dengan rakan sekerja kerana bimbang dipulau. Yang Adirah nampak tubuh belakang lelaki itu yang memakai pakaian kot lengkap. Pekerja baru ke?

"Maaflah Encik Ziyad ye, anak saudara saya ni memang orang yang jenis tak banyak cakap. Dia terbiasa dengan negara barat" jelas Encik Razak sambil tersenyum kelat manakala lelaki itu masih beriak seperti tiada apa yang salah.

"Takpela Tuan Razak saya faham" balas Ziyad kesal. Adirah di belakang buat tidak tahu saja. Bukannya dia nampak sebab lelaki yang berdiri di depannya sekarang tinggi mengalahkan tiang jalan raya.

'ting' beberapa orang di dalam lift keluar termasuk Adirah sendiri namun Tuan Razak dan anak saudaranya masih di situ. Mungkin hendak ke tingkat 4 dahulu, sebab tingkat 2 dikhaskan untuk pekerja biasa sahaja.

"Morning Dirah" sapa Andrian kemudian dia tunjuk jari peace ke arah Adirah namun Adirah buat tidak tahu. Dah biasa sangat Andrian jadi lelaki yang tersakiti di situ.

Andrian hampiri Adirah di meja pejabat Adirah. Komputer kerja di hidupkan sementara itu dia kemas mejanya yang agak serabut. Kehadiran Andrian lagi sekali tidak diendah

"Weh layanlah aku"

"Kau nak apa?"

"Kau nak tau something tak?" Soal Andrian dengan reaksi yang tidak sabar-sabar untuk beritahu

"Em apa dia?"

"Kita ada pengurus baru nanti"

"So?"

"Cik Riana dipindahkan dekat unit lain" jelas Andrian hingga membuatkan Adirah menoleh. Cik Riana adalah pengurus yang paling dia benci, mana tidaknya semua benda dia nak perfect! Padahal bukan dia yang akan buat benda tu, harapkan orang lain juga.

"Seriuslah weh?"

"Ya Allah ye serius. Sebab tu aku tak sabar-sabar nak bagitau kau ni. Pengurus yang akan ganti nanti lelaki"

Adirah terdiam seketika kemudian dia terlihat seperti sedang fikirkan sesuatu perkara. Jadi lelaki yang sombong di lift tadi ke yang akan ambil alih kerja Cik Riana? Bukankah begitu?

Adirah mengetuk kepalanya sendiri, lelaki itu pun sombong. Nampak sangat lelaki itu sama saja seperti Cik Riana. Habislah pekerja rendah seperti mereka dibuli nanti

"Weh Dirah buka group kerja" arah Andrian kemudian Adirah cepat-cepat keluarkan telefon. Semua pekerja di situ juga sedang membaca mesej yang baru disampaikan oleh Tuan Razak sebentar tadi

'Minta semua pekerja kecuali kerani/ pekerja tingkat 4/cleaner dan pekerja pejabat khas, datang ke bilik mesyuarat besar, terima kasih' mesej ringkas itu dikirim sendiri oleh Tuan Razak.

Para pekerja terpusu-pusu untuk mendapatkan ruang di lift

"Naik tangga jela Rian" ajak Adirah kemudian Andrian mengangguk angguk. Dah ramai macam ni takkan nak naik lift lagi, nak tunggu giliran pula buang masa mereka saja.

"Aku dengar pengurus kita tu hensem orangnya"

"Seriuslah?"

"Serius weh muka macam umur 25 lebih macam tu"

Adirah dan Andrian saling berpandangan kemudian mereka mengangkat bahu sebanyak satu kali. Hensem sangat ke sampai jadi bualan pekerja perempuan di unit mereka?

"kau rasa hensem ke pengurus kita tu?" Soal Adirah pada Andrian. Dia pun tiba-tiba jadi ingin tahu tentang pengurus baru di unit mereka nanti. Andrian mengangkat bahu tanda dia tidak tahu

"Peduli apa dia hensem ke tak? Janji tak sombong" balas Andrian namun Adirah pula yang buat muka di sebelah. Sejak bila pula dia Andrian ni peduli pasal sifat seseorang

"Weh tengok tu Fatin"

"Mana mana!?" Laju Andrian menoleh ke arah depan. Lebih tepat lagi pada arah Adirah menuding jari.

Tiba-tiba Adirah tolak kepalanya dari belakang. Apa tidaknya orang tanya dia hensem ke tak tapi dia balas dengan ayat sentap. Macamlah dia baik selama ini.

"Ohh pasal perempuan laju eh!?"

"Haish kau ni, dah kau sebut nama Fatin. Memanglah aku toleh" balas Andrian sambil mengusap belakang kepalanya yang sakit ditolak tadi.

"Fatin Fatin Fatin, eyy kau ni tak sedar diri lagi en. Fatin tu takkan nak terima kau. Banyak lagi lelaki yang hensem suka kat dia tau, dia boleh pilih lagi. Ni kalau kau, sah sah lah kau orang pertama yang ditolak" sindir Adirah kemudian dia jalan ke depan terlebih dahulu.

"Ala kau ni kejap ah!" Jerit Andrian sebelum dia kejar jejak Adirah yang sudah sampai di tingkat 4. Serentak mereka berjalan untuk ke bilik mesyuarat besar. Bilik itu berada di hujung.

"Sorry ah, petang ni aku belanja air avocado" pujuk Andrian

"Ok lulus, aku maafkan kau" balas Adirah laju. Cakap pasal makanan je terus dia maafkan. Asalkan makanan sudah cukup buat dia bahagia.

Sampai saja di depan pintu bilik mesyuarat masing-masing mereka duduk di tempat yang sudah ditetapkan sebelumnya. Adirah duduk di baris ke dua manakala Andrian di baris kedua juga cuma di meja sebelah. Meja mesyuarat itu berbentuk U manakala kerusi berada di sekelilingnya.

Adirah membuka telefon sebentar. Tuan Razak masih tidak ada, jadi apa salahnya kalau dia buka telefon sebentar.

"Tuan Razak" cepat-cepat Adirah menutup telefon bila pintu bilik mesyuarat terbuka. Kesemua pekerja bangun untuk memberikan salam hormat.

Adirah lemparkan senyuman manis pada Tuan Razak sebelum dia menoleh memandang lelaki yang baru sampai di sebelah Tuan Razak

Senyuman Adirah memudar selepas 2 saat, bahunya hampir mahu jatuh. Matanya tidak berkelip seketika.

Daim berdiri tegak di sebelah Tuan Razak dengan tangannya berada di dalam poket seluar

"Ya Allah hensemnya"

"Aku dah agak dah mesti pengurus kita tu hensem orangnya"

Adirah mengetap bibir, cepat-cepat dia pandang ke arah lain saat dia sedar Daim sudah menyedari kehadirannya disitu.

Para pekerja biasa masing-masing duduk setelah selesai memberikan salam hormat pada mereka berdua iaitu Tuan Razak dan Daim.

Daim pandang Adirah dengan tempoh yang lama, sedangkan Tuan Razak di sebelah sedang berucap tentang dia.

Adirah pandang mata Daim seketika. Tiba-tiba lelaki itu lemparkan satu senyuman sinis.

'Ya Allah apa pula kali ni' getus Adirah dengan tidak senang hati. Sedaya upaya dia tahan untuk tidak keluarkan air mata manakala Andrian terus memerhati Adirah. Mesti Adirah terkejut.

Mustahillah anak saudara Tuan Razak itu adalah Daim? Kenapa harus kebetulan. Tidak itu tidak penting. Yang dia nak tahu sekarang kenapa harus di sini juga mereka bertemu. Kalau macam ni ceritanya, hari-hari dia akan hadap Daim.

"Daim Daniyal yang lebih dikenali sebagai anak saudara saya akan ambil alih jawatan Cik Riana sebagai pengurus ketua unit untuk pekerja biasa manakala Cik Riana dipindahkan ke unit lain" jelas Tuan Razak dengan senang hati.

Dia pandang anak saudaranya di sebelah tapi mata Daim melekat pada Adirah.

"Jadi memandangkan Daim masih baru di sini, Cik Adirah boleh tolong tunjukkan tempat yang dia tidak tahu. Mungkin saya tiada masa nak uruskan jadi saya serahkan tugas ni kepada Cik Adirah"

"Huh? Saya?"

"Ye Cik Adirah awak"

"Tapi say-"

"Saya boleh gantikan Adirah untuk Tuan Razak" celah Andrian kemudian dia pandang Daim tajam.

Daim memasang wajah dingin. Jadi inilah lelaki yang dia nampak tempoh hari? Teman lelaki Adirah pun ada di sini? Tidak sangka betul kalau nak kata dunia ini kecil.

Salah satu perempuan di situ mengangkat tangan

"Tuan Razak, saya pun boleh tolong" kata wanita itu sambil tersenyum manis pada Daim. Nak mengoratlah tu apa lagi

"Ah ye betul tu, Cik Diana pun boleh tolong Tuan Razak. Saya rasa saya tak boleh sebab projek haritu tak siap lagi" kata Adirah dengan memberikan alasan projek yang tertangguh dua hari lepas

"Em Cik Adirah, projek tu kita dah batalkan" salah satu pekerja berkata. Adirah tersenyum kesal.

"Kalau macam tu biar Daim saja yang pilih dengan siapa dia nak minta tunjuk ajar" cadang Tuan Razak hingga mata Adirah membulat manakala Andrian mengeluh berat.

"I don't want anyone else, I just want Adirah to help me. after all, she's the only one I know here. Correct Mrs. Adirah?" Daim lemparkan senyuman manis pada Adirah. Kenapa dengan ayat itu?

"Ohh Uncle tak tau pula korang berdua dah kenal" celah Tuan Razak dengan penuh pura-pura.

"Btw ada apa apa soalan yang lain nak tanya? Tentang pengurus baru pun boleh" soal Tuan Razak, pekerja perempuan di situ berebut rebut nak angkat tangan

"Yes Cik Salina. Silakan bertanya"

"Em Encik Daim dah kawin ke Tuan? Kalau sudah kami takkan ganggu" soal Salina sambil tersenyum nakal pada rakan sekerjanya yang lain

"Saya belum kawin lagi dan masih bujang. Apa apa nak nombor, boleh minta lepas habis mesyuarat" balas Daim hingga mereka terjerit gembira.

Daim jeling ke mata Adirah kemudian dia perhatikan tangan Adirah yang bergetar hebat itu.

"What about you, Adirah? are there any questions you want to ask?" Kata lelaki itu kemudian dia menyilangkan tangan dan kaki.

Andrian sampai tidak senang duduk bila nampak Daim seolah-olah mahu permainkan perasaan Adirah. Tidak cukup kah dia tinggalkan gadis itu sebelum ini?

"so what do you want to ask me? anything whether about work or personal matters" Kata Daim tanpa rasa bersalah menambahkan rasa gementar Nella.

Andrian merengus geram. Daim ditatap lama namun di mata Andrian penuh dengan kebencian yang tinggi. 2 tahun dia berkawan dengan Adirah. 2 tahun itu juga dia mendengar setiap isi hati dan tangisan Nella hanya kerana lelaki di depan itu.

'balas Dirah balas..jangan jadi lembab' kata Adirah di hati untuk dirinya sendiri. Kenapa dia lemah sangat? Apa yang dia pe

"why do I have to ask a question I already know the answer to, Mr Daim?" Balas Adirah lalu dia balas dengan senyuman senget. Wajah Daim serta merta berubah bila Adirah dengan berani menjawabnya dengan nada suara yang keras.

"Kenapa tu?"

"Gaduh ke?"

"Kenapa Dirah nangis?" Para pekerja mula saling bisik membisik apabila keadaan Daim menjadi tegang saat bercakap dengan Adirah.

Daim terdiam bila airmata Adirah tumpah ke pipi. Cepat-cepat Adirah ambil bag tangannya sebelum dia keluar daripada bilik mesyuarat tanpa kata pamit

"Apa dah jadi?"

"Beraninya dia keluar"

Andrian tidak tunggu lama, selang beberapa minit Adirah keluar. Dia turut bangun dari tempat duduk

"Maaf Tuan Razak atas apa yang dah jadi, hal Adirah saya akan uruskan. Maaf sangat-sangat" kata Andrian sambil menunduk kepalanya sedikit. Tuan Razak mengangguk kemudian dia angkat tangan tanda tidak mengapa

"Maafkan saya, saya terpaksa keluar" kata Andrian lagi sekali. Tanpa menunggu lama dia terus keluar daripada bilik mesyuarat untuk mencari ke mana Adirah pergi.

Daim diam di situ, dia perhatikan kepergian Andrian yang bersungguh sungguh demi Adirah. Betul ke mereka ada hubungan yang istimewa? Kenapa Andrian risau sangat pasal Adirah?

"Kalau macam tu mari teruskan soalan. Ada apa-apa soalan lagi?"

-

"Jus avocado dengan kek red velvet" pesan Adirah kemudian dia pandang Andrian di sebelah. Sempat lagi dia tersenyum comel, kesian Andrian. Terpaksa belanja dia lebih awal untuk pujuk hati gadis itu.

Pelayan itu pandang ke arah Andrian, kening kanan dijongket ke atas yang memberi isyarat bahawa Andrian mahu pesan atau tidak.

"Macam biasa, milktea pearl" pesan Andrian kemudian pelayan itu mengangguk kecil. Dah biasa sangat Andrian dan Adirah minum di sini, sampai pemilik cafe itu beri mereka diskaun.

Andrian dan Adirah duduk di meja biasa.

"Kau okay ke?"

"Okay cuma ak-" tidak sempat Adirah bercakap tiba-tiba suara tangisnya sudah keluar

"Sabarlah weh"

"Kenapa dia datang balik Rian, kenapa dia sengaja lemparkan ayat-ayat yang menyakitkan. Takkan dia tak pernah timbul rasa bersalah lepas dah tinggalkan aku macam tu je. Apa lagi dia nak?" Luah Adirah hingga airmata mengalir tumpah ke pipinya

Tisu diberikan kepada Adirah. Adirah ambil lalu dia lap airmata sehingga kering. Pipinya lembap basah kerana airmata tadi, habislah foundationnya yang mahal

"Dahlah tu, benda dah jadi kan. Lupakan si buaya tu, atau tak pun. Buat bodoh je macam kau tak kenal dia. Tak susah pun kalau kau cuba"

"Macam mana nak buat bodoh? Kejap lagi aku kena hadap dia juga. Tuan Razak tu pun macam sengaja nak kenakan aku" bebel Adirah yang masih tidak puas hati. Tapi sebelum ini dia tidak pernah nampak Tuan Razak di majlis pertunangannya dengan Daim.

Adirah binggung sendiri, dia cuba ingat lagi sekali sama ada Tuan Razak ada di majlis itu atau tidak. Tapi hasilnya sama, dia tidak ingat malah tidak pernah nampak wajah Tuan Razak. Entah-entah Tuan Razak pun tidak tahu yang Adirah bekas tunang Daim, sebab itulah dia rilek je masa nak arahkan Adirah. Tapi sebelum ini kalau ada pekerja baru pun, memang Adirahlah yang selalu di suruh.

Andrian angkat panggilan dari Shasha, tadi dia cerita perkara ini pada Shasha mesti Shasha telefon dia kerana mahu tahu dari mulut Andrian sendiri.

'ANDRIAN!'

'APA DAH JADI! BETUL KE APA YANG KAU CAKAP TADI!?' Andrian jauhkan telefon dari telinga. Boleh pekak dia oleh suara Shasha.

"haah betul"

'WAH WAH LELAKI TAK GUNA TU! BRENGSEK! BUAT APA DIA KAT SINI AH?! TAK HENSEM! INGAT DIA MAT SALLEH LAH TU SEBAB TINGGAL KAT LUAR NEGARA! EH KAU BAGITAU BENDA NI KAT DIA EH! SELERA ADIRAH TU ORANG TEMPATAN ASLI! TAK PANDANG LAH ORANG MACAM DIA TU!'

"WOI rilek ah! Sakit telinga aku tau tak" jerit Andrian semula hingga Shasha berhenti menjerit. Suaranya berubah perlahan.

'sorry ah, aku ni memang emosi dengan nama Daim tu'

'Dirah macam mana? Okay ke dia sekarang?' soal Shasha lembut. Andrian pandang Adirah di sebelah. Gadis itu masih menangis tapi tidak teruk kerana ada air kegemarannya yang jadi peneman iaitu jus avocado.

"Okay sikit"

'hmm aku tak boleh jumpa korang sekarang sebab ada kerja'

"Takpelah, aku boleh uruskan dia. Kau buat je kerja kau" balas Andrian namun matanya tidak henti merenung Adirah. Kenapalah nasib gadis itu tidak berapa baik kebelakangan ini.

Kalau tidak sekerja dengan Daim dan sekadar terserempak di luar itu okay lagi. Tapi ini setiap hari dia akan hadap Daim, mampu ke dia bertahan?

'okay' panggilan dimatikan oleh Shasha sendiri. Pekerjaan dia sebagai doktor haiwan bukannya dapat berhibur lama. Tapi kalau dah dapat berhibur, memang dibawanya Adirah dan Andrian bercuti ke negeri di dalam negara ini.

Ditambah pula hobinya suka melancong tapi sebab kerjanya, dia tidak dapat nak lakukan kadangkala masa cutinya habis dengan tidur. Mungkin kerana terlalu penat.

"Dah habis ke? Jom balik office" ajak Andrian bila dia nampak air di cawan Adirah sudah kosong.

"Em jom" ajak Adirah semula. Serentak mereka bangun dari tempat duduk, cawan dibiarkan begitu saja. Nanti adalah pelayan kedai yang akan bersihkan.

"Pegang jap" bag tangan diberikan kepada Andrian sementara dia mahu membetulkan tali kasutnya yang terbuka. Adirah berhenti di tepi kedai itu manakala Andrian menunggunya di depan

Adirah membulat mata bila saat dia sedang mengikat tali kasut tiba-tiba ada kaki orang memijak tali kasutnya yang berwarna putih itu hingga bertukar warna kelabu hitam.

"Arhh tali kasut aku!" Jerit dia kecil sebelum dia mendongak ke langit. Kaki itu adalah seorang lelaki. Adirah mengecil mata kemudian matanya membesar bila wajah lelaki itu sama seperti lelaki yang biadap tempoh hari

"Eh buta ke ah!? Tak nampak ke aku tengah betulkan tali kasut! Selamba je nak pijak kan!?"

"Sorry Cik saya tak nampak, Cik kecil sangat. Ingatkan takde orang tadi" kata lelaki itu sambil tersenyum kelat.

"Wah hahaha dari haritu lagi tau kau kata kau tak nampak. Allah bagi mata tu untuk apa!? Guna lah elok-elok" sindir Adirah namun cepat-cepat Andrian tarik Adirah. lelaki itu dah minta maaf kot. Apa lagi dia nak marah.

"Ala Dirah dahlah tu"

"Dah apa ah? Dah sah sah dia yang salah"

"Kau tengok kasut aku dah hitam, kasut baru ni Rian. Kau pun tau kan kasut ni kasut yang ayah aku beli masa birthday aku bulan lepas" rungut Adirah yang hampir mahu menangis di situ. Kenapalah malang sangat nasib dia harini

"Kalau cuci tu confirm hilang, janganlah marah macam ni" bisik Andrian kemudian dia tersenyum kelat pada lelaki itu

"Takpela kalau kasut tu berharga untuk Cik. Saya akan ganti rugi yang baru"

"Ganti rugi? Even dah ganti sekalipun, cara pemberian dah tak sama macam awal. Dah takde istimewa langsung sebab bukan dari ayah saya. Encik ni bodoh ke!?" Bentak Adirah hingga lelaki itu terkejut. Dia pandang kasut yang Adirah pakai.

Pasal kasut saja dia nak cakap istimewa ke? Atau kasut itu tampak istimewa kerana pemberian dari orang yang dia sayang.

"Maaf sangat-sangat Cik, saya betul-betul tak sengaja"

"Cik bagitau je apa yang saya perlu buat. Saya sanggup buat" kata lelaki itu lalu Adirah keluarkan telefon.

"Nombor fon" minta Adirah tanpa menunggu lama.

"Ah?"

"Encik kata Encik akan buat apa saja kan? So bagilah nombor fon. Saya akan telefon bila saya dah dapat cara untuk Encik tebus kesalahan encik harini" jelas Adirah lalu lelaki itu cepat-cepat keluarkan telefon.

Lelaki itu tunjuk nombor telefonnya kepada Adirah

"Cis takkan tak ingat nombor telefon sendiri?" Sindir Adirah sambil tersenyum jahat

"Maaflah Cik, nombor ni baru je buat. Tu yang saya tak ingat" jelas lelaki itu sambil tersengih segan. Adirah perli dia seperti orang yang tiada perasaan

"Btw nama saya Luqman Sabri" lelaki itu menghulurkan tangan untuk salam perkenalan. Adirah sambut dengan wajah yang biasa.

"Adirah Dania" kata Adirah sebelum dia turunkan tangannya semula. Andrian pula cepat-cepat mahu kembali ke pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience