B4 HUTANG

Romance Completed 69230

Adirah buka butang on di komputer. Seperti biasa dia akan susun apa yang patut di atas meja sebelum menghadap komputer selama berjam-jam.

"Ehem" Emma berdehem kecil di situ untuk tarik perhatian Adirah. Mesti ada perkara dia nak soal. Kalau tidak manalah di nak tegur Adirah, selama bekerja di sini pun sangat jarang dia berborak dengan Adirah.

Adirah menoleh kepala kemudian dia angkat kening kanan. Malas nak buka suara jadi guna isyarat pun jadilah.

"Asal kau lari masa mesyuarat tadi?" Soal Emma sambil tersenyum segan.

"Ah tadi ke? Tadi aku perasan macam ada benda bocor. Lepastu aku keluarlah cepat-cepat, rupa-rupanya aku period" bohong Adirah dengan reaksi yang tenang. Emma mengangguk angguk.

"Tapi en"

"Tapi apa?" Adirah mula tidak sedap hati setelah mendengar dua perkataan terakhir Emma itu.

"Hensem kan pengurus baru kita tu?" Puji Emma dengan tersenyum segan. Adirah tersenyum lega, jantungnya hampir terkeluar sebentar tadi tapi hensem ke?

"Kau rasa hensem tak?"

"Er-"

"Adirah, Encik Daim nak jumpa" belum sempat Adirah membalas pertanyaan Emma tadi tiba-tiba Salina datang mencelah. Satu fail diberikan kepada Emma. Alang-alang Emma dah ada kat situ, buat apa Salina susah payah hantar ke meja dia.

Adirah pandang bilik pejabat Daim yang terletak di sebelah. Cermin biliknya tertutup dengan langsir hitam. Kalau dibuka langsir itu, hari-hari juga dia akan terpandang Daim dari luar.

Kenapalah bilik pengurus terletak berdekatan di situ.

Emma mencebik bibir bila Salina memotong. Adirah bersiap diri, beg tangan ditinggalkan di dalam laci manakala telefon dan dompet di bawa bersama.

"Aku pergi dulu" kata Adirah pada Emma supaya Emma tidak ambil hati kerana tidak dapat berborak panjang dengan dia.

Adirah menarik nafas sebelum dia hembus tenang. Pintu pejabat diketuk sebanyak dua kali.

"Masuk" arah Daim dari dalam sebaik sahaja dia sedar bahawa Adirah sudah ada di luar. Adirah masuk tanpa menunggu lama, dia berdiri di depan meja Daim.

"Ye Encik Daim" soal Adirah kemudian dia tundukkan kepala ke bawah sebagai tanda hormat. Bukan saja hormat, tapi dia tidak mahu bertentang mata dengan Daim.

"Ni tolong ajar aku macam mana nak log in komputer"

"Arh Encik Daim cuma perlu tekan-"

"Aku suruh ajar bukan jelaskan" potong Daim hingga ayat Adirah jadi tergantung.

"Macam mana saya boleh ajar?" Soal gadis itu namun Daim balas dengan reaksi yang menjijikkan

"Bodoh ke atau buat-buat bodoh?" Soal Daim hingga Adirah tersentap. Daim baru saja mencarut kepada dia.

"Maaf Encik"

"Datang sini and tunjuk aku guna komputer ni. Cepat" arah Daim kemudian Adirah cepat-cepat hampiri tempat duduk Daim. Mouse komputer diambil sebelum dia tekan apa yang patut.

Daim tersenyum kecil bila rambut Adirah terkena pipinya. Wangi. Mesti Adirah masih guna produk shampoo yang sama dari awal dia kenal gadis itu

"Encik Daim cuma perlu letak nombor telefon pejabat dekat sini lepastu tekan okay" jelas Adirah dengan sedaya upaya agar tidak tersentuh Daim sedikit pun.

"kau ingat aku tak tau buat ke?"

"Huh?" Adirah berkerut dahi. Dia berundur ke belakang sebaik sahaja dia dengar ayat itu yang keluar daripada mulut Daim.

Adirah berfikir panjang setelah dia berdiri di depan meja Daim semula. Selang seminit dia pandang Daim dengan reaksi yang tidak percaya. Jadi tadi Daim cuma pura-pura tidak tahu ke?

"Kau masih guna shampoo yang dulu ke? Bau rambut kau sama macam dulu" tegur Daim sambil tersenyum nakal. Dia pura-pura memandang ke arah skrin komputer

"Encik Daim kalau rasa tiada perkara yang penting tolong jangan tanya hal peribadi saya kecuali hal kerja"

Daim buat muka bodoh.

"Haish" Adirah mengeluh perlahan, dia mula membuka langkah untuk keluar daripada pejabat itu. Tombol pintu dipulas, belum sempat dia tolak keluar tiba-tiba Daim bersuara.

"Ada aku benarkan kau pergi ke?" Soal Daim sambil menaip sesuatu di komputer. Adirah memutarkan kepala ke kanan, dia pandang Daim dengan rasa yang tidak puas hati

Adirah bergerak ke hadapan Daim semula. Meja lelaki itu dihentak perlahan untuk tarik perhatian Daim berhenti menaip di komputer. Serta merta Daim berhenti. Mata mereka saling bertembung.

"Daim awak nak apa lagi sebenarnya?"

"Aku? Aku nak apa?" Soal Daim semula

"Dah tu, stoplah kacau saya. Awak tak rasa bersalah ke?"

"Kenapa aku kena rasa bersalah dengan perkara yang aku tak patut percaya" soal Daim dengan reaksi yang kosong. Adirah tersentak. Apa maksud lelaki itu?

"Apa maksud awak ni?"
"Apa yang awak tak percaya dari saya?" Soal Adirah.

Daim bangun dan hampiri Adirah sebaik sahaja Adirah menyoalnya semula. Daim sandarkan punggungnya di depan meja berhadapan dengan tempat Adirah berdiri

"Kau nak tau tak kenapa aku batalkan perkahwinan kita"

"Tak perlu nak bagitau, saya tak minta pun jawapan dari awak" balas Adirah kemudian dia mendongak sombong ke mata Daim. Padahal selama ini itulah dia yang mahu tahu.

Adirah bertambah benggang bila Daim lemparkan ketawa kecil. Lucu ke?

"Lucu? Lepas dah tinggalkan saya. Awak masih rasa benda ni lucu!?" Jerit Adirah tiba-tiba. Senyuman Daim memudar sebaik sahaja dia melihat airmata Adirah mengalir tumpah.

"Puas!? Kenapa tak ketawa lagi! Ketawalah! Ketawa Daim! Ketawa kalau awak rasa puas lukakan saya! Ketawa kalau awak tak pernah muncul perasaan rasa bersalah"

Daim tersentak lagi, airliur dia telan. Pahit dan berpasir. Kenapa dia malah kesian pada Adirah.

Pergelangan tangan Adirah digenggam kuat mata gadis itu direnung tajam

"Aku tak pernah ada rasa bersalah Adirah. Sebab aku kenal kau, dari awal aku batalkan perkahwinan kita. Aku tak pernah rasa menyesal dengan apa yang aku buat. Kau saja yang sentiasa meragui hati aku"

"Saya? Jadi selama ni awak cuma ragu-ragu dengan cinta saya ke? Itu ke maksud awak sekarang!?"

"Yes memang itu maksud aku. Ada yang salah ke!?" Jerit Daim dengan sekuat tenaga dia genggam pergelangan tangan Adirah hingga Adirah merasa kesakitan.

Adirah tarik tangannya semula. Dia pandang Daim dengan tempoh yang lama.

"Awak takkan tenang Daim. Awak takkan pernah rasa tenteram, itu sumpah saya" kata Adirah tegas sebelum dia berlari keluar daripada bilik pejabat Daim.

Daim hanya diam dan menyaksikan kepergian gadis itu. Selang sesaat dia tersenyum sendiri, kaki meja ditendang secara tiba-tiba.

"ARH!!"

-

Adirah kembali ke tempat duduk dengan wajah yang tenang, komputer yang terbiar tadi dia sambung membukanya. Satu senyuman diberikan kepada mereka yang lalu di sebelah meja pejabatnya tadi.

"Weh okay ke?" Tiba-tiba Andrian dari arah belakang menyapanya, secawan air kopi panas diletakkan di atas meja Adirah. Adirah mengangguk kepala untuk soalan Andrian tadi.

Andrian berkerut dahi. Dia pandang wajah Adirah dengan teliti namun Adirah sedaya upaya sedang menyembunyikan matanya dari bertentangan dengan mata Andrian.

Kopi dihirup perlahan agar lidahnya tidak terkena. Adirah menoleh ke hadapan tiba-tiba langsir hitam di bilik pejabat Daim terbuka. Mata mereka saling bertatapan.

"Ehem" cepat-cepat gadis itu menoleh ke depan. Pandangan Daim diabaikan namun siapa sangka rupanya Daim dan Andrian saling bertentang mata. Andrian pandang Daim dengan penuh rasa amarah. Begitu juga Daim.

Adirah keluarkan telefon dari poket seluar. Panggilan dari Khalish diterima kemudian dia bergerak ke tepi untuk menjawab panggilan

'kak pinjam duit kau kak'

"Pinjam lagi? Berapa kali kau mintak bulan ni Khalish?" Marah Adirah dengan suara yang lantang. Tiap kali telefon mesti ayat itu yang keluar dari mulut Khalish.

'ibu suruh minta duit dengan kau. Takkan kau nak melawan kot? Ke kau nak aku bagitau ibu'

"KHALISH!" nama Khalish dijerit kuat.

'tak yah nak besarkan masalahlah kak. Bagi duit lepastu kau boleh sambung buat kerja. Aku perlukan duit sekarang takkan kau tak boleh nak tolong? Nanti kalau ada masa kau yang susah jangan tanya kenapa aku tak tolong' ugut Khalish dengan biadap.

"Sebelum ni pernah ke kau tolong aku masa aku susah? Pernah ke korang risaukan aku masa aku jatuh sakit? Sorang pun tak kisahlah Khalish. Ibu, kau dan Khalisa tak pernah peduli tau"

'haih kau ni, tunggu je ibu call kau' serta merta Khalish meletakkan telefon. Adirah mengeluh kecil, mesti Khalish mengadu apa yang dia cakap tadi kepada ibu.

Selang seminit tiba-tiba panggilan dari ibu masuk. Tepat waktunya dia akan dimarah. Adirah mengangkat telefon itu

'eh Dirah, kau nak jadi anak derhaka ke cakap ibu tak peduli kau? Pernah ke kau soal penat lelah ibu lahirkan kau dulu? Sekarang ibu nak minta tolong sikit kau pergi ungkit semua cerita kesian kau tu'

"Tak bu, Dirah takde maksud pun nak cakap ibu. Dirah cuma marahkan Khalish sebab hampir tiap hari minta duit. Habis Dirah ni nak makan apa kat sini?"

'apa yang susahnya, mintalah pinjaman dekat boss kau. Nanti gaji suruh je dia potong setengah. Bukan banyak pun Dirah, Khalish tu perlukan rm300 je' Adirah membulat mata. Rm300 je? Ibu ingat cari wang tu semudah makan kacang ke?

"Sampai Rm300 dia nak? Apa yang Khalish nak buat dengan duit tu bu?"

'dia terlanggar cermin kereta orang masa nak pergi latihan tadi'

'dahlah jangan banyak tanya, bankin terus duit tu ke bank Khalish kalau kau taknak Khalish tu mati kena tumbuk oleh pemilik kereta tu'

"Tapi bu-"

"Tut--" belum sempat Adirah membalas tiba-tiba panggilan sudah dimatikan oleh ibu.

Adirah mengeluh tanpa henti. Apa yang dia perlu buat sekarang adalah berhadapan dengan Daim kerana semua perkara yang terjadi di unit ini perlu diberitahu kepada pengurus unit dan pengurus unit yang akan memberitahu hal itu kepada yang lebih besar.

Perlahan-lahan Adirah kembali ke ruang kerjanya. Andrian sudahpun kembali ke tempat duduknya manakala kopi di atas meja ditinggalkan begitu saja.

Adirah pandang ke bilik pejabat Daim yang tidak ditutupi dengan langsir itu. Daim sedang bekerja di atas kerusi sambil menaip sesuatu di laptop kerja.

Mata dipejam rapat. Apa yang dia perlu buat sekarang? Takkan nak pinjam wang pada Andrian dan Shasha pula. Ni dah ke berapa kali dia pinjam. Hutang Andrian yang bernilai Rm200 pun dia tidak bayar lagi sebab belum gaji.

Adirah pandang Daim lagi sekali, tepat-tepat saat itu Daim turut memandang ke arahnya. Adirah cepat-cepat memandang ke arah lain.

Meja Adirah ditepuk oleh Salina sekali. Adirah terus menoleh memandang Salina yang berada di depan meja kerjanya dengan wajah yang agak muram.

"Encik Daim nak jumpa kau lagi" kata Salina dengan menyampah sebelum dia tinggalkan tempat itu. Dari tadi Daim panggil dia semata-mata untuk minta Adirah datang ke pejabatnya sedangkan dia dari tadi juga menantikan Daik untuk memanggil dia.

Adirah masuk je pejabat Daim setelah mendapat keizinan untuk masuk saat dia mengetuk tadi

"Ye Encik" kata Adirah tanpa memikirkan apa yang sudah jadi tadi.

"Kau perlukan bantuan aku ke?"

"Huh?"

"Huh kau balas? Dari tadi kau pandang aku tu sebab kau nak minta tolong sesuatu kan?" Teka Daim dengan mudah hingga Adirah menunjukkan reaksi yang terkejut.

"Cepat cakap apa yang kau nak"

"Lagi satu, tolong duduk sebelum kau cerita" pesan Daim kemudian Adirah cepat-cepat duduk di kerusi depan meja Daim. Mulai saat ini dia perlu tebalkan muka

"Saya nak buat pinjaman dengan Tuan Razak, nanti time gaji dia boleh tolak separuh dari gaji saya. Saya betul-betul perlukan duit Daim"

"Excuse me, panggil aku ENCIK Daim" potong Daim saat Adirah sedang bercakap tentang hasratnya.

"Maaf maksud saya Encik Daim"

"Berapa banyak?"

"Rm300"

"Okay minta lah sendiri dengan Tuan Razak kalau kau nak. Aku tak pegang duit sekarang" balas Daim selamba hingga airmuka Adirah berubah. Daim betul-betul sedang lemparkan hinaan kepada dia.

"Saya keluar dulu, terima kasih" kata Adirah sebelum dia bangun dari tempat duduk. Daim sudah buang masa dia. Apa guna dia tanya kalau dia tidak boleh tolong?

Daim sekadar memerhati gerak Adirah hingga Adirah keluar daripada pejabat namun Adirah tidak duduk di tempatnya semula sebaliknya dia bergerak ke stor belakang.

Daim berkerut dahi, dompet dan telefon dibawa sebelum dia mengejar jejak Adirah. Sampai saja di bilik stor, dia nampak yang Adirah sedang duduk di atas lantai yang berhabuk itu. Daim menyorok di sebalik almari yang lusuh

Adirah kelihatan sedang membuat panggilan.

"Hello?"

"Ali?"

"Kau kenal tak mana-mana along?"

"Aku perlukan duit sekarang, tolong aku Ali.." rayu Adirah sambil mengalir airmata saat menelefon Ali. Daim tersentak mendengar perbualan Adirah. Kenapa sebegitu teruk hidup Adirah?

"Aku tau bahaya tapi aku akan bayar secepat mungkin bila dah gaji nanti. Tolonglah"

Adirah menarik rambutnya sendiri. Dia betul-betul buntu. Khalish tiap masa beri alasan yang sama sampai Adirah binggung sama ada dia benar atau palsu.

"Adirah" nama Adirah disebut oleh Daim. Adirah membulat mata bila Daim ada di depannya sekarang.

"Weh Ali aku letak dulu, nanti aku call balik" kata Adirah perlahan sebelum dia bergegas menamatkan panggilan dia dengan Ali. Daim duduk mencangkung di depan Adirah, 4 keping helaian duit yang bernilai RM400 dikeluarkan daripada dompet kemudian dia serahkan duit kepada Adirah

"Ambik ni, tak payah bayar. Anggap je macam rasuah" kata Daim hingga Adirah makin merasa serba salah untuk terima.

"Aku tipu jela. Ambik ni, lebih tu untuk belanja kau" Daim tarik tangan Adirah kemudian dia letak duit itu di tangan Adirah.

Adirah masih diam membingung. Kenapa Daim tolong dia? Kenapa tiba-tiba saja lelaki itu baik pada dia.

"Cakaplah terima kasih kenapa kau pandang macam nak telan aku hidup-hidup ni?" Sindir Daim namun Adirah mengeleng kepala menidakkan apa yang Daim kata tadi

"Terima kasih" ucap gadis itu dengan perasaan yang malu

"Tapi bukan free tau"

"Ye saya tau, gaji nanti saya bayar balik duit Encik Daim"

"Tak aku tak nak kau bayar dengan duit"

"Habis tu?"

"Em tunggu jela kalau aku dah dapat idea, aku akan panggil kau bila-bila masa saja" kata Daim sambil tersenyum senget. Adirah masih diam, dia langsung tidak mengerti dengan maksud Daim. Daim pergi tinggalkan dia tanpa kata pamit.

Habistu nak bayar guna apa?

Adirah membulat mata. Entah-entah Daim suruh bayar chek kot. Dia sudahlah tiada benda alah tu. Selalu dia tengok di drama mesti setengah watak membayar hutang melalui chek. Takkan Daim nak ikut drama kot.

Adirah berkerut dahi bila Daim bergerak ke arahnya semula. Dia yang masih duduk di atas lantai itu terpinga-pinga.

"Aku dah dapat idea"

"Idea apa?"

"Untuk kau bayar hutang RM 300 tu"

Adirah pandang Daim dengan reaksi yang bersahaja. Mulutnya memuncung memikirkan maksud Daim tadi.

"Bayar guna nombor telefon kau" kata Daim kemudian dia serahkan telefonnya ke atas tangan Adirah. Adirah sambut tanpa banyak soal dia terus menekan nombor telefonnya di telefon Daim lalu dia serahkan semula

Daim pergi setelah berjaya mendapatkan nombor telefon Adirah dengan mudah.

"So maksudnya hutang aku dah takde ke? Tapi kenapa dia minta nombor telefon aku?" Adirah tertanya kepada dirinya sendiri sepanjang berjalan ke tempat duduknya semula.

Telefon diletak ditepi, kemudian dia pandang ke arah bilik pejabat Daim namun langsir hitamnya sudah menutupi pejabat. Jadi dia tidak dapat melihat Daim dari sini.

Adirah menelefon ibu semula.

"Ibu"

'em apa?'

"Ibu marah Dirah ke?"

'ibu ni takde masa nak marah dengan anak yang mengungkit kisah lama'

"Sorrylah bu, nanti waktu rehat Dirah masukkan duit dalam bank akaun Khalish terus"

'yeke?'

"Ye betul, sekarang Dirah sibuk so Dirah masukkan petang nanti" jelas Adirah hingga suara ibu berubah gembira.

'em okaylahh, balik cepat sikit tu. Ibu masak sedap hari ni' kata ibu hingga membuatkan Adirah tersenyum lebar. Ibu suka ceriakan dia dengan topik makanan. Siapa saja tak gembira. Makanan yang dimasak ibulah yang paling terbaik dalam dunia ni.

"Okay bu, nanti Dirah balik awal" kata Adirah sambil tersenyum senang. Rasa sedihnya terus beransur pulih. 

-

Selesai membersihkan diri Adirah bersiap siap untuk makan malam bersama keluarga. Adirah menapak keluar daripada bilik tidur untuk ke ruang makan.

Hanya ibu dan ayah yang ada di ruang makan. Ibu sedang menghidang makanan di atas meja manakala ayah membaca surat khabar harian. Walaupun agak ketinggalan zaman namun ayah lebih gemar membaca surat khabar berbanding membaca di internet.

Adirah hampiri mereka. Khalisa juga keluar sambil berjalan memegang telefon di tangan. Adirah mengeleng kepala. Anak muda sekarang kemaruk sangat dengan telefon. Nak lepaskan kejap pun tidak boleh lagi.

Adirah duduk di kerusi berhadapan dengan ayah. Ayah yang menyedari Adirah sudah tiba itu terus melipat surat khabar kemudian dia letak ke tepi.

"Khalisa baru habis belajar ke?" Soal Ibu sambil membelai rambut Khalisa. Khalisa mengangguk kepala sambil tersenyum lebar namun telefon masih tidak lepas.

"Baru je habis siap assignment, Khalisa laparlah bu" mengadu Khalisa sambil menepuk-nepuk perutnya yang kosong.

"Ala kesiannya anak ibu yang pandai ni. Kejap ye ibu ambik ayam kat dapur" kata ibu lalu dia bergerak ke dapur secepat mungkin.

Adirah hanya mendiamkan diri saat menyaksikan kepedulian ibu pada Khalisa. Dia yang ada di situ langsung tidak disoal padahal dia yang penat lelah baru pulang dari tempat kerja.

Khalisa dilayan dimanja kerana dia harapan ibu untuk berjaya.

Kerusi ditarik perlahan, Khalish yang baru keluar daripada bilik itu turut mengambil tempat di sebelah ayah. Khalish ditatap seketika namun Khalish buat tidak nampak saat dipandang oleh Adirah.

Ibu kembali ke ruang makan. Ayam yang disiap dipanggang dan dipotong itu diletak di atas meja makan. Adirah menarik aroma masakan ibu. Wanginya sampai membuatkan perutnya bergoncang lapar.

"Sedapnya ibu masak" puji Adirah sambil tersenyum suka namun ibu tidak memberikan apa-apa jawapan.

"Ibu ibu, Khalisa nak kepak dua" potong Khalisa di sebelah. Ibu tersenyum manis pada Khalisa. Bahagian kepak ayam diberikan kedua-duanya pada Khalisa. Kata-kata Adirah tidak dipeduli.

"Khalish nak ayam paha bu" minta Khalish dengan wajah yang santai. Ibu tidak banyak cakap lagi, bahagian paha ayam diletak di pinggan Khalish. Satu paha ayam pula di letak di pinggan ibu sendiri.

Ibu memandang airmuka Adirah yang telah berubah itu. Ayah pula ambil bahagian ayam yang sudah tinggal sahaja. Yang hanya tinggal cuma bahagian dada ayam. Bahagian yang paling tidak disukai oleh Adirah.

Ibu dan ayah saling berpandangan. Timbul perasaan rasa bersalah pada Adirah yang tidak dapat bahagian yang dia suka.

Bahagian dada ayam yang besar diletak di pinggan Adirah. Ibu lemparkan senyuman manis sebaik saja Adirah menatap matanya.

"Dirah kena makan makanan dada ayam sebab Adirah kan penat kerja tadi. Makan ye?" Kata ibu namun Adirah tidak menolak. Secebik isi ayam dicubit kemudian dia kunyah bersama nasi.

"Awak ni pun kenapa masak sikit aje?" Bisik ayah namun Adirah masih boleh mendengar.

"Ala bukan apa pun. Abang janganlah nak kecoh sangat" balas Ibu sambil menyiku lengan ayah untuk kekal diam. Khalish curi-curi memandang wajah Adirah, senyuman sindir terukir di bibir Khalish.

Tidak lama itu tiba-tiba Adirah mengangkat pinggan makanan yang belum selesai habis itu. Baru kunyah 3 suap tiba-tiba dia berhenti.

"Dirah dah kenyang, terima kasih makan malam hari ni" kata Adirah seperti selalu jika dia sudah selesai menjamah makanan. Kaki dilangkah dengan rasa yang kecewa. Selesai membersihkan pinggan yang digunakan dia kembali ke bilik semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience