BAB 2

Horror & Thriller Completed 9373

Satu malam, sebelum aku tidur, aku gosok gigi di tandas bawah. Aku nampak macam kelibat orang lalu belakang aku. Pak Lan kot. Aku diam. Tapi bila aku nak naik atas balik, aku tengok Pak Lan tengah syok tengok filem di TV.

Macam biasa, aku diam. Jangan tegur orang tua-tua kata.

Beberapa minggu lepas tu, aku balik kampung. Isnin malam tu Mak cakap dengan aku. Rupa-rupanya dalam rumah yang kitorang duduk ni ada makhluk hitam yang tinggal. Ada dua.

Satu dalam bilik Mak dan satu lagi kat bahagian belakang pintu berdekatan bilik air. OK, sekarang aku faham. Kenapa aku boleh nampak kelibat Mak dalam bilik dia, sedangkan dia takda. Dan Mak ditindih masa waktu tidur. Dan objek yang lalu belakang aku masa kat dapur.

Alhamdulillah, sepanjang aku duduk kat rumah tu, aku tak pernah pulak kena ganggu atau apa. Lagi aku sorang. Sekadar terserempak macam tu je.

Kadang-kadang tu ada la jugak rasa bulu roma tiba-tiba meremang, tapi aku diam je. Aku mengaji dalam bilik, halau dia keluar kot-kot dia masuk dalam bilik aku. Kadang-kadang aku mengaji kat ruang tamu atas. Aku taklah rasa takut, cuma cuak sikit je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience