BAB 6

Horror & Thriller Completed 9373

Selepas saya menduduki peperiksaan SPM, saya telah bekerja dengan peniaga di pasar malam. Saya dan Izzat bekerja beberapa bulan sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan dengan peniaga tersebut yang kami panggil dengan nama Abang Man.

Biasanya kami akan memulakan perniagaan di pasar malam sekitar jam 4:30 petang sehingga jam 10:30 malam.

Entah macamana pada satu malam jualan kami cepat habis, dan Abang Man mengarahkan kami berkemas awal iaitu sekitar jam 9:00 malam.

Setelah semua barang-barang siap dimasukkan ke dalam van kami pun berangkat pulang tetapi Abang Man tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya terus membawa kami singgah di sebuah warung menjual Sate.

Abang Man mengajak kami makan Sate. Dia juga ada memesan Sate untuk dibawa pulang untuk anak dan isterinya.

Sedang kami menjamu selera, tiba-tiba angin bertiup kencang menandakan hujan akan turun bila-bila masa saja. Abang Man mengarahkan kami memasuki van sementara dia pergi membayar makan dan minuman kami. Ketika itu jam telah menunjukkan pukul 11:30 malam.

Setelah Abang Man memasuki van dan menghidupkan enjin, dia terus menekan minyak dan kami pun bergerak pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience