BAB 1

Horror & Thriller Completed 9373

Mak pernah beritahu, ada satu hari tu masa dia tidur, dia rasa macam ada sesuatu yang menindih badan dia. Nak bergerak, dia rasa susah. Nak celik mata, tak boleh celik. Nak bukak mulut, keluarkan suara pun, seakan-akan macam ditekup mulut.

Sebelum kami berpindah ke rumah yang kami diami sekarang ni, rumah ini telah ditingalkan agak lama oleh pemiliknya dan tidak disewakan kepada sesiapa pun. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.

Bukan Mak saja pernah mengalami peristiwa pelik, malah aku pun pernah jugak.

Seperti biasa, setiap malam selepas makan malam, aku akan melepak sambil menonton TV di ruang tamu atas. Seorang diri. Manakala Mak dan Pak Lan di bawah. Nak jadikan cerita, tekak aku rasa haus, air dalam botol pun dah habis. Maka aku ambil botol dan turun ke bawah untuk isi air.

Lalu depan bilik Mak, lampu menyala, macam kelibat Mak sedang duduk di atas katil. Aku hairan, sebab waktu-waktu macam ni selalunya dia menonton TV di bawah. Aku patah balik, sekali lampu bilik tidak dinyalakan pun. Dan Mak pun sebenarnya tiada di dalam bilik. Aku hairan, tapi diam je. Orang tua-tua pesan, nampak benda pelik jangan tegur. Jadi aku abaikan saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience