BAB 9

Horror & Thriller Completed 9373

Setelah hampir setengah kilometer meninggalkan Amoi tersebut, tiba-tiba terbau colok dan lilin yang digunakan orang-orang Cina untuk bersembahyang, menerjah ke hidung kami berempat lalu Izzat pun berkata,

“Eh, bau apa ni? Macam bau colok ajer?” Abang Man pula terus meninggikan suara,

“Dah jangan ditegur, kalau tak tahan tutup aje hidung kamu…” Ketika itu jugalah pengunci pintu van kami bergerak turun naik dengan sendirinya, seperti ada orang ingin memasuki ke dalam van yang kami naiki.

Kami bertiga saling berpandangan antara satu sama lain tetapi tidak berkata apa-apa. Abang Man pula membaca ayat-ayat suci dan menyuruh kami membaca sama.

Apabila salah seorang dari kami iaitu Izzat, membaca Ayat Kursi dan melaungkan azan serta-merta gangguan dan bau colok berkenaan hilang.

Kami memasuki simpang menuju ke rumah Abang Man dan kami bersyukur tiba dengan selamat. Semua barang kami keluarkan dari van pada keesokan harinya saja.

Pada malam itu saya dan Izzat tidak pulang ke rumah masing-masing tetapi menumpang tidur di rumah Abang Man kerana masih lagi ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience