Bulu romanya meremang tegak tatkala itu. Zalikha diam terkaku. Degupan
jantungnya semakin kencang. Bunyi ketukan itu berbunyi sekali lagi
tetapi ketukan itu lebih kuat daripada ketukan yang pertama tadi. Zalikha
cuba menghampiri tombol pintu biliknya.
“Sia… pa… tu?” soal Suaraya tersekat- sekat.
Tidak berjawab.
“Siapa tu?” soalnya lagi dengan berani.
Tiada jawapan juga. Zalikha memegang tombol pintunya. Dia memusingkan
tombol itu dengan perlahan-lahan. Pintu biliknya terkuak sedikit.
“Siapa tu?’ soalnya lagi sebelum dia mengintai gerangan yang berada
diluar biliknya itu.
Masih lagi tidak berjawab. Zalikha cuba melihat gerangan yang mengetuk
pintu biliknya itu. Alangkah terperanjatnya dia tatkala dia melihat
seorang gadis seperti bidadari sedang tersenyum manis memandang
wajahnya. Gadis itu seperti bercahaya, cantik! Pakaianya serba putih dan
sungguh harum. Zalikha tertarik dengan sehelai selendang yang terletak
kemas di atas kepala gadis itu, alangkah bertuahnya dia dapat melihat
gadis yang cukup indah itu.
“Siapa kau?’ soal Zalikha dengan perasaan teruja.
Mata gadis itu memandang tepat ke arah Zalikha sambil tersenyum. “Puteri
Sari, puteri dari alam bunian” jawab gadis itu. Merdu sungguh suara
gadis itu. Zalikha terpinga-pinga. Dia berasakan dirinya seperti berada
di dalam mimpi sahaja. Mimpikah dia?
“Jangan main- main, mana pula datangnya puteri bunian pada malam- malam
ni?” ujar Zalikha walaupun dia agak gementar sebenarnya.
“Beta dari kayangan. Beta dapat turun ke bumi setelah mendapat izin
daripada nenda beta.” halus sahaja suara puteri bunian itu. Zalikha masih
lagi tidak percaya apa yang dikatakan oleh gadis yang berada di
hadapannya itu. Adakah makhluk di hadapannya itu benar-benar puteri
bunian ataupun makhluk itu adalah jin kafir yang cuba menyamar sebagai
manusia untuk menyesatkan anak adam di dunia ini? Fikir Zalikha .
“Mengarut! Aku tak percaya…” sangkal Zalikha . Dia harus berhati-hati
untuk mempercayai seseorang. Lebih-lebih lagi untuk mempercayai gadis
yang berani mengakui dirinya sebagai puteri bunian itu.
“Beta turun ke bumi hanya ingin melihat ragam manusia di bumi. Tidakkah
lebih baik kau mendirikan solat pada waktu malam begini. Beta dapat
rasakan kehadiran roh jahat di tempat kau ini.” soal Puteri Sari sambil
memejam matanya seketika.
“Kau boleh rasakan kehadiranh roh?” soal Zalikha pula. Terkebil-kebil
Zalikha melihat puteri bunian itu, betulkah? Soalnya dalam hati. Hairan
pula dia melihat kelakuan gerangan yang berada di hadapannya itu.
“Bukan hanya roh, fikiran kau juga dapat beta baca. Deria hijabku
terbuka penuh… haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sedang berzikir dapat
beta dengar. Makhluk bunian banyak keistimewaannya…” terang puteri Sari.
Dengan jawapan yang terpacul keluar daripada bibir puteri Sari, sedikit
sebanyak meyakinkan Zalikha mengenai identiti makhluk ciptaan Tuhan Maha
Berkuasa itu. Apa- apa pun Zalikha perlu lebih berwaspada. Dia lebih suka
sediakan payung sebelum hujan. Dia khuatir, dia diperdayakan oleh gadis itu.
“Jika betul kau puteri bunian… tunjukkan aku buktinya?” ujar Zalikha
lagi. Sengaja dia menyoal begitu.
“Cukuplah beta menunjukkan diri di hadapan kau. Beta hanya ingin
menasihatkan kau agar berwaspada apabila melalui kamar di sebelah kerana
beta dapat merasakan kehadiran roh jahat di situ. Sebab itu aku melalui
kamar itu sebentar tadi. Beta juga dapat merasakan kehadiran kau di
sini, sebab itu beta ke mari. Beta dapat melihat masa lampau, beta harap
kau dapat berwaspada…” sejurus itu kelibat Puteri Sari mulai samar-
samar. Zalikha cuba mencapai tubuh itu tetapi matanya berkali-kali
meminta untuk dilelapkan. Zalikha cuba bertahan tetapi dia tidak perdaya.
Perlahan-lahan badannya merebah di atas lantai.
Share this novel