Suara bising memukul gegendang telinganya tatkala itu. Entah apa yang
dibicarakan oleh manusia-manusia di sekelilingnya itu. Mata Zalikha
terasa berat untuk dibuka. Cahaya mentari memedihkan matanya tatkala
itu. Perlahan- lahan dia membuka sepasang matanya. Alangkah terkejutnya
Zalikha tatkala melihat ramai orang sedang berkumpul di sekelilingnya.
“Zalikha , kau dah bangun…” ujar Maya sambil mendekati Zalikha yang sedang
terkebil-kebil. Muka Maya merah akibat menangis semalaman.
“Zalikha , awak okey tak ni?” soal Cikgu Zara pula. Zalikha bingung melihat
situasi itu.
Apa yang sebenarnya berlaku? Setahunya, dia telah pengsan selepas
kelibat Puteri Sari hilang secara tiba- tiba. Adakah peristiwa Puteri
Sari itu hanyalah mimpi atau pun khayalan semata-mata? Pelbagai soalan
membelengu fikirannya tatkala itu.
“Puteri Sari, Puteri Sari!” Zalikha meracau. Semua yang berada si situ
hairan melihat Zalikha .
“Siapa tu?” soal Maya pula, dia tidak mengerti. Semua mata memandang kea
rah Zalikha untuk mendapatkan jawapan daripadanya.
“Puteri Sari, Puteri bunian…” laju sahaja Zalikha memberikan jawapan.
Ramai yang terkejut mendengar jawapan daripada Zalikha itu. suasana di
biliknya menjadi hening seketika. Mereka seakan-akan tidak percaya
mendengar jawapan daripada Zalikha itu. Adakah Zalikha waras masih waras
ataupun sebalaiknya? Fikir mereka.
“Kau mimpilah ni…” ujar Maya.
“Bukan kau diguna-gunakan oleh Risha tu? Risha tu ada bela saka, saka
keturunan kelurga dia. Bukan kau pengsan sebab diguna-gunakan oleh
Risha?” sambung Maya lagi. Maya sangkakan Zalikha diguna-gunakan oleh
Risha yang membela saka itu. Ternyata tekaannya meleset sama sekali.
Zalikha cuba memproses perbualannya bersama Puteri Sari malam tadi.
“Cukuplah beta menunjukkan diri di hadapan kau. Beta hanya ingin
menasihatkan kau agar berwaspada apabila melalui kamar di sebelah kerana
beta dapat merasakan kehadiran roh jahat di situ. Sebab itu aku melalui
kamar itu sebentar tadi. Beta juga dapat merasakan kehadiran kau di
sini, sebab itu beta ke mari. Beta dapat melihat masa lampau, beta harap
kau dapat berwaspada…”
Puteri Sari menyuruhnya agar berhati- hati dengan gerangan yang berada
di sebelah biliknya itu kerana puteri bunian itu dapat merasakan
kehadiran roh jahat di situ. Mungkin saka yang dibela Risha yang
dimaksudkan oleh Puteri Sari. Tetapi betulkah dia berjumpa dengan puteri
bunian itu, bukan mimpi? Fikir Zalikha .
“Mana Risha?” soal Zalikha sambil mencari-cari kelibat Risha.
Share this novel